Tubuhnya jatuh lemah ke jalan. Melutut dihadapan sekujur tubuh isterinya. Air matanya berjurai jatuh tanpa dipinta. Menggigil tangannya mengusap kepala Mia-nya yang kini basah oleh darah.
"Sayang..." Dengan berhati-hati tangannya diangkat untuk mengusap rambut coklat Mia.
Wolf, ghost, Daniel, elvish dan Khalisha menatap tidak percaya akan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Daniel, Elvish dan Wolf yang baru sampai ke Sabah untuk mengambil Tengku Reazallen balik ke Dubai kejung ditempat mereka. Baru tadi mereka bergelak ketawa dengan Mia. Namun dengan sekelip mata lori tadi menerjang laju kearah Mia.
"My baby Dora dengar apa abang nak cakap. Jangan pejam mata!" Hujung kedua mata isterinya yang menatapnya dengan tatapan kesakitan diusap lembut.
"Shush, stay. Jangan cakap apa-apa? Abang dah janji kita akan bunuh D'arsen family sama-sama right. Jadi jangan tidur kalau tak abang bunuh dorang sendiri. Nak tak? Tak nak right? So stay awake.." tersedu-sedan Aariaz memeluk tubuh remuk itu.
Aku janji dora, orang yang buat kau macam ni akan dapat balasan yang lebih teruk dari sayang rasa. Keluarga tak keluarga. Salah tetap salah. Ya Allah tolong pinjamkan aku bidadari mu ini lebih lama lagi. Aku dan dia sudah banyak menderita, maka janganlah kau pisahkan kami. Aku taknak hilang dia ya Allah! Hidup ku sudah hancur tapi janganlah buat isteri aku hancur sebegini. Ya Allah aku jarang melibatkan engkau dalam urusan ku kerna dulu aku tak tahu apa itu tuhan. Tapi lepas aku jumpa dia, hati aku mula terdetik untuk mendekatkan diri pada-Mu. Bantulah aku ya Allah, kali ni saja aku mohon. Hatinya merintih dalam derasnya hujan malam itu.
"Az!" Panggilan seseorang menyedarkan dirinya.
"Sayang hei? Kenapa ni?" Kalut Aariaz apabila merasakan kulit isterinya berubah dingin. Allah. Mengucap Aariaz.
Daniel dan Elvish mengigit jari mereka, kalut apa nak dibuat.
"Hoi az apa kata kita bawa Mia pergi hospital. Wajah Mia dah biru tu!" Seperti tersedar, Aariaz berlari pantas kearah keretanya.
Bodoh Aariaz, kau bodoh kenapa tidak dari tadi saja kau bawa Mia pergi hospital. Sepanjang menuju ke hospital, Aariaz mengutuk dirinya sendiri. Tangan Mia yang semakin sejuk itu digenggam, cuba memberi kehangatan.
"Sabar sayang. Sekejap jer lagi!" Genggaman tangan isterinya dicium berkali-kali. Nafasnya yang berdetak tidak beraturan itu cuba ditenangkan dengan zikir.
Mia yang sejak tadi mendiamkan dirinya cuba mengukir senyuman nipis. Seluruh tubuhnya rasa remuk sehingga untuk meneguk air liur pun sukar baginya.
"A-abang!" Perit tekak Mia, memanggil suaminya.
"Shut up. Jangan cakap apa-apa. You need to rest!" Kelam kabut Aariaz bersuara apabila melihat wajah yang dulu bersih kini kotor akan darah. Dah macam puntianak pun ada isterinya.
Kriet.
"Woi sial keluar sekarang!" Pekik Aariaz tidak sabar.
Kereta diparking tepat dihadapan pintu masuk emergency.
"Woi. Aku bakar hospital ni kalau apa-apa jadi pada bini aku!" Tempik Aariaz lagi.
Kelam-kabut beberapa jururawat menghampiri Mia bersama kerusi roda. Aariaz yang memang mempunyai kesabaran setipis bawang menjerit apabila melihat kelembapan mereka semua.
"Cepatlah! Sial!" Maki Aariaz.
Lima jururawat dan beberapa orang doktor tadi meneguk air liur mereka kasar. Langkah cuba dicepatkan. Rasa nak pitam apabila mendengar jerkahan Aariaz.
Aariaz menggengam erat tangan Mia sehingga dihadapan pintu ICU. Mia terpaksa masuk bilik ICU kerana gadis itu hilang kesedaran selepas diberi bius penenang oleh doktor. Entah kenapa gadis itu tiba-tiba memberontak, walaupun keadaannya cedera parah. Aariaz dan beberapa doktor kewalahan menahan rontaan Mia. Dan akhirnya bius disuntik ke kulit lengan Mia.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024