Bab 42

145 4 0
                                    

Mia menatap kosong wajah yang hampir mirip dengannya itu. Yang membezakan mereka hanya tahi lalat. Kalau Mia tiada tahi lalat maka berbanding terbalik pulak dengan gadis dihadapannya ini. Gadis itu manis dengan memiliki tahi lalat yang sedikit besar dibawah bibir.

"Kau nak apa datang sini? Nak gelakkan aku? Tsk." Suara dingin gadis itu hanya dibalas anggukan.

"Isyah?" Berkerut dahi Red mendengar suara tanpa nada itu.

Adiknya ditatap dengan penuh rumit.

"Jadi kau dah tahu? Em?" Mia tidak membalas pandangan mengejek Isyah.

"Kenapa kau bunuh ibu aku?" Red terkesiap mendengar suara dingin adiknya.

Lama mereka berpandangan. Sebelum tangan Mia terangkat mencekik leher kakaknya, pembunuh ibunya!

"Argh, lepaslah sial!" Tergeleng-geleng kepala Red, mencuba melepaskan cekikan dilehernya.

Mia hanya menatap datar wajah Red yang hampir membiru itu. Cekikan dilonggarkan sedikit namun tidak dilepaskan.

"Tadi kau tanya aku dah tahu ke belum right?" Terangkat kening Red melihat senyuman sinis adiknya.

Mia tersenyum dengan cekikan dileher Red diketatkan semula. Rambut Red yang di diwarnakan merah itu dielus-elus. Sebelum. Arghh. Terdongak wajah Red apabila rambutnya yang dicengkam Mia ditarik kebelakang. Shit, tak guna kau Mia. Mia hanya menatap dingin pandangan tajam yang dilemparkan oleh Isyah.

"Kau nak tahu satu rahsia lagi tak kak?" Red menatap ngeri akan wajah psycho adiknya.

Terkekeh sinis Mia melihat pandangan takut-takut pembunuh ibunya itu. Meremang bulu roma Red melihat perubahan adiknya. Baru saja sebentar tadi Mia tertawa kini gadis itu menatapnya dengan penuh sendu.

"Aku sedih kak. suami aku bagitahu yang kita dua ni bukan anak kandung ayah. Haish. Sedihnya aku kak. Kau mesti terkejut kan kak. Tapi takpe aku lebih suka kau mati sebab terkejut. Em tapi sebelum kau mati kau nak jumpa Zarief tak guna tu tak kak?" Tidak berkutik Red melihat perubahan raut wajah adiknya yang sekejap sedih lepastu diganti dengan raut kecewa lepastu bertukar lagi kepada sedih dan yang terakhir gadis itu tersenyum lebar menatap dirinya. Seolah gadis itu baru saja jumpa mainan baru.

Uhuk. Terbatuk Red apabila lehernya dicekik kuat. Otaknya langsung tidak sempat memproses apa-apa lagi sampailah, akhhhh ruangan bawah tanah basement BHO bingit dengan teriakan kesakitan Red. Kelu lidah Red melihat darahnya yang menetes ke lantai. Pisau yang melekat di pehanya dipandang dengan mata berjurai.

"Mia. Mia tolong aku Mia. Aku janji Mia, aku tak ganggu kau Mia. Aku akan lepaskan Aariaz pada kau. Aku rela Mia. Aku rela kalau kau nak bersama dia. Iya walaupun kau takkan pernah dapat cinta dia!" Dalam merayu sempat lagi Red merendahkan gadis berambut coklat itu.

Mia tersenyum dengan lebar membalas senyuman Red yang seakan-akan mengejek dirinya. Pisau yang dia tancapkan di peha terekpos kakaknya itu dipandang dengan senyuman yang sukar difahami. Matanya menatap penuh damba akan raut kesakitan pembunuh ibunya itu. Ssup. Akhhhh, sekali lagi teriakan Red mengisi keheningan ruang remang remang itu.

"Sakit sangat ke kak? Erh sorry kak. Tolong jangan bagitahu ayah kak. Isk Mia takut ayah marah dan pukul Mia. Tolong Mia kak isk. Isk...." Mia menatap wajah kesakitan kakaknya dengan mata berkaca.

Terkebil-kebil mata hitam pekat Red menatap wajah sedih adiknya dan pehanya yang sudah terkoyak sehingga ke punggungnya. Gila. Adiknya gila. Sekejam kejam dirinya menyiksa musuh BHO dulu, dia tak pernah lagi melakukan aksi psycho Mia. Paling kejam pun dia hanya menyucuk pisau di kerongkong musuh. Namun adiknya, Mia. Gadis itu tiada belas kasihan dan lebih kejam berbanding mereka ahli BHO sendiri. Tengku Aarhan melarang semua ahli BHO supaya tidak menyiksa musuh. Kalau perlu dibunuh terus tembak atau tidak penggal kepala saja.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now