"kau nak mampus ke apa?" Terjegil mata Khalish ke arah Aariaz. Entahlah bila dengan Aariaz, ada jak mulutnya mahu membalas setiap usikan lelaki kacukan Perancis itu. Dan paling penting hilang terus sikap pendiamnya bila Aariaz membuka mulut!
Aariaz yang tak mahu kalah turut membalas tatapan Khalish dengan tersenyum mengejek "kau kena tahu, aku yang jaga budak bat ni dari dia kecil lagi. So, kau pergilah jaga anak king. Baby Rea aku punya!"
"Hey aku yang sambut budak ni time dia nak keluar. Kau apa tahu. Mesti kau jealous dengan aku sekarang kan? Ek!" Hujung bibir Khalish terangkat sedikit membentuk senyuman sinis.
Ck. Mendengus kasar Aariaz melihat wajah sombong khalish "oi mestilah kau sambut dia, dah memang kerja kau. Kuli! Lain lah aku, aku babah kesayangan dia. Aku yang pernah mandi dan lapkan tubuh dia time baby bat demam!"
Terletus kekehan dari celahan bibir Khalish "oi, setakat pernah mandi dan lapkan budak ni. Aku pun pernah. Ehem iya walaupun budak ni hampir lemas masa aku mandikan!"
"Kau hampir lemaskan baby bat aku? Kau memang tak guna kalis. Ehem iya walaupun aku pernah terhumban budak ni. Em time tu bukan salah aku baby Rea yang suka sangat bergerak dan aku geram lah, terhumban bawa seat kereta!"
Bersabung mata mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah. Ini kalau bapak budak tu tahu perbuatan dorang, mahu hilang kepala mereka dua. Tengku Reazallen dalam gendongan Mia menggaru telinganya heran. Tak faham apa nak direbut oleh kedua orang tua itu. Dia penat kerana baru sampai sebentar tadi dari Kuala Lumpur.
"Babah kematian and uncle hantu chill. Rea tahu rea ini antik, omel, exy agi. Api rea don't like your both!" Serentak mata keduanya terkalih kearah si kecil.
Tengku Rea yang ditenung bagai nak ditelan itu menyebakkan rambutnya kebelakang, ala-ala diva.
Eeeiyuhh.
"Jom umi doll. Ita alan, inggal ja owang tua ini!" Ujar Tengku Rea enteng.
Jatuh rahang Aariaz dan Khalish mendengar kata-kata anak Tengku Aarhan. Mia sudah bantai gelak, mentertawakan kedua lelaki tampan itu. Perlahan dia membawa Tengku Rea ke pangkin kayu bawa pokok mangga rumah keluarga Khalish.
"Sampai hati you baby bat cakap macam tu pada babah!" Memuncung bibir Aariaz. Namun kakinya turut mengekori langkah keduanya.
"Both of you, jangan dekat dengan orang cantik ni!" Ujar Mia sembari menjungkit-jungkitkan satu alisnya.
Huwek. Serentak kedua lelaki tampan itu membuat muka seperti mahu muntah.
"Eee abul(sabul) lah you owang tua!" Terpekik Tengku Reazallen melihat aksi kedua anak buah daddynya.
Tertohok hati Aariaz dan Khalish. Mia pulak ketawa sehingga perutnya terasa sebu. Anak Tengku Aarhan memang banyak akal kalau bab-bab nak kenakan anak buah daddynya.
"Kau. Berambus uncle hantu tak nak kawan you lagi!" Ajuk Khalish.
Aariaz menatap geli wajah merajuk doktor yang merawat ketagihan isterinya itu.
"Geli sial!"
"Ck kau diamlah az!"
"Em atas asar apa you nak alau Rea ari ampung ni uncle hantu?" Mata kelabunya memanah tajam kearah Khalish. Satu tangan diletakkan dipinggang dan satu lagi digunakan untuk menyuap mangga kedalam mulut umi doll-nya.
"Ehem. Suka hati uncle hantulah nak halau you. Lagipun ni rumah kampung i tahu! I berhak halau seseorang" memuncung bibir Khalish menatap sengit wajah meluat Tengku Rea. Pujuklah i baby bat! Sempat benaknya membatin.
"Alah you ni uncle, you nak ula-ulakan i pun agak-agak ah. I dah empat tahun kot! Alau you nak alau i, you kena inta izin etua(ketua) ampung ulu" dengan susah payah Tengku Rea menghabiskan ayatnya menggunakan bahasa melayu. Nanti kalau dia tak fasih bahasa melayu, tok mommynya akan melarang dia balik ke Malaysia dan sudah pasti dia akan tinggal bersama orang tua itu.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024