Part 31

196 7 0
                                    

Adeena menghela nafas perlahan. Rasa sakit pinggangnya bila dia berdiri je tadi sebab nak ambil gambar. Ramai betul yang datang. Itu semua kenalan keluarga Tan Sri Asyraf. Kalau ikutkan dia, takda siapa pun. Hanya Sally, Mak Cik Kalson dan Abang Yusof. Tu sahaja kenalan yang dia ada.

Adam memimpin tangan Adeena. Mereka akan naik kereta Alphard tadi, dan adik adik Adeena akan ikut Puan Sri Amanda dahulu.

Mereka berdua akan bersiap di hotel memandangkan majlis sanding mereka akan diadakan di hotel mewah. Senang. Tak payah nak jalan jauh jauh.

Mereka telah buat rancangan, selepas menikah, Adeena dan dia akan duduk di rumah miliknya. Adik adik Adeena turut dibawa. Barang-barang mereka semua sudah pun di bawa dan diletakkan di rumah banglo milik Adam. Dia memang sudi untuk menerima adik-adik Adeena. Tidak ada rasa menyampah atau meluat.

"Jom, Cinta" Adam memegang tangan Adeena untuk disambut masuk ke dalam kereta.

Adeena menyambut dan dia melabuhkan duduk di sebelah Adam.

Adeena pegang pinggangnya. Sakit lah pula pinggang ni.

Adam disebelah memerhati. Tangannya diselitkan di belakang Adeena lalu dipegang pinggang isterinya itu.

Terhenti pergerakan Adeena bila rasa tangan Adam ada di situ.

"Kenapa, Cinta? Sakit pinggang ke?" Tanya Adam.

Adeena mengangguk perlahan.

Adam pun mengurut perlahan-lahan pingang isterinya itu. Adeena pun makin relax. Dah tak kaku macam tadi.

Lama mereka menyepi.

"Awak" suara Adeena memecah kesunyian.

"Ye, Cinta?" Tanya Adam. Dia toleh dan memang muka cantik Adeena itu.

"Kenapa panggil saya Cinta? Sebelum nikan awak panggil saya Adeena je?" Tanya Adeena. Soalan tu memang berlegar-legar di otaknya. Pelik dengan perangai Adam. Di tukar tukar pula namanya.

"Saya panggil awak Cinta bukan sebab nama awak ada Cinta. Saya panggil awak Cinta sebab awak cinta hati saya yang pertama dan akan jadi yang terakhir. Awak selama-lamanya cinta hati saya, Cinta Adeena" jawab Adam. Ditatap muka Adeena dengan dalam.

Terdiam Adeena disitu. Rasa panas je pipi dia sekarang ni. Malulah pula lepas dapat tahu jawapan dari Adam.

Adam tertawa kecil.

Adeena diam tapi dia nampak pipi Adeena dah merah. Mesti dia malu.

Adeena terus memandang kehadapan. Malu nak tengok Adam.

Tangan Adam yang berada di pinggang Adeena semakin ditarik sehingga tangan Adeena dapat menyentuh dada tegap Adam.

Adeena terdiam sekali lagi.

"Apa ni awak?" Tanya Adeena.

Sebelah lagi tangan Adam naik menyentuh pula perut Adeena dihadapan sehingga Adeena rasa macam tenggelam dalam pelukan Adam itu.

Kepala Adam dilentokkan di bahu Adeena.

"Awak..."

Belum sempat ayat Adeena habis, Adam sudah memotong.

"Diam lah dulu, Cinta. Saya teringin nak peluk awak yang comel ni. Saya penat tau"

Adam semakin mengeratkan pelukannya terhadap Adeena. Adeena pula kekal diam disitu sehingga dia dapat rasakan Adam sudah pun terlena.

Tangan Adeena naik menepuk perlahan badan Adam.

Adeena senyum. Dia suka tapi dia malu. Arghhh.

