"Assalamualaikum...iman? Miaaa? Where are you?" Tersenyum lebar ivella memasuki rumah dua tingkat itu.
Dengan langkah yang pasti ivella mendekati sosok Mia dan Imani yang duduk disofa membelakangginya dirinya.
"Mi.aa?" Hilang senyuman dibibirnya selepas melihat sosok lelaki yang duduk disamping sahabatnya itu.
Aariaz tersenyum mereng membalas renungan tajam gadis itu. Haih ivella, ivella kau sembunyi macam mana pun bini aku. Aku pasti akan jumpa dia juga.
"Apa ni Mia? Iman?" Mia menundukkan kepalanya. Tak berdaya dia melihat tatapan penuh kecewa yang dilayangkan ivella.
"Banyak kali kesempatan yang kau bagi Mia tapi apa? he always hurts you. Dan sekarang kau nak bagi satu peluang lagi dekat lelaki dayus ni!"
Kejung Mia. Matanya merenung dalam mata biru itu "dia suami aku ella. Apa pilihan aku ada selain kembali kepada dia?"
Terbangun Imani dari duduknya. Wajah kosong Mia ditatap tidak percaya.
"What the heck Mia. Tiga kali peluang yang kau dah pernah bagi tapi apa? You always get hurt again and again!" Tertohok hati Aariaz mendengar kata-kata sahabat isterinya.
Genggaman tangan isterinya dieratkan. Sampai mati pun dia takkan lepaskan Mia. She's mine forever!
"Mia.." ivella rapati Mia yang duduk di sofa. Perlahan dia jatuhkan lututnya sehingga kini wajah mereka berhadapan.
Bahu Mia dipegang dengan tangan bergetar "If this is what you want, it's up to you. Aku taknak ambil tahu apa-apa lagi tentang korang berdua. So just go!"
Perlahan ivella dan imani meninggalkan ruang tamu itu. Hati cuba dikuatkan setelah mendengar tangisan pilu sahabat mereka itu. Aariaz dan Mia gamam tak berkutik.
Aariaz menarik tubuh longlai isterinya kedalam pelukannya. Tubuh yang masih teresak-esak itu diusap-usap dengan penuh kasih. Betapa rapuhnya seorang gadis bernama Isadora Mia.
"I'm sorry love. Disebabkan kesalahan fatal abang, you lose your best friend..." Mia diam. Tangisan dihamburkan didada suaminya.
Terhiris hati ivella dan imani yang duduk bersandar ditangga. Selama ini, ines selalu pesan agar sentiasa kedepankan kebahagiaan Mia terlebih dahulu. Tapi, sekarang dorang takut, dorang takut ambil keputusan untuk serahkan Mia pada Aariaz semula. Setiap cerita yang diluahkan oleh Mia kepada mereka masih terngiang-ngiang dibenak mereka. Hanya sakit yang diterima oleh sahabatnya itu.
Ting. Telefonnya yang bergetar itu diambil dari poket. Mesej yang dihantar oleh Mika dibaca.
Bos kami diluar sekarang.
Mana barang barang puan nak diangkat?
-Milk.Masuk dalam!
-AariazSatu mesej singkat dihantar kepada setiausahanya itu. Haih. Sakit kepala bila diingat sudah berbulan-bulan lamanya dia tidak masuk ke hotel nya.
"Jom, kita balik rumah kita okey?" Pujuk Aariaz setelah lama mereka menyepi.
Mia dengan senyuman kaku menganggukkan kepalanya. Tangga yang dinaiki oleh Imani dan ivella ditatap dengan perasaan sebu. Ya Allah betul kah keputusan aku ni!
"Selamat malam Tuan, Puan!" Suara Mika mengalihkan perhatiannya dari tangga tadi.
Perlahan kepala diangguk. Tiga luggage milik isterinya disisi sofa diserahkan kepada Mika dan seorang lagi lelaki. Dengan langkah berat Mia mengekori langkah suaminya. Ya Allah kau kuatkan hati ku. Andai ini yang terbaik untuk hamba mu ini. Hatinya berdoa dengan penuh rasa bimbang. Huft. Bismillah! Mata Mia menatap penuh kesedihan kearah rumah dua tingkat yang sejak dulu lagi ditempatinya itu.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
عاطفيةTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024