Aariaz menatap datar empat wajah yang dulu selalu bersamanya. Kenapa? Hanya itu persoalan yang terlintas dikepalanya untuk empat sosok itu. Wajah dan tubuh yang kini hampir tidak dikenalinya itu dipandang sekilas sebelum satu tinjuan diberi setiap seorang.
"Pengkhianat!" Buk. Darah yang mengalir dari kepala Daniel selepas ditendang oleh Aariaz dipandang kosong.
"Kenapa? Kenapa bodoh? Apa salah bini aku pada korang? Korang kenal ke bini aku? Tak en? Tapi kenapa sial. Sanggup korang palsukan pil untuk isteri aku! Korang cuci otak dia sehingga Mia anggap aku cintakan perempuan sial tu dan benci dia. Kawan jenis apa korang ni! Shit!" Berair mata Aariaz memukul keempat bekas sahabatnya itu.
Hosh. hosh. Nafas yang tidak beraturan cuba ditenangkan. Rambutnya dia serabaikan. Wajah kosong Jason dipandang tajam. Pipi itu dicengkam kuat.
"Selain pil apa lagi kau suruh bini aku telan?" Sabar cuba dipupuk.
Jason yang disoal oleh bekas ketuanya itu hanya senyap. Matanya membalas renungan tajam Aariaz "banyak! Aku cakap dekat Mia kau cintakan Red, kakak dia sendiri. Dan kau tahu dia percaya bulat-bulat sampai ubat anti depression dia suruh aku beli. Hahaha gila? Tak aku tak gila. Aku hanya gilakan dia. Kau perampas Az. Mia sepatutnya jadi milik aku sejak lima tahun lepas lagi! Tapi kenapa sial, lepas kau jumpa Mia dihotel kau. Kau bawa dia kahwin! Fuck death's Aku, aku yang dulu cintakan dia sebelum kau AZ! Aku yang tolong Mia masa mak tiri dia nak jual dia kat kelab bapa kau! AKU AZ! AKU! tapi tapi kenapa kau cakap dekat dia! Kau yang tolong selamatkan dia! Kau memang sial AZ! Aku benci kau!"
Bergerak-gerak rahang Aariaz mendengar luahan cinta lelaki lain untuk dora-nya. Fuck. Shit. Dia tak tahu Jason juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya sejak mereka bertiga berkawan rapat di universiti. Kalau dia tahu mungkin dia akan undur diri.
"Kau ingat aku akan senang-senang terima dia jadi milik kau. Tak Az, I'm fucking hate you Aariaz Aaron. Tak cukup kau rampas dia lima tahun dulu. Sekarang kau nak hidup semati dengan Mia? Jangan mimpi dia aku punya! Selamanya!" Suara lirih Jason memenuhi sunyinya ruang bawa tanah basement BHO.
White, Wolf dan ghost turut berada di sana menonton drama pertemanan itu. Ah sungguh tragis.
"Maaf.."
Pft. Terletus senyuman sinis dibibir jason mendengar kata maaf dari bibir Aariaz. Air matanya luruh. Dia benci lelaki itu kerana dia rasa Aariaz merampas kebahagian dirinya. Kehidupannya jason yang dulunya sangatlah gelap dan memeritkan. Dia seorang anak yatim piatu. Tapi kerana kebijakannya, dia dapat menyambung pendidikannya sehingga peringkat diploma iaitu di University yang sama dengan Mia. Dan disitulah awal mula, Aariaz, Jason dan Mia berkenalan.
Jason lebih awal cintakan Mia sebelum Aariaz mendaftar di University yang sama. Tapi kerana tiada keberanian, dia hanya melihat Mia dari jauh. Lagipun dia rasa rendah diri, dia anak yatim. Bukan anak orang kaya seperti Aariaz. Baginya, Mia gadis yang unik kerana pada masa itu, hanya Mia satu-satunya perempuan berambut coklat. Cliche right! Tapi begitulah sejak awal lagi Jason sudah jatuh cinta pandang pertama pada Mia. Dia selalu mengikut kemana-mana Mia pergi. Setiap lelaki yang ingin berkenalan dengan Mia, pasti habis ditangannya. Dan paling rare, dia sanggup buat kerja haram dengan menjadi pengedar dadah di kelab malam ayah Aariaz semata-mata nak dapatkan duit banyak kerana pada masa itu, Mia hidup dengan serba mewah. Gadis itu sangat sempurna baginya. Dia ingin menjadi lelaki yang pantas untuk bersama gadis berambut coklat itu.
Suatu hari, semasa dia bekerja seperti biasa iaitu mengedarkan dadah di kelab. Dia terserempak dengan Mia yang masa itu tengah melarikan diri dari dikejar oleh orang-orang ayah Aariaz. Tanpa berfikir panjang, Jason cuba menyelamatkan gadis dicintainya itu. Dan iya, itulah awal pertemuan dan perkenalan antara mereka berdua. Walaupun Jason menyukai Mia, dia langsung tidak pernah bertegur sapa atau cuba mendekatkan diri dengan Mia sebelumnya. Gila right? Gadis itu langsung tak mengenali dirinya tapi dia sudah lama cintakan Mia.
"Death's?" Panggil Wolf.
