Part 77

100 7 1
                                    

"Macam mana? Jumpa?" Tanya Adam. Dia meletakkan tangannya di atas meja.

Han diam. Tangannya laju mengetik komputernya.

Tak berapa kemudian, terdengar suara gembira Han.

"Bingo!!" Han menepuk tangan. Dia menyilangkan tangan di dada. Bibirnya tersenyum sinis.

Adam turut melihat layar skrin komputer Han.

"Explain boleh tak? Serabutlah komputer kau ni" Adam mengerutkan kening. Banyak betul tulisan dan imej beberapa orang yang tak dikenalinya. Sakit otak tengok.

Han menjeling dan dia pun menunjukkan layar skrinnya.

"Ni, lelaki berparut kat kening. Nama dia Choi. Umur 29. Ada degree in engineering tapi tak tahu kenapa still jobless. Tiada rekod jenayah. Clean lagi" Han menjelaskan.

Adam mengangguk.

"Ni pula, awek lawa ni. Nama, Qira. Umur 25. Sekolah tak sampai SPM. Tersangkut di tengah jalan. Pernah masuk sekolah juvana sebab bunuh ayah kandung dia yang nak rogol dia. Pretty but yet still a dangerous." Han menggelengkan kepala.

Adam mengangguk lagi. "Ok,sambung"

"The last one, Khai. Had a sweet and handsome look. Nampak gentle but he is an assassin. Nama dia famous dalam dunia assassin ni. Banyak dato2 yang dah upah dia ni, he is really good being a sniper. Orang tak sempat tau dia kat mana, dia dah headshot dulu"

Adam mengangguk. "So diorang bertiga ni yang serang adik adik ipar aku?" Tanya Adam.

Han mengangguk. "Yep, diorang satu group."

Adam merenung skrin tersebut.

"Eh, jap. Diorang ni macam orang yang bunuh anak aku" Adam menunjuk ke arah Qira dan Choi. Dia meletakkan tangannya menutupi hidung dan mulut mereka dan Adam terus menumbuk meja.

"Wooo rilek. Patah meja aku ni" Han mengusap lembut meja dia. Kesian meja aku. Sabar ye, nanti Adam bagi aku duit, aku beli meja baru, ye!

Adam mengetap giginya. "Diorang pakai mask masatu, aku tak boleh nak cam. Tapi, aku sure memang diorang yang bunuh anak aku."

Han diam tapi telinganya mendengar.

"Faham, takpe. Kau rilek je. Aku akan jejak diorang sampai dapat" ujar Han dan di sambung mengetik komputernya.

"Masa dekat rumah kau pun, diorang pakai mask. They are well prepared. Siap pakai sarung tangan. Sebab tu semua pisau, parang, kapak diorang tu, tak ada cop jari dan itu termasuklah pisau yang dah cucuk perut isteri kau." Han menjelaskan.

Adam melabuhkan duduk di kerusi.

Dia mengangguk.

"Ye, aku tau. Polis pun susah nak siasat, lambat sangat. Sebab tu aku minta tolong kau. Kau je kawan aku yang reti buat semua ni" Adam berkata.

Han tersenyum sinis. "Ye, kawan kau ni je yang reti hack semua benda. Apa lagi? Up la payment" kata Han tanpa menoleh memandang Adam. Matanya masih tertancap pada skrin komputer.

Adam tertawa. "Amboi. Baru minta tolong sikit dah suruh tambah payment. Nantilah, lepas semua ni settle, aku bagi payment yang boek punya" Adam menyilangkan tangan ke dada.

Han tersenyum, dan dia menaikkan ibu jarinya menghala ke arah Adam.

"Bagus! Kalau macam tu, lagi bersemangat aku nak siapkan semua ni"

-

Adeena merenung dinding putih ward di atasnya. Reaksi wajahnya kosong.

Sunyi.

Hanya bunyi deruan nafas Adeena.

Fikirannya menerawang jauh.

"Ni, awak cuba tengok. Cantikkan?" Adam tersenyum apabila Adeena meletakkan pakaian bayi di atas dadanya.

"Mestilah cantik. Awak suka tak?" Tanya Adam. Dia melihat Adeena yang sedang tekun melihat pakaian bayi yang baru dia beli tadi semasa keluar bersama Ikhwan. Ada meeting, dah alang alang lalu, dia singgah. Adalah beberapa barang sikit dia beli, semua ni tanpa pengetahuan Adeena. Nak suprise, nak tengok reaction.

