Bab 14

332 7 0
                                    


"meriahnya majlis kahwin kau ni!" Ucapan sinis itu hanya dibuat pekak saja oleh Mia. Semakin membara hanin dengan beberapa sepupunya melihat wajah selamba Mia.

Mia tersenyum lebar memandang jari jari tangannya yang sudah dihiasi dengan inai. Malam ni merupakan malam berinainya. Dia teruja tapi hatinya berdebar debar menunggu hari esok. Hari yang dinantikan setiap pasangan untuk menghalalkan hubungan. Akad nikah jam 10 pagi dan sanding pada malam hari.

"ha'ah padahal baru majlis berinai. Pak long dengan maklong ni pun satu kenapa nak buat besar besar bukannya perempuan ni anak kandung dorang pun" ujar Tengku Tiara sepupu ines.

Menyepet mata Tania memandang setiap sorang sepupu ines.

Wajah berseri Mia dipandang kelat "biarkan jer!"

Telapak tangan Mia diambil dan dilukis dengan ena. Semalam Ines telefon dia suruh jadi tukang enah Mia hari ni. Dia pun setuju jer lah lagipun Mia ni dah dianggap keluarga oleh budak mata kelabu tu.

"memanglah meriah! dah anak kesayangan Tengku Xander dan Tengku Ammara lagi lagi cucu kesayangan Tengku Samirah" bidas Mia balik.

Tania yang mendengar itu tersenyum bangga.

"kau bagus tutup mulut kau tu sebelum aku report dekat ines yang kau kacau Mia!" Tambah Tania lagi.

Terdiam Juwita, tiara dan Hanin apabila mendengar nama ines dipetik. Mana berani mereka pada budak mata kelabu tu walaupun mereka sepupu. Wajah mia dipandang dengan tidak puas hati.

"kau beruntung sebab ines ada back up kau, kalau tak mak long dah lama halau kau tau!" Sinis Juwita lagi. Mereka rasa tak puas hati sebab Ines lebihkan Mia dari mereka bertiga. Mia tu orang luar jer kot Pikir mereka.

Tania hanya menggelengkan kepalanya sebelum menyambung menginai mia. Nantilah dia adukan sikap sepupu-sepupunya itu pada ines.

"hoi, mia aku nak tanya lelaki tu tau tak yang kau ni anak pungut je bukan anak
Kandung babah Xander yang kaya raya ni?" Tanya Tiara dengan senyuman sinis.

"iyalah kau ni, anak tak diharapkan oleh keluarga kau sendiri, kesian! anak pung-" Terhenti perkataan Hanin selepas ditampar oleh Tengku Samirah.

Dia geram melihat kelakuan cucu cucu kandungnya itu. Tak sudah nak mengacau dan menghina Mia. Ini kalau cucunya tahu mahu mampus dikerjakan tiga serangkai ni.

"pergi masuk bilik kamu bertiga sekarang! atau korang nak nenda adu sikap korang ni pada ines?" Ugut Tengku Samirah.

Serentak ketiga gadis itu naik keatas tapi sempat lagi mata mereka menghantar pandangan tajam ke arah Mia. Mia hanya membalas dengan tersenyum mengejek.

"Mia jangan pikirkan sangat perkataan budak-budak tu okey.." ujar nenda dengan mengusap lembut rambut Mia.

Mia hanya mengangguk. Dia teringat masa mula-mula ines perkenalkan dirinya pada keluarga besar D'Xander. Semua tak boleh terima dia siap dimaki dan dihina lagi dia. Hampir saja dia mahu putus asa tapi dengan semangat dan sokongan budak mata kelabu tu. Semuanya berubah.

"Now Listen to me kenalkan Mia and start from now call her Isadora Mia D'Xander!"  ujar Ines dengan tegas.

Semua memandang tidak suka kearah Mia yang masa tu selekeh. Mereka ingin menolak tapi melihat pandangan kosong budak mata kelabu tu mengurangkan niat mereka semua. Sehinggalah..

"Babah tak setuju! dia orang luar ines, mungkin anak luar nikah sebab tu dibuang oleh keluarganya" hina Tengku Xander dingin.

"Nenda pun tak setuju dengan keputusan kamu! Dia orang asing yang kita tak tahu asal usulnya lagi ines.. mungkin bapa dia buang dia sebab anak pelacur!"  Ujar Tengku Samirah dengan lembut namun terselit hinaan pada Mia.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now