Part 34

188 8 1
                                    

"Korang berdua balik rumah dulu lah. Mummy dengan daddy akan jaga adik adik kamu" Puan Sri Amanda berkata.

Tangannya erat merangkul bahu Cintra dan Cindra. Danish dan Darwish juga ada di sebelah Tan Sri Asyraf.

"Betul ke ni, mummy? Korang ok ke?" Tanya Adeena.

Semua mengangguk laju.

Semalam, diorang duduk dengan Puan Sri Amanda dan Tan Sri Asyraf di rumah agam milik keluarga mereka. Ikhwan anak beranak juga turut ada sama.

Seronok mereka bermain semalam. Best. Kemudian, Puan Sri Amanda ajak shopping. Memang sukalah Citra bila dilayan sebegitu. Anis sahaja tidak ikut, mengah katanya nak berjalan.

Cindra juga suka sahaja sebab dapat bermain dengan Sara.

Darwish dan Danish pun dapat meluangkan masa bersama Ikhwan dan Tan Sri Asyraf. Tak sangka, rupa mereka berdua nampak tegas tapi sebenarnya mereka baik hati. Hanya Adam sahaja yang berlainan. Adam lebih relax orangnya.

"Akak, kitorang oklah. Lagipun biarlah korang berdua spend time masa together kan? Nanti nak honeymoon lagi. Kitorang totally ok je, kak" jawab Citra. Mereka berada di lobby hotel mewah tersebut. Nak berangkat pulang ke rumah.

"Haah, kitorang ok" jawab Danish. Darwish pula mengangguk setuju.

Cindra pula erat memegang tangan Sara. Happy la tu dapat duduk sama-sama. Ikhwan memang dah rancang, untuk seminggu ni, dia akan duduk di rumah Tan Sri Asyraf dan Puan Sri Amanda. Dia risau, Anis sedang sarat. Dia pula semakin sibuk dengan kerja di office. Sekurang-kurangnya, Puan Sri Amanda dapat tengok-tengokkan isterinya.

Adeena mengangguk perlahan. Dia ukirkan senyuman kepada semua. Dia lega. Adik-adiknya nampak bahagia dan dia boleh percaya kepada keluarga mertuanya.

"Kalau macam tu, jom kita gerak" Tan Sri Asyraf berkata setelah lama dia menjadi pemerhati.

Semua mengangguk tanda setuju. Mereka pun dah penat seharian layan tetamu.

Tan Sri Asyraf mencapai tangan Danish dan Darwish lalu dibawa ke kereta Alphard berwarna putih.

Puan Sri Amanda juga turut melakukan perkara yang sama ke Citra dan Cindra.

Ikhwan, Anis dan Sara mengikut dari belakang dengan menaiki kereta mereka sendiri.

Adeena dan Adam berjalan mengikut mereka dan menuju ke kereta Alphard berwarna hitam.

"Bye semua" jerit Citra.

Semua tersenyum dan melambai ke arah kereta masing-masing.

-

"Cinta, wake up. We already arrive" kejut Adam perlahan.

Adeena membuka matanya perlahan-lahan.

Adam membantu Adeena keluar dari kereta. Takut Adeena tersadung. Dahlah Adeena masih mamai.

"Ok, Cinta. This is our home" ujar Adam lalu dia tersenyum memandang rumah banglo dihadapan mereka.

Adeena tergamam. Besarnya. Rumah banglo tersebut berwarna putih dan Adeena rasa ada empat tingkat. Di laman juga elok bersusun pokok bunga berwarna warni. Rumput juga pendek dan rapi.

Adeena menoleh ke arah Adam.

"Awak, betul ke ni rumah yang akan kita tinggal nanti?" Tanya Adeena. Dia masih lagi tak percaya.

Adam mengangguk. Dia memberikan senyuman manis.

"Ni rumah kita." Ujar Adam lalu dia menarik pinggang Adeena untuk semakin rapat dengannya.

Adeena pula terus memeluk leher Adam. Terjingkit sedikit kakinya untuk menyamai ketinggian mereka itu.

Adam pula mengusap-usap belakang Adeena.

"Insyallah, this is our home until our last breath" bisik Adam.

Adeena pula semakin mengeratkan pelukan.

-

"Cinta. Ni bilik kita" ujar Adam lalu dia membuka pintu bilik tersebut.

Bilik mereka di tingkat 2. Rumah ni ada lif juga.

Untuk tingkat pertama, ada ruang tamu dan dapur dan ada 3 bilik. Semua tu bilik bibik. Ada juga satu bilik stor berukuran bilik bibik juga.

Untuk tingkat kedua, ada lima bilik. Semuanya master bedroom.

Tingkat ketiga, ruang tamu untuk bersantai dan menonton tv. Tapi disitu, Adam selalu meletakkan game dia. Boleh main ps5 kat situ.

Untuk tingkat 4, ada gym. Adam selalu bersenam di sana. Kadang kala, Ikhwan pun ada datang rumahnya sekali sekala untuk workout. Taknak membazir katanya, adiknya ada gym baik dia gunakan sebaik mungkin.

To be continue...

Maaf, tak up story hari2. Saya busy, weekend saya akan up part baru banyak2 okayy!!

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now