Epilog

669 12 3
                                    

Dua tahun berlalu, Mia berubat di negara Sepanyol. Mencuba untuk meneruskan usaha suaminya yang mahukan dia sembuh. Atas pertolongan Khalish, akhirnya sakit mental Mia sedikit terubat. Walaupun belum sembuh sepenuhnya namun mental Mia sudah menunjukkan kesembuhan. Tiada lagi gadis yang cuba membunuh diri, berhalusinasi dan menjauhkan diri dari orang sekelilingnya. Semuanya berubah. Mia tak Ingin perjuangan Aariaz sia-sia. Yang pergi biarlah pergi dan yang hidup teruskan hidup.

Dan hari ini dia decide untuk terbang ke Sabah. Sudah lama dia meninggalkan orang itu. Dia harap dia kuat untuk menghadapinya. Rindu yang selama dua tahun cuba ditepis kian terasa setelah kakinya menjejakkan ditanah perkuburan Islam Kota Kinabalu.

"hey? Assalamualaikum" merekah senyuman lebar dibibir Mia.

Tangannya mencabut rumput rumput yang mula tumbuh diatas tanah yang sudah tidak merah itu.

"Maaf... Maaf sebab lambat jenguk hari ini!" Lirihan itu menghadirkan rasa sebak dihati ivella dan Imani.

Mereka harini sengaja mahu bertemu Mia dihotel Royal Scarlett yang kini menjadi milik Mia. Hotel Royale Scarlett kini memiliki dua cawangan, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi dibina di Sabah. Memang sejak lama Aariaz berimpian untuk bina satu hotel di negeri tanah air King, Sabah! Aariaz seperti tahu saja yang dia akan pergi. Banyak harta sepencarian Aariaz diwasiatkan kepada Mia. Tiga buah banglo dan lima buah villa di Selangor, sabah dan Perancis kini menjadi hak milik Mia. BHO juga memberi pampasan kepada Mia berupa wang Rm 600 ribu. Dan alang-alang Mia mahu menziarahi kubur maka mereka berdua decide untuk menemani gadis itu.

"Apa khabar? Are you happy right now? Yeah i think you happy. Mia rindu..." Tertawa lirih Mia mengusap batu nisan yang terukir indah nama seseorang, seseorang yang sangat istimewa di hatinya.

Lama Mia termenung. Sebelum Yassin ditangannya di buka dan dibaca. Ivella dan imani turut melakukan hal yang sama. Bacaan Yassin yang sangat menyayat hati itu membuatkan langit turut bersedih. Perlahan langit yang sejak tadi sememangnya mendung menjatuhkan beban yang ditanggungnya. Ivella dan imani yang tidak membawa payung berlari masuk, berteduh di pondok berdekatan.

"Mia ada khabar gembira nak kongsi. Mesti you curious right?" Suaranya mula berubah parau.

Sesak di dadanya sejak tadi ditahan menyekat pernafasannya sehingga tersengal-sengal dia menyedut oksigen. Air matanya penuh dipelupuk jatuh berjuraian. Lagipun tiada siapa akan tahu dia menangis dibawah hujan yang semakin deras itu.

"Mia nak ucap terima kasih!"

Jeda.

Suasana menghening. Hanya bunyi rintikan hujan yang kedengaran. Ivella dan imani diam memerhati Mia yang duduk termenung jauh itu.

"Thank you for heal my inner child. Thank you juga sebab tunjukkan pada aku apa itu erti kata cinta! Thank you so much sebab sentiasa percaya aku! Aku tahu dalam diam kau sentiasa faham dan terima aku seadanya. Sebab tu aku sayangkan kau! Haha... Terlalu banyak kebahagiaan diri you sendiri awak gadai dan pertaruhkan untuk kesembuhan Mia. Thank you!" Bibir Mia mula bergetar, entah kerana kesejukan atau menahan nangis.

"Terima kasih awak sebab hadirkan bahagia yang tak pernah Mia rasakan sejak kecil. Terima kasih kerana sentiasa menjadi rumah yang ada untuk Mia. Em lagi satu Thank you so much for D'Xander family! aku tahu D'Xander family masih tak dapat terima aku tapi takpe, aku janji pada kau aku akan sentiasa jaga ayah Xander dan ibu Ammara!" Panjang lebar ucapan terima kasih Mia ucapkan.

Terkadang bibir pucat itu mengulas senyuman sembari ditemani air mata.

"Em Mia dah sihat!" Tergelak kecil Mia memberi tahu keadaannya.

Tersenyum getir Mia apabila hanya suara esakannya saja mengisi keheningan kawasan perkuburan itu. Sunyi! Dua tahun ini hanya kesunyian seperti saat dia kecil yang menemani siang dan malamnya. Dia rindu akan suaminya.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now