Part 36

191 11 0
                                    

Adeena merenung ke luar. Dia berdiri di balkoni. Lepas solat subuh tadi, dia tak tidur. Dia tak rasa mengantuk.

Disebabkan rumah banglo Adam ni tinggi di kawasan berbukit, dia dapat tengok matahari terbit. Cantik. Masyaallah.

Adam keluar dari toilet. Digantungkan tuala ditempat yang disediakan.

Dia tersenyum sahaja melihat isterinya itu.

Kakinya melangkah menuju ke Adeena. Dipeluk pinggang isterinya dari belakang.

Dia letakkan dagunya di bahu Adeena. Rambut Adeena yang dilepas paniang dan tidak diikat itu dihidu sebentar. Wangi. Wangi yang mampu buat dia tak jemu.

"Cinta, termenung apa tu?" Tanya Adam.

"Takde apa, awak. Tengok matahari naik. Cantik sangat" jawab Adeena.

Adam diam. Dia turut tersenyum melihat Adeena yang tekun melihat pemandangan cantik itu.

Ye, awak sangat cantik.

"Pandai lah awak pilih rumah." Sambung Adeena lagi.

"Saya baru je beli rumah ni. Tak sampai sebulan." Jawab Adam.

"Ouhh ye?"

Adam mengangguk.

"Saya cari rumah yang jauh dari orang, supaya kite ada privasi. Saya pun beli rumah yang besar untuk cukup letak adik-adik awak, membesar kat sini. Saya sebenarnya tak terfikir nak ada rumah, sebab saya ingat saya takkan kahwin." Ujar Adam. Semakin dieratkan pegangan di pingang isterinya. Matanya kekal memandang isterinya.

Adeena menoleh.

"Kenapa awak rasa awak takkan kahwin?" Tanya Adeena.

"Sebab, saya tak pernah jumpa isteri saya yang cantik dan comel ni" ujar Adam lalu dia mencium berkali-kali pipi dan leher Adeena.

Tergelak Adeena.

Gelilahh.

"Awak, janganlah." Ujar Adeena. Masih tersisa tawanya. Ditolak perlahan mulut Adam itu.

Adam pun memberhentikan tindakannya tadi. Dah merah dah muka Adeena. Hahah. Comel.

Dia berdiri di sebelah isterinya. Pinggang isterinya tak lepas dari pegangan.

"Betul-betullah awak. Jawab lah soalan saya tadi" ujar Adeena kembali.

"Okay okay. Sebab, saya pernah jumpa ramai perempuan, tapi takde satu pun saya terpikat. Semua gedik, lepastu semua macam kuat makan harta orang je." Ujar Adam.

Adeena mengangguk tanda faham.

"Awak tak takut ke saya makan harta awak juga?" Tanya Adeena. Ditatap mata suaminya.

"Cinta? Tak" jawab Adam sambil dia menggelengkan kepala.

"Kenapa awak yakin sangat?" Tanya Adeena.

"Sebab kalau awak nak makan harta saya, awak takkan reject saya dulu mase saya ajak awak kahwin" jawab Adam. Punyalah susah dia nak dapatkan Adeena. Ish ish, tak sanggup nak lepaskan.

Adeena tertawa.

"Betullah tu. Saya dulu sebenarnya ingat keluarga awak takkan terima saya." Jawab Adeena.

"Aik? Kenapa pula?" Tanya Adam. Dia berpusing dan menghadap isterinya. Tertarik sikit Adeena akibat Adam yang masih memegang pinggangnya itu. Terlekat terus badan Adeena ke badan tegap Adam.

"Sebab kita kan tak sama. Awak kaya, saya pula..." belum sempat Adeena menghabiskan kata-katanya, Adam terus mengucup bibir Adeena.

Terbeliak mata Adeena. Terus ditepuk dada Adam.

"Awak, ape ni. Main cium orang je sesuka hati" ujar Adeena. Dia menyentuh bibirnya. Ish.

"Cinta, stop saying that kind of thing anymore. Itu semua tak dapat membezakan kita dimata Allah. Kaya ke, miskin ke, awak tetap akan jadi kesayangan saya" jawab Adam. Tegas. Matanya tajam merenung Adeena.

Adeena diam. Diangguk sahaja kepalanya. Takut lah pula bila Adam tunjukkan sisi dia yang tegas macam tu.

"Nak kena cium lagi tak?" Tanya Adam. Masih dengan nada tegas.

Laju Adeena menggeleng.

"Nope. Tak diterima. Awak akan didenda" jawab Adam kemudian dia senyum, senyum yang Adeena tak dapat nak tafsir.

Belum sempat Adeena berkata apa-apa, Adam sudah mendukungnya dan bawanya masuk ke dalam bilik. Terjerit kecil Adeena.

"Awak!!!"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now