Bab 37

139 6 0
                                    

Kriet. Perlahan pintu yang sudah sedikit usang itu dibuka. Tangan digenggam dan diangkat memberi sign kepada beberapa anggotanya dibelakang untuk bergerak secara perlahan. Tiga orang ahli BHO yang berada dalam satu kumpulan dengannya dipandang sekilas sebelum kepala diangguk. Malam ni adalah hari terakhir mereka mencari bahan bukti tentang kejahatan DRAKEN kerana semua bukti jenayah kumpulan tersebut sudah berada ditangan BHO. Hanya tinggal diserahkan pada mahkamah tiga hari lagi.

Brak. Pintu usang tadi ditendang kasar. Senjata masing-masing diangkat sembari mata diliarkan melihat sekeliling.

"Please. Please please help us!" Satu suara yang teresak-esak mengalihkan perhatian mereka berempat kearahnya. Dengan berhati-hati pintu yang sejak tadi berbunyi seperti ditolak tolak dari dalam itu dibuka.

"Akhhhhhh. Please, please!" Berkerut dahi Aariaz melihat sekumpulan manusia yang tangan mereka terikat.

"White?" Suara Aariaz memanggil salah seorang ahli kumpulannya.

Seorang perempuan yang dipanggil white tadi mengangguk. Kaki menapak mendekati kumpulan manusia tadi. Ada dua puluh orang. Semua perempuan.

"Mr's please save us..." White mengangguk tanpa berbicara, tali yang mengikat tangan dan kaki manusia manusia tadi dilepaskan satu persatu.

"Thank you Miss!" Dua puluh wanita tadi serentak mengucapkan terima kasih selepas ikatan mereka dilepaskan.

Wolf yang berdiri disamping Aariaz. Memerhati sekeliling, kot-kot ada anak buah DRAKEN datang. Bukan apa mereka kesini langsung tiada membawa senjata api, kalau anak buah Draken datang meronda habislah. Mungkin mereka berlawan hanya menggunakan pisau lipat dan juga kekuatan otot masing-masing. Lagipun Demon ada. Sempat mata Wolf tersenyum senget kearah seorang jejaka yang sejak tadi betah mendiamkan diri.

"Death's tujuh belalang dah balik rumah!" Beritahu Wolf dengan matanya menatap nyalang sekumpulan manusia yang kini menghampiri mereka.

Aariaz hanya tersenyum sinis. Earpice ditelinganya ditekan dua kali sehingga cahaya kecil berwarna hijau berubah kepada merah. Memberi signal kepada anggota BHO yang berada basement, pergerakan mereka dihidu musuh.

"Woi, lu mahu bawa saya punya ikan-ikan pergi mana!" Suara teriakan lelaki cina menyentakan mereka semua.

Tsk. White menatap tajam ketujuh anak buah Draken itu. Suka hati mak bapak dia jer panggil anak orang ikan.

Aariaz hanya menatap datar ketujuh lelaki cina dan india dihadapannya itu. Wolf, White dan seorang lagi lelaki yang hanya senyap sejak tadi bertukar pandangan.

"Five minutes!" Arahan yang keluar dari mulut lelaki tadi dibalas anggukan oleh death's, Wolf dan White. Mereka bertiga faham akan arahan lelaki itu.

Krak. Aariaz merenggangkan tulang-tulangnya. Ketujuh anak buah Draken dipandang satu persatu. Cepat habis cepatlah aku boleh jumpa bini aku! Tersengih dia dengan pikirannya sendiri. Sah dia angaukan bini dia.

Buk. Shit. Terlepas carutan dari bibir White selepas menerima satu tumbukan dirahangnya. Wolf yang juga berbalas tumbukan dengan tiga lelaki india, mengalihkan perhatiannya kepada perempuannya.

"Are you okey darling?" Soalan Wolf hanya dibalas deheman.

Aariaz yang melihat sikap manis Wolf pada white hanya tersenyum nipis. Aish cepatlah selesai masalah oi! Aku rindu bini aku!

Krak. Tangan yang ingin mencekik lehernya dipusingkan sehingga bunyi tulang patah kedengaran. Buk. Kepala dua lelaki yang ingin lari darinya ditendang sehingga terlentang dibuatnya.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now