Adeena mengangguk laju. Dia meletakkan baju tersebut di perutnya yang sudah mula membuncit itu.

"Tak sabar saya nak tengok anak kita pakai ni nanti. Mesti comel kan?" Adeena berkata dengan keterujaannya.

Adam mengangguk. Dia tersenyum sahaja meihat isterinya.

"Awak tengoklah ni, awww kecil je saiz dia" Adeena menghalakan pakaian bayi tersebut ke arah Adam.

Rasa tak sabar sangat nak tunggu anak dia keluar.

Adam tertawa, dia pun menarik Adeena sehingga isterinya itu terbaring di atas dadanya.

"Kenapa awak? Saya nak tengok lagi baju baby ni" Adeena cuba untuk bangun tapi Adam masih setia merangkul pinggangnya.

"Tengoklah sambil baring" Adam berkata. Dia menghirup aroma rambut isterinya. Wangi, macam selalu. Bau wangian yang membuatkan dia tenang. Rasa terbuai.

Adeena diam tapi tangannya masih sibuk membelek baju yang lain. Ada juga Adam beli sarung kepala, sarung tangan dan stokin kaki. Awww comelnya, kecil sangat!!

Adam pula masih mengusap rambut isterinya itu dengan mata yang terpejam.

"Awak, saya tak sabar sangat nak tunggu anak kita keluar" Adeena berkata setelah lama menyepi. Dia berpusing untuk menghadap wajah suaminya.

"Hurm" jawab Adam dengan mata yang masih terpejam. Dia masih setia melayan isterinya walaupun dia dah penat bekerja sehari suntuk.
Tangannya dinaikkan dan mengusap pipi mulus isterinya itu.

"Kalau anak kita keluar nanti, awak nak namakan dia apa?" Tanya Adeena. Tangannya bermain dengan butang baju kerja Adam. Dia buka dan dipakaikam kembali. Dibuat sebegitu, berulang kali.

"Saya tak kisah. Saya ikut awak" Adam berkata. Dia membuka mata sedikit untuk melihat wajah isterinya yang cantik itu. Ralit muka putih itu bermain dengan butang bajunya.

"Kalau anak perempuan, saya nak nama dia Zalika Zafirah. Maksudnya, terlahir dengan baik dan dapat apa yang dituntutinya. Saya suka nama tu. Bila panggil, nampak lembut je" Adeena tersenyum sendiri. Dia sudah membayangkan nama itu diletakkan menjadi nama anaknya.

"Sedap nama tu. Kalau lelaki?" Tanya Adam. Dia mencium ubun-ubun isterinya.

Adeena pula tersenyum apabila diperlakukan sebegitu.

"Kalau lelaki, Zayn Zaim. Zayn maksudnya bagus, Zaim pula maksudnya bertanggungjawab. Awak suka tak?" Tanya Adeena. Dia melihat ke arah mata Adam.

Adam mengangguk. Dia senyum. Tangannya mengusap usap pipi isterinya.

"Saya suka sangat. Pandai awak pilih" kata Adam.

Adeena tersenyum sehingga nampak susunan barisan giginya yang teratur itu.

"Okay, saya akan lock nama Zalika Zafirah dengan Zayn Zaim tu dalam otak ni." Adma berkata dan tangannya menunjuk ke arah kepalanya.

Adeena tertawa.

"Minggu depan, saya ada appointment. Boleh lah check jantina kat situ." Adeena berkata.

"Ouh ye. Saya dah kosongkan jadual hari tu. Nanti saya teman awak ye. Saya akan ada disisi awak, love" ujar Adam dan dia mencium sekilas pipi isterinya.

Adeena mengangguk. Dia tersenyum gembira.

Adeena menyapu air matanya.

"Anak umi, lelaki." Adeena menarik nafas seketika. Terasa sesak nafasnya.

"Nama anak umi, Zayn Zaim." Adeena berkata dengan suara bergetar.

"Umi minta maaf sebab tak dapat jaga anak umi betul betul" Segala esakannya terlepas juga. Dia menangis lagi sambil tangannya memegang perutnya.

"Maafkan umi, Zayn."

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now