"abang..." Matanya berair menatap wajah bengis suaminya.
Bergelematuk gigi Aariaz melihat wajah lencun isterinya. Pipi Mia yang dia cengkam dia lepaskan kasar.
"Ni peluang terakhir! Kalau kau langgar perintah aku. Mampus kau aku kerja kan!" Bahu isterinya ditolak kasar.
Brak. Terdengar suara ringisan dari celah bibir Mia. Pinggangnya yang terhantuk bucu meja kerja Aariaz disentuh. Terketap bibirnya menahan esakan. Suaminya yang berlalu pergi bersama seorang gadis dipandang dingin. Shit! Perempuan tu adalah setiausaha suaminya.
Tch. Mia menjulingkan matanya keatas. Bibirnya berkedut menahan dari mengukir senyuman sinis "sabar satgi kau jantan!"
Kakinya berlenggang keluar dari pejabat suaminya. Suaminya itu dah bagi amaran supaya duduk diam dalam office tapi apa dia peduli!
"What the hell Mia. Kau buat apa kat sini?" Suara Daniel menyambut dirinya selepas pintu lift terbuka.
"Jumpa suami aku tadi!" Jawab Mia sembari menatap malas sahabat suaminya itu.
Daniel memicingkan matanya "so kau dah jumpalah bakal madu kau tadi?"
Mia membalas senyuman sinis Daniel dengan tersenyum mengejek.
"Madu? Seriously, kalau laki aku dah kemaruk sangat dengan perempuan tu! Suruh dia lepaskan aku dulu. Aku takde masa nak hidup bermadu" balas Mia dingin sembari menekankan hujung perkataannya.
Huk. Dengan kasar Daniel dan dua lelaki yang berdiri dihadapannya menelan air liur mereka. Mata hitam pekatnya menangkap pandangan kalut ketiga jejaka itu.
"Oh yah korang tiga nak naik meeting right?" Soalnya dengan raut kosong.
Daniel dan kedua lelaki tadi mengangguk mengiyakan.
"Baguslah, cakap dengan lelaki tak guna tu isteri cantik dia ni tunggu dia kat lobi, sekarang!" Pesan Mia. Kakinya melangkah keluar dari lift apabila ketiga lelaki itu hanya mematung.
"Tu ke isteri death's?" Soal Harris setelah masuk ke dalam lift.
Daniel dan Faris yang berdiri disampingnya dipandang berkerut.
"Haah tu lah bini Az!" Jawab Daniel singkat.
Terdiam mereka bertiga dalam pikiran masing masing. Apa Az dah buat pada gadis tu? Kenapa dia nampak Mia seperti orang lain? Gadis berambut coklat tu pertama kali dia jumpa adalah gadis yang lembut tapi tegas. Dan sekarang Mia seperti berubah menjadi gadis kasar! What the Heck Aariaz!
Ting. Pandangan ketiga lelaki itu bersabung dengan mata kekuningan Aariaz selepas lift terbuka. Berkerut dahi mereka bertiga melihat wajah gadis disebelah Aariaz.
"Siapa?" Soal Faris heran. Setahunya setiausaha death's lelaki. Kalau tak silap nama lelaki tu Mekap? Eh bukan. Mika kot? Hah apa-apalah!
Aariaz diam langsung tidak menjawab soalan rakan setim nya itu. Faris dan Harris satu tim dengannya dalam misi kali ini. Jangan tanya tentang kehadiran beberapa ahli BHO dihotel miliknya itu. Hari ni dia buat meeting yang mana semua kemusykilannya akan terjawab.
"Faster!" Kakinya melangkah tegas kearah satu ruangan dalam hotelnya itu.
Terkulat-kulat mereka bertiga dan gadis tadi mengejar langkah Aariaz.
"Masuk!" Dingin saja Aariaz bersuara.
"Aaron?" Panggilan gadis itu dibalas deheman.
Punggung dilabuhkan di kerusinya. Ruangan tersebut menjadi hening melihat wajah bengis Aariaz. King yang duduk disalah satu kerusi berkerut melihat seorang gadis yang masuk bersama kedua anak buahnya.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024