Mia tersenyum lebar melihat baju dress satin yang melekat di tubuhnya. Aariaz yang turut segak dengan baju kot nya dikerling sekilas melaui cermin. Hari ini mereka berdua memakai baju sedondon berwarna biru tua.
"Thank you my baby Dora" bisik Aariaz dicuping telinga isterinya.
Terangkat alis kening Mia. Tangan Aariaz yang membelit pinggangnya ditepuk-tepuk.
"Why?" Tanya Mia setelah membalikkan tubuhnya menghadap Aariaz.
Aariaz tersenyum lebar. Rambut coklat milik isterinya diusap dengan penuh lembut.
"This, the last time abang benarkan sayang pakai dress satin. Lepas ni no more again!" Ujar Aariaz berbaur cemburu.
Tersenyum geli Mia. Mata suaminya yang berwarna kekuningan itu ditenung nakal.
Malam ini dia akan menemani Aariaz ke majlis syarikat keluarga suaminya itu dan malam ini juga dia akan bertemu dengan semua ahli keluarga besar D'arsen.
"Abang takut lah.." cicit Mia.
Aariaz tersenyum. Tubuh isterinya dia tarik masuk kepelukannya.
"Dah jom lewat dah ni!" Suara Elvish memanggil dari luar bilik menyentakan mereka berdua.
"Jom lah abang..." Ajak Mia.
Aariaz tersenyum. Sebuah rantai gelang berwarna silver dipasangkan ke tangan isterinya. Berkerut dahi Mia sebentar sebelum bibirnya menguntum senyuman lebar.
"Cantiknya abang... Thank you!" Ucap Mia. Gelang tangan berwarna silver itu dipandang lekat.
Aariaz tersenyum sembari menepuk-nepuk kepala Mia dengan lembut.
"Jom!" Jari-jemari tangan isterinya dia genggam lembut.
"kalau ada pertanyaan yang buat sayang tak selesa jangan jawab!" Pesan Aariaz.
Mia hanya menganggukkan kepalanya. Kini mereka berdua dalam perjalanan ke hotel majlis syarikat suaminya selenggara kan. Tangannya yang bergetar diusap lembut oleh Aariaz.
"You have me!" gumam Aariaz.
Tersenyum lebar Mia. Sisi wajah suaminya yang sedang memandu kereta dipandang lekat.
"My handsome husband!" Bisiknya nakal dengan mengigit kecil cuping suaminya.
Aariaz mengerling tajam wajah nakal isterinya yang duduk disampingnya itu.
"you too darling!" Sinis Aariaz sembari tangannya dengan nakal mengusap-usap peha isterinya.
Kejung Mia dibuatnya. Tersenyum dia melihat raut canggung perempuannya. Nakal lagi.
"Dah jom turun!" terkelip-kelip mata Mia memandang huluran tangan suaminya.
Matanya dibawa menyelusuri sekelilingnya. bibir digigit kuat. Dia tak perasan mereka berdua sudah sampai.
Dengan senyuman kaku, huluran tangan Aariaz disambut. Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam hotel tersebut.
"Sir this!" tegur seorang lelaki sembari menyerahkan satu kad kepada Aariaz.
Aariaz mengangguk.
"Okey tak?" Tanya Aariaz risau.
"Hah? Oh okey okey..." Bibirnya yang kering dia basahkan.
"Have a sit my baby Dora!" Persila Aariaz sambil menarikan sebuah kerusi untuk Mia.
Mia tersenyum canggung. Semua pandangan mata tetamu menambahkan lagi rasa canggung dalam dirinya. Mereka berdua sudah menjadi tumpuan sejak mereka masuk tadi.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024