Bab 30

185 5 0
                                    

Semburat merah terpampang nyata diwajah Mia. Bukan kerana malu tapi dia cemburu. Sosok dua insan berbeza jantina yang ralit Becengkerama disofa suite mewah tersebut dipandang tajam.

"Abang?" Panggil Mia.

Aariaz yang sibuk berbincang dengan peguam hotelnya memandang sekilas.

"Em?" Sahut nya datar.

Mia kelu. Dia terasa dengan layanan dingin suaminya. Perlahan dia meninggalkan ruangan tersebut. Kaki menapak ke dalam dapur mini suite tersebut.

"Kau boleh balik!" Halau Aariaz tanpa memandang sedikit pun gadis itu.

"Oh okey, see you when I see you again Aaron!" Genit gadis itu sembari menundukkan sedikit kepalanya.

Aariaz menatap datar gadis yang sudah berlalu pergi dari suite mereka.

"Huft. I miss you my baby Dora!" Bisik hatinya sebak.

Kaki dibawa melangkah ke mini dapur yang memang tersedia di suite mewah Tengku Aarhan.

"Kau panggil aku kenapa?" tanya Aariaz.

Tersentak Mia. Badannya ditolehkan kearah suaminya.

"Oh takde i cuma nak ingatkan flight kita kejap lagi.." jawab Mia tenang. Kaki dan tangannya bergerak cekap mengemas dan membersihkan cawan yang mereka gunakan tadi untuk sarapan.

Setelah siap mengemas dapur. Mia membawa kakinya ke bilik semula untuk mengemas beberapa baju mereka berdua gunakan dua hari ini.

Aariaz senyap, mata helangnya merenung tajam setiap gerakan isterinya.

Mia menoleh kearah Aariaz "kenapa tak siap lagi? You cakap jam dua flight kita right?"

Aariaz tak menjawab. Matanya menatap penuh selidik wajah innocent isterinya itu. Dia heran sikap tak peduli Mia soal pengakuan perasaannya. Kenapa gadis itu tidak marah atau setidaknya menunjukkan perasaan benci dimata hitam pekat itu?

"I'm sorry i hurt you again and again.." Aariaz memandang kelat wajah tenang isterinya.

Termangu Mia seketika sebelum perlahan-lahan mengukir senyuman dibibirnya. Dadanya yang terasa ngilu mendengar kata maaf dari bibir suaminya tidak diendahkan. Dia tak tahu, suaminya itu sukar ditebak. Aariaz terkadang bersikap lembut dan dingin dalam satu masa. Sampai rasanya Mia lelah sendiri.

"It's okay, jom balik! Balik rumah kita?" Ceria saja dia membalas.

Aariaz memandang sepi wajah pura-pura bahagia itu. Kepala diangguk sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Jap aku nak mandi!" Dingin saja Aariaz membalas.

Mia mengemam bibirnya menahan esakan. Tangannya terkepal sembari air matanya mengalir tanpa dipinta. Dia penat! Sejak pengakuan perasaan suaminya semalam hubungan mereka semakin dingin.

"It's hurts " gumam Mia. Dadanya berdetak tidak beraturan. Teresak-esak dia menangis.

Sabar. Bisikan itu diucap berulangkali.

"Dah jom!" Ajak Aariaz.

Mia mengangguk lemah. Kakinya dengan longlai menapak kearah suaminya yang sudah berdiri diluar pintu.

"Behave!" Terdongak wajah Mia menatap suaminya.

"Hah?"

Aariaz mengetap bibirnya dari membentuk senyuman. Cute nya lahai bini aku ni.

"Ehem. Aku taknak Han dengan yang lain tahu keadaan kita! Dalam erti kata lain jangan cerita apa-apa dekat kawan kau! Kau paham?" Ugut Aariaz sembari tersenyum senget.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now