Part 65

123 6 0
                                    

Adam memandang Adeena dengan tatapan penuh kasih sayang. Dielus sedikit pipi mulus Adeena. Adeena disebelah pula mengerutkan kening. Tidak pula ditolak atau dibantah, cuma muka itu oenuh dengan tanda tanya.

"Kenapa awak padang saya macam tu? Sampai tak berkelip mata" Adeena bertanya.

Dia melihat-lihat telefon pintarnya. Dia sibuk scroll instagram dan tiktok. Ada kalanya dia tertawa juga, kelakar juga warga tiktok ni. Hehe.

Adam hanya diam sambil menggeleng. Dia suka melihat Adeena sekarang. Adeena sudah jarang mimpi buruk. Isterinya juga ini sudah semakin ceria. Boleh nampak senyuman yang dilemparkan itu adalah senyuman yang ikhlas dan tulus dari hati. Senyuman itu tidak nampak palsu. Dia sangat bersyukur dia dapat menggembirakan Adeena. Memang itu juga tugas seorang suami kan?

Dia tak berharap yang lebih, hanya mahu senyuman itu terus mekar di bibir merah bak delima milik isterinya itu.

Dia berharap Adeena dapat merasai kebahagiaan yang sebenar.

"Awak, saya nak tanya boleh?" Adeena memulakan bicara setelah lama mereka berdiam diri.

"Boleh, tanya je" Adam berkata. Dia menggosok kedua-dua tangan Adeena lalu digenggamnya. Dimainkam jari jari halus itu.

"Awak ada jumpa Datin Dina tak lepas saya pengsan tu?" Adeena bertanya. Matanya tidak berkelip memandang Adam.

Pergerakan Adam terhenti. Riak mukanya cuba dikawal. Dia memandang mata Adeena lalu dia mengukirkan senyuman buat isterinya.

"Takda, love. Kenapa?" Adam bertanya.

Adeena menggeleng.

"Takda apa apa. Saya cuma nak jumpa dia"

"Kenapa awak nak jumpa dia?"

"Dia tetap isteri kepada ayah saya. Dia nampak macam dah berubah. Mana tahu, ayah pun dah berubah sekali" suara Adeena semakin kendur. Air matanya sudah bergenang. Dia tertunduk sahaja. Sejak mengandung ni, emosi nya semakin susah dikawal. Kadang kadang, terpakai baju terbalil pun, dia menangis macam kena dera.

Adeena menutup wajahnya. Dia taknak Adam lihat dia menangis.

Adam menarik Adeena ke dalam pelukan.

"Kenapa menangis ni, love? Shushh dont cryy" Adam memujuk.

Adeena menggeleng.

"Saya pun tak tahu." Adeena menangis kembali.

Adam tertawa kecil.

"Aw, u so cute lah." Adam menggosok-gosok rambut isterinya. Satu tangan lagi menepuk belakang badan Adeena.

"Dah dah. Dont cry. Nampak comel, nanti saya gigit hidung merah awak tu"

-

"Nanti, bawalah saya jumpa Datin Dina. Saya nak jemput dia datang majlis kita hujung minggu ni" Adeena memulakan bicara lagi setelah tangisannya reda.

Tepukan tangan Adam di belakang badan Adeena itu terhenti.

"Takpayahlah." Adam berkata.

"Kenapa pula? Biarlah saya nak jemput diorang. Diorangkan family saya juga" Adeena memujuk. Dia meletakkan dagunya di atas dada Adam.

Adam mengusap pipi mulus Adeena.

"Kalau diorang taknak datang?"

"Kalau diorang taknak datang takpelah, janji saya dah jemput kan?"

"Nanti awak sedih?"

"Takdelah, saya janji saya takkan sedih lagi"

"Okay, nanti kita pergi rumah diorang"

"Terima kasih awak, muah." Adeena menghadiahkan sebuah ciuman di bibir Adam.

Terbeliak mata Adam bila diperlakukan sebegitu.

Adeena tersenyum suka lalu dia bergegas nak bangun. Nak lari.

Tapi, belum sempat dia nak lari, Adam lebih laju memeluk pingangnya dan dia pun terduduk di riba Adam.

"Eh, tadi kiss kan? Kene habiskan. Kiss kat bibir tu sekejap sangat lah" Adam berkata. Dia berbisik di telinga Adeena.

"Eh, awak ni" Adeena menepuk lembut bahu Adam.

"Apa? Awak yang mulakan dulu." Adam membela dirinya.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now