Mia tersenyum malu memandang suaminya yang duduk ditepi kolam itu. Selepas perbincangan pagi tadi Tengku Xander dan Tengku Ammara berpamitan keluar ada kerja katanya. Tengku Ines dan Tengku Han juga turut keluar ada urusan katanya.
Daniel dan elvish yang duduk memeluk tiang pondok disamping kolam itu rasa meluat melihat kelakuan angau Aariaz.
Mereka semua kecuali Tengku Han yang sudah kembali ke pejabatnya, ikut bermalam di mansion keluarga D'Xander dari kemarin. Lagipun, Tengku Xander yang sendiri meminta mereka untuk berehat sementara dirumahnya.
"Cuba kau bagitahu kami apa yang kau suka sangat tentang budak Dora tu?" Tanya Daniel meluat.
Senyuman manis terpatri dibibir Aariaz mendengar soalan Daniel. Bayangan isterinya tertawa bermain difikirannya.
"Ha'ah apa yang kau obses sangat dekat budak mee tu?" Tambah elvish yang turut meluat melihat pasangan halal tersebut.
"And what are special about your Dora!" perli Nik.
Jason hanya diam mendengar perbualan random sahabatnya.
Lama Aariaz terdiam memandang lekat sosok isterinya yang rancak bercerita bersama kedua sahabatnya diruang tamu.
"sah angau!" serentak mereka berempat berteriak.
Aariaz hanya memekakkan telinganya.
Gitar yang memang sentiasa dibawa oleh Nik diambil sebelum dipetik tali gitar tersebut
"Nik pinjam gitar!"
Nik Aryan hanya menganggukkan kepalanya.
"Mia?" Tanya Aariaz dengan mata melihat kosong sosok keempat sahabatnya.
"iyaaa, Aariaz bodoh!" geram mereka serentak. panas pula hati diorang.
"She been my queen, since we were sixten"
Lirih Aariaz sambil tersenyum nipis."We want the Same things,We dream the same dream" petikan gitar menambahkan lagi debaran di dada Aariaz.
"alright" jarinya berhenti memetik gitar apabila teringatkan kenangannya bersama Mia. Saat tu dorang masih umur 19 tahun. Mereka start bercinta pada zaman universiti lagi. Kos pengajian yang sama iaitu business menambahkan lagi kedekatan mereka berdua ketika itu.
"Impian isa satu jer isa nak ada keluarga yang bahagia!" Ujar gadis yang menggelarkan dirinya isa itu.
Sisi wajah Aariaz dipandang lekat.
"Kalau awak?" Air terjun dihadapan mereka dipandang. Tenang. Mia memandang rakan rakan mereka yang lain yang sibuk dengan aktiviti masing-masing, ada yang mandi air terjun, bakar bakar dan banyak lagi lah. Hari ni mereka semua pelajar yang mengambil kos pengajian perdagangan berkelah dekat air terjun.
"Aku..." Wajahnya dialihkan kearah Mia.
"Kalau aku, aku nak bina keluarga bahagia yang kau impikan tu!" Merah pipi Mia mendengar kata-kata lelaki itu.
"eee, tak malunya siapa nak hidup dengan awak" tergelak Aariaz mendengar balasan Mia.
"kaulah!" Usik Aariaz lagi.
Mia menundukkan kepalanya sedikit apabila dipandang lembut oleh Aariaz. malu siot.
"kenapa?" Soal Mia dengan wajah keruh.
terjungkit alis kening Aariaz mendengar soalan gadisnya.
"Of course, my dream are only for you!" tangannya naik mengusap lembut rambut coklat Mia.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024