Senyap. Mata Aariaz hanya menjeling sekilas kearah Wolf. Kening dijungkitkan. Apa?
"Kau ada dua puluh minit lagi sebelum PDRM datang bawa mereka berempat!" Beritahu Wolf cepat.
Mata Wolf, White dan ghost dilarikan apabila mata kekuningan menikam kearah mereka. Tahulah mereka, yang Aariaz taknak terganggu akan kehadiran mereka. Tapi apa dorang kisah. Beras Signore beli.
Em. Mata Aariaz menatap dengan penuh bersalah kearah Jason sebelum wajah Daniel dan Elvish ditatap.
"Kau.."
"Hah apa-apa? Kau nak cakap kami pengkhianat? Kau memang sial az! Kau yang suruh kami berdua pura-pura khianat kau! Lepastu bila jadi macam ni, kau suruh PDRM tangkap kami. Dasar anak taktahu diuntung!" Tersebik-sebik mulut Daniel menatap Aariaz.
Aariaz yang mendengar nada merajuk Daniel hanya menggerakkan tubuhnya. Geli sial. Memang, dia yang arahkan Daniel untuk pura-pura mengkhianatinya. Dia mahu tahu apa rancangan Jason, Nik dan Draken sendiri. Dia sudah lama tahu pengkhianatan Jason dan Nik tapi dia taktahu apa motif kedua lelaki itu sehingga tadi jason bersuara. Barulah dia tahu apa punca Jason berdendam padanya. Tapi apa dia kisah bukan dia rampas pun Mia dari Jason. Suka sama suka. Jason jer yang gila bayang sendiri. Apa dia ingat dia handsome macam aku!
Aariaz menjeling tajam kedua pengkhianat itu sebelum wajah tersengih-sengih elvish dipandang. Ini lagi sorang, nak juga ikut serta dalam rancangan dia dengan Daniel. Elvish langsung tiada kena mengena tapi
"Bolehlah Az, aku takut hidup tanpa iblis! Dia sahabat tercinta Firaun.. so dia mesti ada dengan aku sentiasa" wajah Aariaz ditekup sembari dipicit-picit bahu lebar itu.
"No!" Tegas Aariaz menjawab permintaan Daniel.
"Alah AZ, bolehlah! Bolehlah! bagilah aku ikut sekali! Aku tak sanggup lah biar sahabat tercinta aku tempuhi dunia kejam ini sorang-sorang. Ngak bisa aku neng hidup tanpanya!" Drama air mata juga turut disertakan.
Aariaz memicit hidungnya melihat mata Daniel dan elvish yang menatapnya dengan penuh berharap. Berkelip kelip mata kedua jantan tersebut. Nak memujuk lah ceritanya.
"Ah yalah tapi kalau kantoi aku akan pastikan korang dua masuk pulau tahanan!" Ugut Aariaz sembari tersenyum sumbing.
Glek. Daniel dan elvish serentak menelan air liur mereka. Kepala diangguk dengan ragu-ragu. Keadaan pulau tahanan kini berpusing-pusing dalam otak mereka. Hush, kepala digeleng laju. Seram bhai!
Kriet. Perhatian Aariaz teralih kepada sosok yang menolak pintu tadi. Tujuh orang yang memakai seragam PDRM berdiri hormat dihadapannya.
"Sir!" Aariaz mengangguk.
"Lepaslah! Aku tak salah. Dia yang salah!" Nik yang memberontak sembari menatap tajam kearahnya hanya dipandang remeh.
Pandangan dingin dari mata Jason, Nik, Red dan Shah dibalas dengan senyuman mengejek. Lo.ser! Mengeram mereka berempat melihat gerakan bibir Aariaz.
"Kau tunggu. Aku akan pastikan hidup kau takkan bahagia!" Teriakan histeria Red hanya diendahkan.
Perempuan gila tak payah layan. Risau gila bila makin dilayan. White yang berdiri ditepi pintu masuk tersenyum mengejek kearah Red. Tch. Poor girl.
"Aa kesian aaa!" Mimik wajah penuh mengejek White menambah rasa panas dalam hati Red. Sial! Perempuan ni lah punca dia susah nak bunuh adiknya. White selalu ada disamping Mia. Setiap pembunuh upahan yang dihantar olehnya pastu mati ditangan perempuan itu.
White dan Wolf yang melihat pandangan tidak puas hati Red hanya terkekeh geli. Padan muka.
"Lepas perbicaraan confirm empat ekor tu, mati ditali gantung!" Ucapan ghost dibalas anggukan remeh oleh mereka semua.
"Hah tulah akibat bila nak kacau princess White!" Aariaz memandang jengkel kearah White. Suka hati bapak dia jer nak Claim dora-nya jadi princess.
Wolf yang melihat pandangan tidak puas hati antara dua orang manusia sial dihadapannya itu melengos pergi. Baik aku pergi tengok detik-detik Jason mati. Tersenyum nakal dia apabila Pikiran itu terlintas dalam benaknya. Hahaha akhirnya mamat sok dingin tu akan mampus. Dia bukan benci cuma dia tak suka Jason kerana lelaki tu suka manipulative orang. Dia pernah kena. Dan kesannya dia hampir hilang perempuan dia. Sial, memang sial kalau diingat ingat perkataan provokasi jantan tu.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024