Part 40

189 9 1
                                    

"Awak, bangun. Solat subuh jom" ujar Adeena. Dia mengoncang perlahan lengan Adam.

"Hmmm" ujar Adam. Dia menggeliat sedikit. Tangannya laju menarik pinggang Adeena merapat ke arahnya.

Kepalanya disembamkan di perut rata isterinya itu.

Adeena menggeleng.

"Awak, jomlah. Nanti lambat kang" ujar Adeena. Tangannya meraup-raup rambut Adam yang sedikit berterabur itu.

"Cinta. U smells so good" ujar Adam dengan suara garaunya itu. Dia menarik nafas panjang menyedut bau badan Adeena. Wanginya bau. Makin lena nak tidur kalau macam ni.

Adeena mengerutkan kening.

"Wangi apa? Saya mandi pun belum" jawab Adeena.

Adam diam. Tangannya semakin erat memeluk pinggang isterinya itu.

"Awak, cepatlah bangunn." Ujar Adeena lagi.

Adam masih diam tapi tangannya erat merangkul pinggang isterinya, taknak lepas.

"Awak" Adeena menegaskan suaranya.

"Uhm ye cinta" jawab Adam. Mukanya memang dah tenggelam dengan baju tidur milik Adeena. Tak nampak dah. Suara je dengar.

"Bangun awak, saya gigit nanti" jawab Adeena.

Adam memusingkan kepala dan memandang Adeena. Keningnya dinaikkan. Bibirnya ternaik.

"Are u serious right now? Gigit? Sini, gigit kat sini" ujar Adam dan jarinya diangkat menunjuk ke bibirnya. Dia tersenyum mengejek.

Adeena memuncungkan bibir. Matanya menjeling tajam Adam.

Adam tergelak. Dia suka sangat bila Adeena marah.

"Bangun lah sekarang, awak. Nanti lambat lah" pujuk Adeena lagi. Tangannya cuba untuk meleraikan pelukan Adam kepadanya.

Adam mengeleng.

"Taknak. Saya taknak. Kalau awak nak saya bangun, give me a kiss, cinta." Jawab Adam. Dia senyum.

Adeena menelan air liur. Malulah. Dia dapat rasa muka dia sekarang ni tengah panas membahang.

Adeena mengigit hujung bibirnya. Masih memikir.

Adam masih setia menanti. Dia cuba tahan ketawa. Muka Adeena merah sangat haha.

"Okaylah. Tapi awak kena pejam mata." Jawab Adeena.

Adam tersenyum. Dia pun memejamkan mata. Hehe.

Adeena mendekatkan wajahnya perlahan-lahan ke arah Adam.

Bibirnya mengucup sekilas pipi Adam.

"Dah" jawab Adeena. Dia bingkas bangun dan mahu menuju ke tandas tapi tangannya berjaya diraih oleh Adam. Adeena segera menoleh.

"Eh, bukan kat situ lah. Kat sini" tangan Adam menunjuk bibirnya. Bibirnya dijuihkan sedikit. Mukanya menunjukkan riak sedih. Lain yang diminta, lain yang dapat.

"Ala, awak ni. Saya malu lah. Taknak." Jawab Adeena. Dia mengalihkan wajahnya memandang ke arah lain.

Adam tidak menjawab tapi dia terus menarik Adeena ke arah katil sehingga Adeena terlentang di atas katil.

Adam pun segera naik ke atas Adeena lalu dia senyum mengejek.

Terkejut Adeena dibuatnya.

"Ehh awak. Ape ni? Lepaslah" jawab Adeena. Tangannya sudah dikunci dengan tangan Adam.

"Awak malu kan? Takpe, let me kiss u, cinta" jawab Adam. Dia senyum kemudian seluruh wajah Adeena diciumnya. Tak lepas seinci pun.

Ciuman terakhirnya berakhir di bibir delima milik Adeena. Lama.

Adeena pula sudah tergamam. Matanya terbuntang.

Adam melepaskan ciumannya itu. Ditatap wajah Adeena.

Adeena pula sudah merah muka. Malu sangat.

Adam senyum. Comelnya isteri dia ni.

Tangan Adam terus memegang kedua belah pipi Adeena lalu dicubit kuat sehingga mengaduh Adeena.

"Awak sakitlah" ujar Adeena. Dia menggosok-gosok kedua belah pipinya.

"Comel sangat lah cinta ni. Eiiii" ujar Adam lalu dicium lagi pipi Adeena bertalu-talu. Terpejam-pejam mata Adeena sebab Adam tak berhenti menciumnya.

Adam kemudian memeluk pula Adeena sampai tak bernafas Adeena jadinya.

"Comelnya isteri saya niiii arghh" jerit Adam lagi. Digomol-gomolnya Adeena.

Adeena hanya menggelengkan kepala. Sempat juga matanya mengerling jam.

"Eh awak. Dah lepas lah. Saya nak mandi ni. Dah lambat nak subuh" ujar Adeena lalu ditolak perlahan tubuh suaminya itu.

Adeena segera mencapai tuala mandinya lalu dia melangkah ke pintu bilik air.

Masa nak tutup pintu, pintu tersebut ditahan oleh tangan kekar milik Adam.

Adeena mengerutkan kening. "Napa awak?" Tanya Adeena.

"Jom mandi sesame. Takde lah buang masa" jawab Adam lalu dia pun melangkah masuk dan mengunci pintu bilik air.

Terbuntang biji mata Adeena.

"Awakkk!"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now