Part 79

103 7 0
                                    

"Buat masa ni, kita duduk dekat rumah mummy dengan daddy dulu, boleh?" Soal Adam lembut. Tangannya sebelah memgang stereng, sebelah lagi memegang tangan Adeena.

Mereka berdua dalam perjalanan untuk pergi ke rumah Tan Sri Asyraf. Adeena sudah boleh keluar dari hospital cuma doktor banyak nasihatkan supaya jaga emosi isterinya itu. Jangan bagi banyak tekanan dan jangan paksa untuk Adeena melupakan kejadian yang lepas, biarkan sahaja isterinya itu baik secara perlahan-lahan. Cuma, perlu selalu diawasi.

Adeena mengangguk perlahan. Dia ikut sahaja apa yang Adam sudah aturkan. Matanya menghala ke tingkap kereta. Hari ini jalan raya sedikit sesak, maklumlah hujung minggu, semua mesti nak keluar. Mahu menghiburkan diri.

Fikirannya kosong.

Adam sesekali mengerling ke arah isterinya itu. Wajah Adeena nampak tenang tapi mata cantik Adeena, tetap dapat menunjukkan yang dia penat. Ada satu kesedihan yang Adeena cuba untuk sorokkan dengan mengatakan dia baik baik sahaja.

"Kalau duduk rumah mummy, dapatlah mummy jaga awak dalam berpantang nanti, awak okay je kan?" Tanya Adam lagi. Dia risau kalau rancangannya tidak disetujui oleh Adeena.

Adeena menoleh. Dia memandang Adam.

"Saya okay je" ujar Adeena lagi sambil senyum.

Adam mengangguk tanda faham. Dia memandang ke depan semula. Fikirannya teringat akan perbualan dia dengan Han kelmarin.

"Kau kenal Datin Dina dengan Dato Arman?" Tanya Han. Dia mengangguk sedikit ke arah pelayan cafe yang meletakkan dua cawan kopi di atas meja mereka.

Dia kembali memandang Adam yang berada di hadapannya apabila pelayan cafe itu berlalu pergi.

"Kenal. Kenapa?" Adam mengerutkan keningnya pelik dan tangannya diangkat untuk menghirup air kopi tersebut.

Han mengangguk perlahan. Dia menggaru dagunya yang tidak gatal. Dia berfikir fikir seketika untuk menyusun ayat.

"Okaylah macam ni, aku dah dapat rakaman camera cctv yang menunjukkan interaction antara Khai dengan Datin Dina. Dato Arman pun ada kat situ. Diorang bercakap dekat satu kedai mamak area rumah Datin Dina." Ujar Han. Tangannya laju mengeluarkan telefon pintar untuk menunjukkan semua yang dia cakap itu adalah benar.

Adam hanya diam tapi matanya melihat semua bukti yang ditunjukkan oleh Han. Ye, memang betul, nampak Datin Dina sedang berbicara dengan seorang lelaki yang memakai topi hitam, dan Dato Arman yang duduk di sebelah isterinya, mereka seperti berbincang sesuatu yang serius, selepas itu, mereka bergerak ke arah kereta Datin Dina, sepertinya Datin Dina memberikan satu sampul coklat ke arah Khai. Khai hanya mengangguk-angguk dan tangannya mengambil sampul tersebut.

Datin Dina terus bergerak pergi selepas menyerah sampul itu.

Khai pula berjalan kaki berlalu dari situ.

"And, cctv ni diambil dua bulan lepas. Diorang dah lama rancang" terang Han.

Adam mengangguk tanda faham.

"Aku nak kau send benda tu kat aku, tapi kau pun kena simpan bukti tu. Takut bukti yang aku dapat tu, hilang. Atleast, kita ada copy." Arah Adam.

"Okay boleh."

"Thanks Han. Kau kawan yang baik" Adam berkata, tangannya menepuk perlahan bahu Han.

Han tersengih. "Tak susah mana pun. Aku okay je dapat tolong kawan yang dalam susah. Kau happy, aku happy"

-

"Awak?" Tanya Adeena. Dia mengerutkan kening apabila suaminya itu tak menjawab panggilannya.

"Ha, ye ye" Adam segera menoleh. Terus terhapus ingatannya tadi bersama Han.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now