Bab 25

312 7 0
                                        

            "Tengku!" Aariaz meringgis cangung menyapa bos mereka.

Tengku Aarhan yang baru masuk hanya mengangguk. Kerusi disamping meja mesyuarat dalam bilik Aariaz diduduki. Satu persatu bawahannya dipandang.

"Teruskan az!" Kepala disandarkan ke bahu kerusi.

Aariaz melepaskan nafas pendek, sedikit rasa bersalah melihat raut penat di wajah Tengku Aarhan. Apa tidak baru saja sampai dari airport sudah terpaksa harus ke rumahnya. Tapi hal ini mustahak, dia memerlukan nasihat dan arahan dari bekas ketuanya.

"Ce qui s'est passé?" tenang saja pembawaan Tengku Aarhan. (What happened? )

Aariaaz menyerahkan fail yang Jason siapkan kepada Tengku Aarhan. Tangannya menggenggam erat gagang kerusi. Sesekali dia mengerling dari hujung mata sikap sahabat sahabatnya.

"Ershah... Mati" Jason orang pertama yang angkat bicara tentang masalah mereka sedang tangani.

Senyap ruangan kerja Aariaz. Tengku Aarhan yang sedang membelek satu persatu helaian laporan dipandang penuh debar. Begitulah, kalau meeting dengan bekas ketua mereka itu. Bukan seperti Aariaz, mereka masih boleh sembarangan mengeluarkan isu argument mereka.

"Lucero.." Aariaz menyerahkan lagi satu fail berwarna hitam kepada Tengku Aarhan.

Tengku Aarhan diam menunggu penjelasan Aariaz. Matanya melirik sekilas.

"Lucero dalang kemalangan Isya Martha dua tahun lepas... Dia hantar beberapa orang-orang untuk mengikuti Martha. Rakaman CCTV yang sempat hilang, Elvish dah dapatkan kembali." Jelas Aariaz.

Suasana dalam bilik meeting menjadi tegang. Aariaz melirik jason yang mengeras dikerusinya, tangannya terlipat dihadapan dada. Tatapannya menajam menatap Elvish, Daniel, nik dan menghunus lama Jason.

Isyah Martha, gadis melayu dan salah seorang orang penting dalam kumpulan Black Hand. Kejadian letupan Basecamp Black Hand, empat tahun lepas menyebabkan perempuan tu hilang seperti tidak pernah wujud lagi. entah hidup lagi atau dah mati!

"Ershah apa kena mengena pula?" Elvish mengangkat tangannya, bertanya.

Aariaz menjeling lelaki itu. Tersengih sengih Elvish. Tahulah dia Aariaz bengang kepadanya.

Sudah dijelaskan berkali-kali oleh Aariaz sebelum Tengku Aarhan datang lagi. Tapi memang dasarnya elvish bengap. Kutuk Daniel disebelahnya.


"Lucero abang kepada Ershah... Isya Martha atau code name Red. Red salah satu anggota black hand yang dikatakan tewas dalam kejadian letupan Basecamp empat tahun lalu. Tapi kes dia ni masih buka sebab tiada bukti kukuh yang dia sudah mati. "jelas Daniel, mengejek Elvish yang bengap.

Elvish ingin membalas.

"Meuse kumpul semua maklumat Lucero. jadikan satu bukti! Korek semua kes-kes dia yang lama" Arah Tengku Aarhan.

Jatuh bahu Elvish. Daniel dijeling balik.

Jason mengangguk tanda menerima arahan. Aariaz tersenyum nipis, dia tahu dalam hal-hal begini, Jason lebih pakar daripadanya. Ditambah jason lebih lama dengan organisasi mereka ini, itulah mengapa dia lebih faham cara kerja Tengku Aarhan.

"Neon hantar lakaran senjata baru yang aku minta minggu lepas ke Base!" Tengku Aarhan menjeling Daniel yang sedang menahan muka Elvish, kemudian mencolok hidungnya.

The Beautiful Waiting[C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang