Part 37

188 11 1
                                    

Adeena meronta. Digelengkan kepala berkali-kali.

"Taknak, jangan buat Adeena macam ni. Maafkan Adeena, ayah. Adeena janji takkan sibuk hal ayah lagi. Jangan pukul Adeena, ayah" jerit Adeena berkali-kali.

Adam yang sedang memilih baju di bilik wardrobe pula terus berlari keluar.

Dia nampak isterinya yang sedang baring di katil tapi meronta-ronta dengan mata yang masih terpejam. Macam mengigau pun ada.

Lekas, Adam memegang kedua-dua tangan Adeena. Dia labuhkan duduk di sebelah Adeena.

"Cinta, hey. Ni saya, Adam. Bangun, cinta" ujar Adam lembut. Diusap rambut isterinya itu dan ditepuk perlahan pipi untuk menyedarkan.

"Taknak!!! Sakit, ayah!!" Adeena menjerit lagi.

Adeena menolak semua yang ada di sisinya. Dia memukul Adam. Matanya masih dipejamkan.

Adam pula menahan sahaja rasa sakit dipukul itu.

"Awak, ni saya. Adam, suami awak. Bangun, cinta. Buka mata tu" ujar Adam lagi. Digoncang perlahan bahu Adeena.

Adeena membuka mata. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya terus jatuh ke arah Adam yang sedang melihatnya dengan wajah risau.

"Awak" ujar Adeena lalu dia menghamburkan segala tangisannya. Kepalanya tertunduk kebawah.

Adam lekas menarik Adeena ke dalam pelukan.

"Ye, cinta. Saya ni." Ujar Adam dan tangannya mengusap-usap belakang Adeena untuk menenangkan.

"Saya takut. Saya tak nak kena pukul" ujar Adeena tersedu sedan.

Adam semakin mengeratkan pelukan. Cukup untuk memberitahu Adeena yang dia ada disisi Adeena dan akan melindunginya.

"Just nangis je, cinta. Nangis selagi boleh. Keluarkan semuanya" ujar Adam.

-

Adam memainkan rambut Adeena. Sesekali dicium sekejap pipi Adeena. Dari pipi, ke dahi, kemudian ke hidung dan akhir sekali di bibir. Semua dia tak lepaskan. Geramm. Comel je Adeena tidur.

Adeena membuka matanya perlahan. Rasa terganggu dengan ciuman Adam.

Adam pula tersengih sahaja.

"Eh, ganggu cinta ye?" Tanya Adam. Dia sengih sebab kantoi dengan perbuatannya. Dia cium sikit je, boleh bangun juga eh?

Adeena menggeleng. Ditarik tangan Adam lalu dipeluk erat. Disembamkan mukanya di dada Adam yang tidak berlapik apa-apa itu.

Adam turut membalas pelukan Adeena.

"Maafkan saya, Adam" ujar Adeena. Tak angkat langsung kepalanya. Dia cakap dengan muka yang masih tersembam di dada suaminya itu.

"Kenapa pula?" Tanya Adam.

"Sebab tadi tu. Saya malu" ujar Adeena perlahan.

"Kenapa nak malu?" Adam bertanya.

Adeena hanya diam.

Dia menarik nafas panjang.

"Masa saya kecil, mama dengan ayah selalu gaduh. Ayah selalu pukul mama. Saya tak sanggup tengok. Saya tak suka mama asyik kene pukul je... saya..." cerita Adeena terhenti.

Dia tak mampu nak teruskan. Sedih sangat-sangat. Air matanya laju je turun.

Adam mengangkat muka Adeena. Ditarik Adeena menghadap ke mukanya. Lalu dia peluk Adeena untuk memberi kekuatan.

"Its ok, cinta. Tak perlu cerita kalau awak tak boleh" ujar Adam.

Adeena diam. Dia membalas pelukan Adam. Air matanya semakin laju turun ke pipi.

Lama mereka sebegitu sehingga Adeena melepaskan sendiri pelukan dan dia menggelengkan kepala.

"Takpa, saya ok" jawab Adeena.

Adam pula hanya diam dan hanya memandang mata Adeena untuk dia meneruskan.

"Saya pun selalu kena pukul dengan ayah. Saya taknak ayah pukul mama lagi. Saya korbankan diri saya untuk protect mama. Lama kitorg hidup macam tu, sampailah mama meninggal masa melahirkan Cindra."

Adeena mengenggam erat tangan Adam. Dia memejamkan mata. Rasa sebak kembali menguasai.

"Ayah tinggalkan kitorang lepas mama meninggal. Kami semua tak pernah jumpa dia lepas tu. Hidup saya huru hara lepas mama takda. Saya terus cari kerja. Saya tak dapat sambung belajar walaupun saya dapat straight A. Saya lah yang jadi mak bapak untuk adik-adik saya. Mak cik Kalsom dengan anak dia lah yang banyak bantu kami sekeluarga." Ujar Adeena.

Adam diam. Sedihnya dengar kisah isterinya ini. Tak pernah diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri. Masa dia dikorbankan untuk adik-adiknya.

"Awak tetap rasa saya ni layak untuk awak ke, Adam?" Tanya Adeena. Air matanya bertakung.

Adam memandang anak mata Adeena.

Laju sahaja tangannya menarik Adeena lagi ke dalam pelukan.

"Berapa kali saya nak kene cakap? Awak dah pun jadi isteri saya. Saya takkan ubah keputusan saya untuk jaga awak dan adik-adik awak." Ujar Adam.

Adeena diam. Air matanya jatuh buat kesekian kalinya.

"Biarlah saya pula yang jaga awak, Adeena. Biar saya yang ambil alih tugas awak sebelum ni" ujar Adam lagi. Dia mengeratkan pelukannya.

Adeena pula tak mampu berkata lagi. Dia turut membalas pelukan Adam.

"Percayalah saya, cinta"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now