"Untungnya lady Aurora kan abang!" Mia tersenyum melihat wajah terharu birthday girl hari ini.
King yang sentiasa menggengam tangan gadis mata Hazel itu menjadi tatapan umum. Tidak ramai golongan VVIP yang datang hanya keluarga dan sahabat King saja yang dijemput oleh lelaki itu. Kalau kata suaminya terlalu bahaya untuk keselamatan para gadis mereka. Entahlah Mia pun tak faham. Bahaya jenis apa yang menunggu dirinya.
Terjungkit alis kening Aariaz keatas "untung, kenapa pulak?" Bahu isterinya dipeluk possessive apabila beberapa rakan king menatap lekat kearah isterinya.
"Em entah maybe sebab King nampak mencintai Lady Aurora!" Kepalanya dia sandarkan ke bahu Encik suami. Matanya dikelip-kelipkan untuk menghalang air mata dari mengembun di pelupuk matanya.
Walaupun mereka duduk disofa hujung ruangan. Kehadiran mereka masih mampu menarik perhatian beberapa orang macam sekumpulan model perempuan yang sejak tadi menatap kearah mereka atau lebih spesifiknya kearah suaminya.
"Abang, mia rasa nak bunuh orang malam ni. I hate seeing their hungry glances at your body!" Mia membalas balik tatapan seoarang gadis yang dengan berani memindai tubuh suaminya. Tsk. Perempuan tu macam haus belaian pun ada.
Aariaz terkekeh. Matanya merenung tajam setiap gadis yang membuatkan isterinya tidak aman.
"Don't worry no one can replace your place in my heart. My body, my eyes, my breath or maybe my fortune is your's!" Bisik Aariaz dicuping telinga Mia.
Tersenyum malu Mia. Lagi-lagi apabila Aariaz selamba mencium ubun-ubunnya sehingga ke lehernya "abang, Mia rasa nak makan yang tu lah apa nama roti tu? Cosyen? Tesyen? Cristen? Ah Mia lupa apa nama roti tu!"
"Croissant sayang bukan kosyen" tertawa kecil Aariaz melihat wajah merajuk si isteri.
"Dah tak payah nak majuk-majuk. Jom abang sayang ambik cosyen eh!" terkekeh Aariaz sembari menggenggam tangan isterinya kearah sebuah meja yang penuh dengan pelbagai jenis cupcake, roti dan macam macam lagi.
"Kita tak ucap face to face ke dengan Lady Aurora ke abang?" Soalnya sembari tangannya mengambil tiga roti croissant yang dibaluti coklat dan meletakkan keatas pingan yang suaminya pegangkan.
"Em kejap lagi lah. Lagipun tak semua boleh bercakap dengan bini King. Tapi rasanya sayang terkecuali.." mata Aariaz mengekori setiap langkah kedua pasangan yang sedang menghampiri mereka berdua.
"Sedapnya, abang nak rasa?" Mia langsung tidak sedar akan sekelilingnya.
Malahan gadis itu sibuk menyuap mulutnya dan mulut Aariaz dengan pelbagai jenis makanan manis.
"Hai?" Terkebil-kebil mata Mia apabila dia mengangkat kepalanya dari menyuap moist ke dalam mulutnya.
"Ehem. Hey hai... I'm Mia, Isadora Mia!" Dengan kaku Mia membalas sapaan gadis empunya majlis. Sempat lagi lehernya bergerak pantas untuk menelan gula-gula coklat di mulutnya.
Aariaz disebelahnya sudah terkekeh melihat kecomelan sang isteri. Haish sayang nakal kau ni. Kalau boleh semua makanan kat sini kau nak telan.
"Happy birthday Lady Aurora, i hope you and your husband will be together forever. And what skincare routine you wear? You so beautiful" Sempat lagi Mia berbisik ditelinga Aurora.
Daniel dan Elvish yang kebetulan berdiri disamping kedua gadis itu terkebil-kebil sendiri.
"Awak ni lucu lah Mia. Anyway you don't need to use any type of skincare because your face already beautiful. Like a doll!" Puji Aurora balik. Sempat mata hazelnya merenung rantai dileher isteri Aariaz.
Mia menatap heran tangannya yang digenggam lembut oleh isteri King.
"For your information, saya bukan isteri king. My name is Sumaiyah Aurora, kitaorang kawan jer. So Mia nak tak kawan dengan maiyah lagipun nama kita hampir sama. Mia and Maiyah!" Ceria saja gadis itu bersuara. Matanya yang berwarna Hazel itu bersinar penuh harap menatap mata hitam pekat Mia.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024