-

Adam membuka pintu bilik hotel mereka. Di letakkan beg pakaian mereka di satu tempat. Adeena pula sudah ternganga bila tengok besarnya bilik mereka ni. Ada meja makan, sofa panjang dan tv besar.

Adam segera merebahkan badannya di katil.

Adeena pula pergi ke arah balkoni dan dibuka sliding door untuk melihat pemandangan. Cantiknya.

Adam melihat Adeena.

"Cinta. Sinilah" Adam yang masih baring itu menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.

Adeena menoleh dan dia pun ikut sahaja. Dia melabuhkan duduk disitu.

Adam pun terus sahaja menarik Adeena sehingga Adeena turut terbaring sama.

Terkejut Adeena dengan tindakan Adam itu. Kini, mereka sama-sama baring di katil bersaiz king itu. Tangan Adam pula sudah ada di atas perutnya. Erat memeluk.

Adam mendekatkan wajahnya ke tepi leher Adeena yang masih berbalut tudung itu. Dipejamkan matanya. Badan Adeena semakin ditarik ke arahnya.

"Awak. Mandilah dulu. Saya busuk lah. Seharian tau berpeluh" jawab Adeena nak menutup rasa malunya.

"Awak wangi je bila saya bau" Adam berkata dengan mata yang masih terpejam.

Dia penat.

"Awak, saya nak bangun dulu ni. Saya nak kene pergi tandas" jawab Adeena. Dia cuba untuk menolak tangan Adam tapi Adam semakin mengeratkan pelukannya ke atas Adeena.

"Nanti-nanti jelah, Cinta" suara garau itu berkata perlahan. Dibuka sikit untuk lihat Adeena disebelah.

Adeena mengetap bibir. Kalau ikutkan, dia pun nak je baring dulu, melepaskan lelah. Tapi, dia belum tukar pad lagi, dia takut dia bocor nanti. Tapi, takkan nak cakap pula kat Adam. Malu lah.

"Tak bolehlah awak. Lepas saya mandi, saya teman awak baring, ok?" Pujuk Adeena lagi.

"Uhmm yela yela" jawab Adam. Dilepaskan perlahan-lahan tautan tangannya di pinggang Adeena.

Adeena segera bangun dan dibuka beg pakaiannya lalu dia ambil apa yang patut.

Dia terus sahaja masuk ke dalam bilik air. Tangannya naik memegang pipi. Badannya dihadapkan menghadap cermin.

Pipinya merah sangat. Ish malu sangat. Malunyaaa.

Adeena pun menggantung tuala di tempat yang disediakan.

Adeena cuba menarik zip di belakang baju kurungnya.

"Ish tak sampai lah pulak" Adeena berkata perlahan.

Agak bersusah payah juga untuk dia buka zip tu, memang tak bergerak sikit pun.

"Do you need any help, Cinta?" Suara Adam di luar menyapa gegendang telinga Adeena.

Adeena diam. Dia mengetap bibir. Nak minta tolong ke eh? Nak ke taknak?

"Cinta?" Suara Adam terdengar lagi bila lama Adeena menyepi.

Adeena perlahan-lahan membuka pintu bilik air.

"Tolong bukakan zip baju kurung saya" Adeena berkata perlahan. Matanya tak pandang pun mata Adam.

Adam hanya mengangguk. Dia nak tertawa sebenarnya bila tengok pipi Adeena merah. Haha. Mesti dia malu.

Adeena pun berpusing ke belakang.

Adam menaikkan tangannya untuk memegang zip tersebut dan di lurutkan ke bawah.

Maka, pandangan mata Adam dihiasi dengan belakang tubuh Adeena yang putih melepak dan bersih itu.

Adam terpana. Tangannya nak saja sentuh dan dipeluk erat bahagian yang terdedah itu tapi dia diam sahaja. Dia takut Adeena tak selesa.

Adam berdehem seketika.

"Ok, Cinta. Dah siap" Ujar Adam. Seboleh-bolehnya, dia tak pandang langsung belakang badan Adeena yang terdedah itu.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now