Tubuh isterinya yang terlena semula itu digendong perlahan.
"nanti Han sampai suruh semua kumpul dekat bilik kerja aku!" pesan Aariaz.
Daniel dan elvish hanya mengangguk.
"siapa Scarlet?" Soal Daniel selepas Aariaz sudah hilang disebalik lift.
Elvish duduk disofa sebelah Daniel "entahlah, aku rasa perempuan tu sosok yang penting pada Mia!"
Setelahnya mereka berdua tediam.
"Hoi!" Terkejut Daniel dan elvish selepas disergah oleh Nik, Jason, Imani dan Ivella yang baru balik keluar itu.
"healing tak ajak!" Kata Nik selepas duduk menyempit ditengah-tengah Daniel dan elvish.
Pak!
Nik mengusap-usap kepalanya "healing kepala setannyu kau!"
Jason, Ivella dan Imani hanya mengelengkan kepala mereka melihat kelakuan ketiga beruk Aariaz itu.
"az dan Mia mana?" Soal imani setelah tidak melihat sahabatnya itu.
"ha'ah, dorang mana, takkan tak balik lagi?" ivella turut menyoal.
Dari pagi tadi lagi dia tidak melihat Mia kerana mereka terlambat bangun.
Daniel memandang wajah Ivella sambil menarik senyuman manis "az bawa Mia naik sebab budak Dora tu tertidur kat kereta"
"Oh!" Balas Ivella dan Imani.
Daniel dan elvish memandang lama kedua gadis itu "herrgh! gurl, siapa Scarlett?"
Kedua gadis itu saling memandang selepas disoal oleh Daniel dan elvish.
"ehem!" Deheman seseorang mengalihkan mereka semua.
"ella, iman boleh aku tanya satu soalan?" Tanya Aariaz setelah melabuhkan punggungnya di sofa.
Kedua gadis itu menganggukkan kepala "apa yang kau nak tanya? Kalau kau tanya kitaorang soal Scarlett, kami tak tahu sangat tentang gadis itu!"
Aariaz diam memandang kedua gadis itu sebelum menganguk "boleh korang dua kongsi apa yang mia cerita pasal gadis tu?"
Ivella memandang sekilas Daniel "sumpah, aku tak tahu sangat pasal gadis tu, Mia hanya cerita yang dia jumpa dan kenal gadis tu jauh sebelum dia kenal aku, iman dan ines lagi"
Rasa berpasir kerongkong imani apabila kini semua mata memandang kearahnya.
"herrgh, Mia hanya bagitahu yang Scarlett lebih muda tiga tahun dari kami, sebaya dengan ines macam tu dan gadis tu yang tolong dia sebelum ines kutip dia dari merempat lepas kena buang oleh keluarganya" kata Imani.
sebak perasaan Aariaz selepas mendengar kisah isterinya itu. Dia tak tahu yang Mia sempat hidup merempat selepas kena buang oleh keluarga kandung isterinya itu sendiri.
"Mia kena buang oleh keluarganya sendiri sebab apa?" Soal Daniel.
"herrgh, aku rasa itu lebih baik korang tanya sendiri dengan orangnya sebab rasanya tak baik pula kalau kami berdua buka cerita pasal sahabat kami sendiri!" jelas Imani lembut.
Pak! Daniel memandang sinis Aariaz yang menyepak kakinya.
"entah, anak c setannyu ni menyebok je!" Kata Nik sebal.
"Tak guna, sejak bila pula, nama bapa aku Datuk Zariman berubah kepada setannyu, nama perdana menteri israhell tu!" Balas Daniel sambil tangannya mengumban sebiji bantal ke muka Nik.
"naiki, aku nak join perang perang juga!" Kata Elvish yang sudah turut memukul wajah Daniel mengunakan bantal.
Aariaz mengelengkan kepalanya melihat ketiga sahabatnya yang sudah saling menyerang menggunakan bantal sofanya itu.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024