Part 1

671 21 2
                                    

Cinta Adeena menutup pintu rumah. Dia menghela nafas lembut.

Rumahnya gelap sahaja. Rumah peninggalan arwah ibunya.

"Kakak, kakak dah balik?" Ujar Citra Aqeela. Dia menuju ke kakaknya. Tangan dihulur untuk salam.

Adeena tersenyum. Dia menyambut tangan adiknya yang berusia 17 tahun itu.

"Adik-adik dah tidur ke?" Tanya Adeena.

Citra tersenyum.

"Dah kak, tapi..." jeda Citra. Dia menundukkan pandangan sahaja. Hanya pandang lantai dan tak langsung pandang wajah kakaknya walaupun ketinggian mereka sama sahaja.

Adeena mengerutkan dahi. Dia menunduk untuk melihat wajah adiknya.

"Kenapa dik? Cakap je dengan akak" ujar Adeena.

"Diorg makan biskut je tadi sebab makanan semua dah habis. Citra ingat nak buat bubur je dekat diorg sebab lauk dah takde, tapi beras pun dah habis kak" ujar Citra perlahan. Dia masih lagi dengan keadaannya yang sebegitu. Melihat ke bawah.

Adeena yang sedang menunduk untuk melihat wajah adiknya itu, menjatuhkan wajahnya dan turut melihat ke lantai. Tangan yang berada di kedua belah lutut itu dicengkam kuat.

'Ya allah, macam mana ni, ni baru tengah bulan. Gaji masuk lambat lagi' ujar Adeena di dalam hati .

Adeena memejamkan mata. Dia perlu berfikir di mana harus mendapatkan duit.

Citra mengetap bibirnya.

"Kak, Citra minta maaf. Citra tak patut cakap macam ni, dalam keadaan macam ni. Akak mesti penat kan. Maafkan Citra, kak" ujar Citra. Dia memeluk kakaknya. Tangisannya ditahan.

Adeena terkesima. Dia membuka matanya. Perlahan-lahan tangan dinaikkan lalu dia menepuk-nepuk belakang adiknya.

"Citra, takpelah. Kakak tahu la apa akak nak buat nanti. Citra jangan la macamni." Ujar Adeena. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Citra perlahan-lahan melepaskan pelukan. Dia mengesat air mata yang hampir tertumpah dari tubir mata.

"Akak, akak guna la duit bantuan yang sekolah bagi tu untuk Citra, kita guna untuk beli makanan ye kak?" Citra masih cuba mahu membantu.

Adeena menggelengkan kepala. Bibirnya masih mengukirkan senyuman.

"Citra simpan duit tu. Guna untuk sekolah. Duit bantuan tu bukan setiap bulan dapat. Setahun sekali je. Tu pun tak tahu kalau tahun depan dapat lagi ke tak duit bantuan." Ujar Adeena sambil mengusap-usap kepala Citra.

"Dah, Citra pergi tidur. Pasal makanan tu, insyallah. Akak ade duit." Ujar Adeena.

Hakikatnya, semua duit gaji untuk bulan itu dia sudah guna untuk bayar bil elektrik, bil air, dan lauk basah untuk keluarganya. Berapa ringgit la sangat yang tersisa di poketnya. Dia tahu, takkan cukup untuk beli makanan.

Citra hanya mengangguk. Dia mengatur langkah ke bilik yang dikongsinya bersama adiknya, Cindra Andinna.

Adeena tersenyum. Dia mengekori Citra menuju ke biliknya. Mahu mencium dahi adik-adiknya sebelum tidur. Itu la rutin hariannya setiap kali pulang ke rumah.

Citra membaringkan dirinya. Dia menyelimut diri sendiri. Matanya di pejamkan.

Adeena duduk di birai katil. Dia mencium dahi Citra lalu matanya dialihkan di sebelah Citra.

Ada seorang kanak-kanak sedang tidur sambil memeluk bantal berbentuk baby shark itu.

Adeena tersenyum.

Dia menundukkan kepala lalu mencium dahi adiknya, Cindra Andinna. Adik bongsunya yang baru berusia 5 tahun.

Adeena bangun lalu menutup pintu bilik.

Kaki mengorak langkah ke bilik sebelah. Dia membuka pintu.

Ada dua orang budak lelaki sedang tertidur di katil. Adeena duduk di birai katil dan melakukan perkara yang sama kepada Danish Adrian yang berusia 16 tahun dan Darwish Aqeel yang berusia 10 tahun.

Adeena tersenyum lalu mengangkat kaki dari situ.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now