Sosok gadis berhoodie yang duduk menghadap pantai itu didekati. Gadis itu langsung tidak menoleh walaupun dia sudah memberi salam. Setelah beberapa minit tiada tanda-tanda gadis itu membuka mulut.
"I'm tired.." lirihan seseorang disampingnya menyentakan gadis berhoodie itu.
"Are you okay Mia?" Gadis itu bersuara.
Mia tidak menjawab, punggungnya dia labuhkan disamping gadis itu.
"I'm scared!... Ines isk" Mia melepaskan air matanya yang sejak tadi ditahan.
Ines diam. Rambut coklat Mia diusap lembut. Mata kelabunya terpejam lembut bila angin menyapa wajahnya "cerita sambil jalan, boleh?"
Mia mengangguk setuju. Perlahan kaki mereka menyusur pantai. Semilir angin yang menerpa menghangatkan lagi hati mereka.
"I feel like... dunia ini tak adil bagi sebahagian orang..." Mata hitam pekat Mia meredup merasakan hembusan angin di wajahnya.
"Or maybe it's only for me!" Air matanya yang mengembun dipelupuk matanya menyukarkan pandangannya.
Hening beberapa minit. Beberapa pelancong yang berkunjung ke pantai tersebut melonggo melihat wajah cantik kedua gadis tersebut.
"I'm tired ines! isk, isk" teresak esak Mia dalam pelukan Ines.
Ines diam membalas pelukan sahabatnya itu. Tangannya terkepal erat mendengar tangisan Mia.
"I love him! Kenapa susah sangat aku dapat dia ines apa kerna aku punca dia jadi macam ni?" Merah wajahnya menatap wajah tenang ines.
Ines hanya mendiamkan dirinya. Genggaman tangan Mia ditarik menyusuri pantai tersebut.
"You life is your choice.. remember?" Lembut saja Ines menyoal.
"Smile Mia!" Kedua pipi Mia ditarik membentuk senyuman.
Terkelip-kelip mata Mia membalas tatapan ines. Senyum? Rasanya dia sudah tak tahu bagaimana cara untuk tersenyum selepas berkahwin dengan Aariaz.
"Aku nak berubah ines... Kau selalu ada support aku right?" Matanya menatap penuh berharap pada gadis yang sentiasa tenang itu. Dia kagum akan ketenangan sahabatnya itu kerana tak pernah sekalipun dia nampak ines melenting!
"Aku ada always! sebab kau Isadora Mia.." tubuh kurus sahabatnya itu dia tarik dalam pelukannya.
Kejung sekujur tubuh Mia mendengar ucapan sahabatnya. Hatinya dihempap rasa bersalah. Matahari yang hampir terbenam itu dipandang lama.
"Ines kau percayakan aku?..." Mata kelabu ines ditenung. Dia ingin kepastian.
Ines memandang lembut wajah hampa Mia.
"Mia.." panggilan lembut ines menghentikan lamunannya.
"Kalau kau penat, balik! Kau ada rumah untuk kau balik! Just please remember that..." Ines tidak menjawab tapi melalui kata-kata gadis itu dia yakin gadis itu akan sentiasa menerimanya.
Mia mengangguk faham. Dia iri pada sahabatnya itu. Kerana walaupun kaya, cantik dan berpendidikan gadis itu tak pernah merendahkan pandangan orang lain. Kalau dia, ivella dan imani salah, ines tak pernah melenting malahan gadis itu dengan lembut menasihati mereka.
"Aku sayang kau ines!" Badan ines dipeluk erat.
"Aku tahu!" Balas ines lembut.
Pelukan Mia dibalas.
"Mia aku nak pesan. Perkahwinan ni untuk kebahagiaan bersama, kalau dah takde kesefahaman cuba bincang, fikir masak-masak jangan sampai masjid yang dibina runtuh!" Pesan Ines.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024