Bab 2

703 8 0
                                    

Bangunan dihadapannya dipandang tanpa berkedip. Ivella tersenyum geli melihat reaksi comel sahabatnya itu. Comel lah kau ni Mia. Hotel mewah dihadapannya turut dipandang lekat. Dalam hati dia, ivella turut kagum dengan interior hotel mewah tersebut. Signboard didepan mereka dibaca perlahan. Welcome to Hotel Royale Scarlett .

"Good luck!" ujar Ines lembut.

Mia dan ivella tersenyum lebar "Thank you. Kau balik hati-hati tau!"

Pon! Pon! Ines mengangguk sempat hon ditekan. Kereta Tesla hitam milik ines dipandang lama sehingga kereta itu hilang disebalik tembok hotel mewah tersebut.

"harap haraplah dapat" gumam Mia. Jantungnya berdegup laju.

"Kita boleh Mia!" Ujar ivella tersenyum lebar.

"Fighting" tergelak mereka berdua.

Kaki melangkah masuk ke dalam lobi hotel tersebut. Tidak berkedip mata mereka berdua melihat orang-orang yang berlalu lalang dilobi hotel tersebut. Ramainya! Bisik mereka.

"Aku dengar cerita CEO hotel ni handsome tapi sombong." Cerita ivella.

Kaki mereka melangkah seiring dengan beberapa orang yang juga turut seperti mereka berdua. Sempat dipandang sosok dihadapan mereka yang tadi memperkenalkan dirinya sebagai wakil hotel mewah tersebut.

"Asal, kau pernah jumpa ke?" Soal ku menanggapi cerita ivella.

Ivella tersenyum canggung. Kepala digeleng kecil.

"No ma- mana ada aku! Aku just ca-cakap je" jawab ivella kaku.

Berkerut dahi Mia sebentar melihat reaksi gelabah ivella.

"Kau asal nak gelabah sangat ni? Kau kenal erk lelaki tu?" Tanya Mia sembari bahu ivella dicucuk-cucuk manja.

Ivella tersengih kecil bagi menutup rasa gelabahnya. Kepala digeleng.

"Kau tahu Mia, nama hotel ni sempena nama pemilik hotel dia tau" Alih Ivella.

"Iya, apa lagi kau tahu" soal Mia teruja.

Matanya turun melihat tangannya yang digenggam oleh Ivella. Satu sosok lelaki terlintas difikirannya. sama! Suka gengam tangannya bila bercakap.

"Entah aku pun tak tahu banyak sangat tapi aku ada lah terbaca dari satu media.."

"Apa?" Soal Mia setelah mereka berdua melabuhkan punggung di sofa.

"aku tak tahulah berita tu sahih atau tak tapi aku rasa masuk akal juga. Media tu sempat tulis yang hotel ni dipimpin langsung oleh isteri pemilik empayar RAIN'S.. tapi beberapa minit kemudian berita tu hilang, sekali dengan syarikat media tu pulak" cerita ivella panjang lebar.

Berkerut sebentar dahi Mia.

"So apa kena mengena isteri pemilik syarikat gergasi tu dengan CEO hotel ni?" Tanya Mia. Dia tak faham ada kena mengena ke?

"Entah tapi Iman ada cerita yang CEO hotel ni kawan rapat pemilik syarikat gergasi tu" jelas ivella.

"Kau pernah nampak pemilik empayar RAIN tu?" Suaranya direndahkan sedikit. takut didengar pula oleh pekerja HOTEL ni.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now