Part 68

102 4 2
                                    

"Terima kasih semua yang hadir. Saya sekeluarga sangat sangat berterima kasih kerana kalian semua dapat datang malam ni." Adam memulakan percakapan. 

Dia sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamunya selepas semua sudah hadir dan menjamu selera.

Adam mengalihkan pandangannya ke arah isterinya, Adeena.

Dia menghulurkan tangan untuk meminta isterinya berada di sebelah.

Adeena pun mengatur langkah ke arah Adam.

Adam tak lepas memandang Adeena, tangannya memeluk pinggang isterinya itu yang cantik berpakaian sopan berwarna hitam dan tudung labuh menutup dada.

"Sebenarnya kami buat majlis ni kerana kami ada pengumuman."

Semua hanya melihat dan menunggu jawapan Adam itu. Ada yang berdebar, ada juga yang masih tekun makan. Siapa lagi kalau bukan Sally?

"Adeena mengandung, dah nak masuk sebulan" Adam menyambung setelah berhenti sejenak.

"Alhamdulillah" Tan Sri Asyraf mengucap kesyukuran.

Puan Sri Amanda pula lekas bangun dan memeluk erat menantunya. Diusap-usap belakang Adeena.

"Mummy, jangan nangis. Sedih la Adeena macam ni kalau mummy nangis" Adeena berkata. Air matanya cuba ditahan.

Puan Sri Amanda mengesat air matanya. Senyuman kegembiraan diberikan kepada menantunya itu.

"Mummy happy sangat-sangat. Alhamdulillah, kamu dikurniakan rezeki selepas nak masuk dua tahun menikah." Puan Sri Amanda tertawa, cuba menutup kesedihan.

Adam mengusap belakang Puan Sri Amanda.

Tan Sri Asyraf bangun dan berdiri di sebelah isterinya. Dipeluk bahu isterinya itu.

"Dah, jangan nangis lagi" pujuk Tan Sri Asyraf.

Dia mengalihkan pandangan ke arah Adeena.

Diberikan senyuman.

"Tahniah menantu daddy" Tan Sri Asyraf berkata. Dia mengusap kepala menantunya itu.

Adeena mengangguk. Dia tersenyum apabila dilayan sebegitu. Rasanya seperti mendapat kasih sayang seorang ayah...

Fikiran Adeena terus menerawang memikirkan ayah. Dia lekas menoleh ke arah susuk orang tuanya itu.

Datin Dina sedang tersenyum memandangnya bersama dengan Dato Arman yang memandangnya dengan reaksi kosong.

Adeena mengatur langkah ke arah mereka.

"Tahniah, Adeena. Aunty dah dapat agak bila Adeena pengsan haritu." Datin Dina memegang kedua-dua belah tangan Adeena.

Adeena tertawa kecil.

"Nasib baiklah aunty ade masa tu, terima kasih aunty" Adeena berkata.

"Takda apalah. No worries" ujar Datin Dina.

"Tahniah, Adeena." Ucap Dato Arman.

Adeena menoleh ke arah datangnya suara itu.

Dato Arman sedang memandang dirinya dengan senyuman dibibir.

Bergenang air mata Adeena. Ini kali pertama Dato Arman mengukirkan satu senyuman kepada dirinya.

Dato Arman terus menarik Adeena ke dalam pelukan.

Dia mengusap kepala Adeena yang masih berbalut tudung itu.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now