Part 75

106 5 0
                                    

Mata lelaki itu melihat Kak Milah sehinggalah bayangan perempuan berusia pertengahan tahun itu hilang.

Lelaki itu mengeluarkan lolipop di mulut. Wajahnya menjadi serius.

"Pergi cari adik adik dia, Choi" lelaki itu mengarahkan lelaki yang berparut di kening yang dipanggil Choi.

Choi pun mengangguk. Dia berjalan ke arah tangga untuk turun ke tingkat 2

"Qira, aku nak kau uruskan perempuan tadi." Lelaki itu sekali lagi mengarahkan. Perempuan yang dipanggil Qira itu pun hanya diam tapi dia terus bergerak ke bawah.

"Sekarang, aku nak kena buat apa? Betulkan aircond?" Tanya lelaki itu, bercakap sendiri. Dia menongkat dagu. Matanya melihat aircond itu.

-

"Eh, kenapa adik turun bawah? Nak betulkan aircond kat bawah ni ye?" Tanya Kak Milah yang sedang mencuci pinggan itu. Matanya sesekali mengerling ke arah Qira yang sedang berjalan ke arahnya.

"Tak"

Kak Milah menutup pili air. Dia memusingkan badan menghadap Qira.

"Habistu? Kenapa dik?" Tanya Kak Milah. Wajahnya berkerut seribu.

"Sebab nak bunuh kau" jawab Qira dan dia segera mencucuk sebilah pisau tepat ke dada Kak Milah tapi sempat di tahan dengan tangan yang sudah mula mahu berkedut itu.

Mata Kak Milah terbeliak. Dia terkejut dengan apa yang terjadi. Tangannya sudah berdarah darah menahan tusukan dari perempuan dihadapannya itu.

Keningnya berkerut. Rasa sakit tangannya ini terpaksa ditahan. Ini berkaitan mati dan hidupnya. Dia perlu tahan.

Qira pula lagi menekan tusukan itu sehingga menyucuk kulit Kak Milah.

Kak Milah menjerit. Dia segera menendang Qira. Terundur perempuan itu ke dinding.

Kak Milah menarik nafas. Dia segera berlari ke ruang tamu mahu memanggil guard. Memang rumah Adam ada guard tapi dia duduk kat gate. Nak pergi gate pula, jauh.

Baru sahaja Kak Milah nak memulas pintu rumah, lehernya terasa ada benda yang melekar di situ.

Terus kejung Kak Milah disitu. Dia tak berani nak bergerak.

"Kau pulas je pintu tu, aku kelar leher kau" bisik Qira. Dia masih setia meletakkan pisau di leher Kak Milah. Tangannya sebelah lagi memegang kasar lengan Kak Milah.

"Tolong jangan apa apakan Akak, dik." Kak Milah merintih. Dia takut sangat.

"Ei, diamlah bodoh. Dari masuk rumah ni sampai sekarang, mulut becok kau tu tak habis habis bercakap. Sial" carut Qira. Dia menolak Kak Milah ke ruang tamu. Terjatuh perempuan jadinya.

Tangannya sebelah memegang perut. Aduh, sakit betul ke tendang tadi. Babi punya orang tua.

-

"Eh, kau dengar ak? Macam suara akak Milah menjerit je" Danish bertanya. Dia baru mengeluarkan baju dari almari.

Darwish pula masih baring di lantai yang terhias dengan karpet berbulu. Letih oo main tadi. Nak baring kat katil, takut bau busuk pula melekat.

Darwish mengangkat bahu.

"Kak Milah kan kuat melatah. Adalah tu Kak Jah pergi usik dia ke apa" Darwish berkata. Matanya dipejamkan.

Danish diam. Tapi, suara jerit tu macam lain je. Tak macam melatah.

"Eh, kenapa kau still kat bilik aku ni? Pergilah bilik kau. Baring kat sini pula. Dahla busuk." Danish berdiri di depan Darwish. Dia bercekak pinggang.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now