Part 73

104 6 1
                                    

"Harini umi rasa, umi nak makan vietnamese roll. Uhmm sedapnya. Umi nak makan banyak banyak. Harini, abi kata dia nak belikan untuk umi." Adeena bercakap seorang diri. Dia sedang baring di atas katil biliknya sambil mengusap perut.

"Aduh, anak umi tak rilek ye tendang. Yee, taulaah awak tuu excited" Adeena tertawa apabila dia dapat merasakan tendangan yang agak kuat dan kerap dari anaknya.

Tok! Tok!

Adeena terus memalingkan wajah ke arah suara ketukan pintu. Tersembul wajah kacak Adam yang sedang tersenyum manis ke arahnya sambil menunjukkan plastik yang berisi vietnamese roll.

Adeena tepuk tangan, teruja. Dia dah lama tunggu ni. Seminggu dia cuba tahan tapi tak boleh juga. Walaupun Adam selalu tanya dia jika dia mahu makan apa apa, dia tetap berasa serba salah untuk menyusahkan suaminya.

Yela, Adam sibuk dengan kerja. Takkan lah bila Adam balik, dia nak menyusahkan Adam dengan menyuruh dia membelikan apa yang dia mengidam. Dia bukannya tak boleh buat sendiri, dia dah cuba. Tapi, tak sama. Bila dah buat tu, rasa dia tak sesedap yang dia bayangkan.

"Nah. Vietnamese roll dekat rumah mummy. Ini kan?" Tanya Adam. Dia duduk di birai katil. Dihalakan bekas bertutup itu ke Adeena.

Adeena mengangguk. Masa nak pergi rumah mummy dengan daddy, mereka melalui satu kedai dua tingkat yang menjual vietnamese roll dan banyak lagi. Bila dah nampak, otak ni tak berhenti-henti fikir. Asyik teringat-ingat. Ishh bahaya betul.

Dia segera membuka bekas bertutup itu. Dicapainya satu lalu dicelup ke dalam sos.

"Bismillah" Adeena berkata tapi pergerakannya terhenti apabila bertentangan mata dengan Adam. Dihalakan makanan itu ke Adam.

"Awak nak?" Tanya Adeena.

Adam menggeleng.

"Makanlah. Saya beli ni untuk awak." Adam menongkat dagunya. Eii, kenapa isteri aku ni makin comel ni? Geram lah.

Adeena mengangguk. Dia pun menyuakan makanan tersebut ke dalam mulut dan menyuap suapan besar. Kembung mulut dia mengunyah.

Auto mata terpejam bila dapat merasakan sos khas tersebut, isi pun banyak. Uhmm sedap gilerr.

"Sedap sangat ke, love?" Tanya Adam. Dia menahan ketawa dengan kecomelan Adeena. Siap pejam mata pulak tuu, dengan pipi kenbungnya.

Adeena mengangguk laju. Matanya bulat sambil melihat vietnamese roll itu.

"Awuk kiena makeun" butir bicara Adeena pun dah tak betul sebab mulutnya penuh.

Adam tertawa juga. Dia menggelengkan kepala.

"Takpa, awak makan je. Saya tengok awak makan pun dah ok"

Adeena menggeleng. Dia menyuakan juga ke mulut Adam dan Adam pun kenalah makan.

Adam mengunyah perlahan.

"Sedap kan?" Adeena kembali berkata apabila mulutnya sudah tidak penuh seperti tadi.

Adam mengangguk. Dia senyum ke arah Adeena.

"Haaa, tulah. Awak kena rasa juga. Jomlah kita share." Adeena menolak bekas makanan itu ke arah Adam untuk makan bersama.

Tapi, Adam menggeleng.

"Taknak, saya nak awak suap. Sedap dia lain macam bila awak suap" Adam tersenyum manja.

Adeena mengangguk.

"Mestilah boleh. Buka mulut"

Makin lebar senyuman Adam dan dia pun membuka mulut untuk menerima suapan dari isterinya.

Adeena menyapu air matanya. Sedihnya rasa, ya allah. Kenapa semua ni berlaku dekat aku?

Semua kenangan yang pernah dia buat bersama Adam dan anaknya kembali bermain di fikiran.

Dia menyandarkan badan di katil putih hospital itu.

Matanya merenung kosong tingkap besar yang menunjukkan pemandangan cantik.

Tangannya sebelah mengusap perut.

"Dulu, dalam perut ni ada anak umi. Sekarang..." Adeena berkata seorang diri. Air matanya bertakung lagi. Sejak kehilangan anak, dia tak pernah berhenti menangis. Semua yang dia lakukan mesti akan terkenang anaknya.

"Adeena" suara Anis mencecah gegendang telinga Adeena.

Adeena segera menyapu air matanya

Dia terus memalingkan wajah untuk memandang ke arah datang suara itu.

Senyuman diukirkan walaupun dia tahu, senyuman itu memang dah tak ikhlas dan tak bermakna lagi.

"Akak ada bawakan buah sikit. Bolehlah alas perut tu." Anis tersenyum ke arah Adeena. Matanya terarah ke arah makanan yang disediakan hospital, tapi tak berusik langsung.

Adeena hanya diam. Tak mengangguk, tak juga menggeleng.

"Akak potongkan ye" Anis berdiri di hadapan Adeena. Dia mengeluarkan pinggan dan pisau yang berbalut dengan tisu.

Adeena pula hanya memandang segala tindak tanduk Anis.

"Eh, buah ni belum basuh. Akak basuh kejap, tau" Anis berkata. Dia membawa buah yang ada itu ke bilik air. Nak membasuh.

Adeena hanya memandang Anis sehinggalah bayangan Anis hilang. Matanya perlahan-lahan melihat pisau yang masih lagi berbalut dengan tisu itu.

Perlahan-lahan, Adeena mengambil pisau itu dan dibuka balutan. Direnung pisau itu.

"Kalau... umi buat ni, umi dapat jumpa anak umi tak?" Ujar Adeena perlahan.

'Boleh' ada suara dari minda Adeena, membalas.

'tak guna kau hidup kalau anak kau dah mati' suara itu kembali menjelma.

Adeena mengangguk. Air matanya bergenang. Betul sangat. Buat apa lagi dia hidupkan kalau sesuatu yang dia sayang, sudah tiada?

Perlahan-lahan, pisau itu diletakkan di pergelangan tangannya.

Dia memejamkan mata.

-

Anis leka membasuh buah buahan. Ada epal, mangga, dan betik. Semua ni dia beli masa perjalanan nak datang ke hospital.

Pergerakannya terhenti apabila dia mendengar bunyi sesuatu jatuh.

Dia segera menutup air dan melangkah keluar.

"Adeena?" Anis berjalan ke luar dari bilik air.

"Arghh!!"

Terus dia terduduk di lantai apabila melihat Adeena yang sudah terbaring di atas lantai bersama dengan tangan yang berdarah.

"Adeena!" Jerit Anis lagi. Dia menutup mulutnya. Walaupun dia dah takda tenaga, hampir tercabut jantungnya melihat perkara tersebut, Anis tetap kuatkan diri. Dia berlari keluar dari bilik ward itu dan meminta bantuan.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now