Bab 39

134 5 0
                                    

Tuk. Tuk. Dua ketukan tukul hakim menandakan hukuman gantung mati untuk Red, Shah, Jason dan Nik tidak dapat diganggu gugat. Aariaz menghembuskan nafasnya lega. Masalah dengan DRAKEN juga selesai apabila ketua mereka sendiri iaitu Richard dijatuhkan hukuman penjara sampai mati. Semua bukti jenayah DRAKEN terungkap apabila Jason, Red, Shah dan Nik sendiri yang menjadi saksi. Sadis. Memang. mereka berempat, takkan biarkan ketua mereka, Richard terlepas sedangkan mereka mati digantung. Lebih baik orang tua tu pun mati sama dengan dorang.

Richard yang tahu bahawa dirinya dikhianati oleh keempat binatangnya itu menderam kesal. Aish kalau dia tahu, dia takkan tolong lindungi empat biawak ni dari BHO.

"Kau jangan gembira dulu Az. Kat luar tu berlambak musuh nak aim bini kau!" Aariaz tersenyum senget mendengar bisikan Jason ditelinganya.

Kepala diangguk "okey!" Jason yang diheret oleh dua orang polis itu dipandang sekilas. Mendengus kasar Jason melihat wajah tenang bekas ketuanya itu. Sial.

"Hah kau Nik taknak pesan apa-apa?" Ejek Aariaz apabila jaraknya dengan Nik semakin dekat.

Mata Nik menikam tajam sosok bekas ketuanya itu "kau ingat adik perempuan aku akan lepaskan kau macam tu lepas dia tahu kau bunuh abang dan juga kekasihnya sendiri? Hergh good luck bro"

Aariaz hanya tersenyum licik membalas ucapan Nik. Matanya mengerling sekilas sosok perempuan yang dimaksudkan Aariaz. Oh Janice, awek dan adik kepada pengkhianat BHO.

"It's okey don't worry bro, kejap lagi aku lacurkan adik kau dekat kelab bapak aku!" Balas Aariaz tersenyum sumbing kearah Nik.

Mengeras wajah Nik. Shit. Dia lupa lelaki dihadapannya ini berbahaya dan kejam.

"Dadah, jangan lupa sampaikan salam aku dekat adik ipar tak jadi kau! Iyalah mana tahu korang jumpa dekat melaka satgi" Aariaz melambai-lambai kan tangannya kearah Nik yang sudah pergi bersama dua anggota polis yang mengawalnya.

"Fuh nasib kita tak dipenjara iblis. Kalau tak melepas lah kita nak balas perbuatan serigala putih tu!" Bisik Daniel disamping Elvish.

"Ha'ah weh tak sabar buat dua makhluk tu berpisah tanpa khabar!" Tersenyum licik mereka berdua menatap Wolf dan White yang kini menghampiri mereka.

Aariaz yang mendengar perbualan kedua makhluk disampingnya itu menggelengkan kepalanya. Apa-apalah, baik aku balik ambik bini aku lepastu buat minion kami banyak-banyak! Huft. Tak sabar! Wait for me darling!

Berkerut hujung mata Daniel, Elvish, Wolf dan White yang melihat senyuman lebar dibibir bekas ketua mereka itu. Hah sudah takkan lah tiga bulan tak jumpa bini dia, Az dah jadi meroyan macam Jason?

"Kau nak pergi mana az?" Ghost yang baru mahu menghampiri death's terkebil-kebil melihat langkah besar yang diambil oleh lelaki itu.

Matanya menatap heran kearah empat rakannya itu.

"Tak tahu tapi hebat siak death's tadi. Aku ingatkan paling tidak hukuman untuk jason, Red, Nik dan Shah setakat penjara dua puluh tahun gitu. Tapi speechless aku bila peguam Aariaz bentangkan fasal fasal dan akta akta tadi. Tak terkeluar bantahan dari peguam bela empat beruk tu" mereka semua mengangguk setuju dengan ucapan Daniel.

"Bila masa siak, az upah peguam?" Pelik Elvish.

Setahu mereka, semua bukti dorang kumpul hanya mampu penjarakan jason, Red, Nik dan Shah selama 20 tahun saja. Tapi entah bukti apa yang diserahkan oleh peguam Aariaz pada hakim, last minit tadi sampai hukuman gantung dijatuhkan kepada empat sial tu.

"Az makin lama aku perhati makin susah untuk ditebak!" Mereka mengangguk setuju dengan ucapan Wolf.





Sudah masuk tiga bulan, dan selama itu juga, Mia tidak pernah lagi melihat suaminya. Dia ada bertanya pada Imani tapi macam biasa gadis itu hanya senyap. Ivella pulak kalau dia tanya asyik nak mengelak saja. Tengoklah hari ni, hanya dia dan imani yang berada dirumah. Ivella jangan tanya, lepas kejadian dia kena tusuk oleh kakaknya sendiri, ivella selalu keluar tak kira siang atau malam. Kalau terserempak syukur alhamdulillah. Gadis tu sama seperti ines. Seperti cicak susah nak melekat dirumah. Sebut pasal ines, gadis mata kelabu itu tiada di Malaysia kerana terpaksa kembali ke Dubai sebulan lalu.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now