Part 50

167 9 1
                                    

Adeena berjalan di suatu taman.

Taman kegemaran mereka adik beradik.

Tempat tersebut bercahaya. Tak sama macam sebelum ni.

"Adeena, anak mama" Zura menghulurkan tangan ke arah Adeena. Dia berpakaian putih bersih.

Adeena menoleh ke arah datangnya suara tersebut.

"Mama" suara Adeena tersekat-sekat.

Air matanya bergenang.

Dia berjalan perlahan-lahan ke arah mamanya sehinggalah dia betul-betul dihadapan Zura.

Zura mengukirkan senyuman manis. Tangannya tetap dihulurkan ke arah Adeena yang masih teragak-agak itu.

Adeena mengangkat tangannya perlahan-lahan. Dia menyentuh tangan itu. Tangan yang pernah membelainya suatu ketika dulu.

Adeena terus memeluk Zura. Dihamburkan segala tangisannya di bahu wanita itu.

"Mama. Adeena rindu sangat dekat mama" ujar Adeena teresak-esak. Dia mengeratkan pelukan. Jujur, dia tak mahu melepaskannya.

Zura tersenyum. Dia mengusap-usap kepala Adeena. Dibalas pelukan Adeena juga.

"Mama pun rindu sangat sangat dekat Adeena." Jawab Zura lembut.

Adeena mengangkat kepalanya untuk bertentangan mata dengan Zura. Di usap pipi Zura itu. Oh rindunya dia akan wanita kesayangannya ini.

Zura senyum.

"Mama, Adeena jumpa ayah." Air mata Adeena bergenang. Dia sedih bila teringatkan ayahnya yang masih tidak mampu menerima mereka adik-beradik.

Zura mengusap pipi Adeena. Kepalanya mengangguk-angguk tanda dia mendengar.

"Tapi, ayah... ayah masih..." terhenti kata-kata Adeena disitu. Dia menundukkan pandangannya memandang ke arah rumput. Diketap bibirnya sekuat mungkin untuk tak terdengar esakan.

Zura menarik Adeena ke dalam dakapan.

"Mama tahu semuanya, Adeena" Zura berkata dalam keadaan sayu.

"Adeena gagal nak jadi anak yang terbaik untuk ayah. Adeena tak mampu buat ayah sukakan Adeena" tangis Adeena lagi.

"Tak, Adeena. Ini semua bukan salah kamu" jawab Zura. Dia mengusap lagi kepala Adeena untuk menenangkannya. Dipeluk erat anaknya itu.

Lama mereka dalam keadaan sebegitu sehinggalah Zura melepaskan pelukan antara mereka.

"Mama, kenapa?" Tanya Adeena. Dia belum puas nak bermanja dengan mamanya.

"Mama dah kena pergi sayang. Nanti kita jumpa lagi ye" jawab Zura. Dia memegang erat tangan Adeena.

Adeena menggeleng. Air matanya bergenang.

"Tak mama. Jangan tinggalkan Adeena lagi. Adeena tak mampu." Esak Adeena.

"Tak boleh, sayang." Geleng Zura.

Adeena melepaskan tangisannya. Dia memegang wajah Zura. Dicium lama pipi wanita itu. Oh, dia sangat rindu kan itu.

"Mama tunggu kamu" bisik Zura. Dia mengukirkan senyuman lebar.

Adeena menggelengkan kepala. Dipegang erat tangan Zura. Dia tak mahu lepaskan tangan itu.

Tapi semakin lama tangan itu semakin hilang. Wajah mama juga perlahan-lahan hilang hingga semakin lama hanya pandangan hitam yang menghiasi pandangan Adeena.

"Mama!" Jerit Adeena.

Dia segera bangun. Nafasnya tercungap-cungap.

"Cinta. Kenapa ni?" Adam yang sedang lena tertidur disebelah bingkas duduk lalu menenangkan Adeena.

"Saya jumpa mama." Tangis Adeena. Dia melepaskan tangisan di dada Adam yang tidak berlapik sebarang baju itu. Adam mengangguk angguk tanda faham. Dia mengusap rambut panjang Adeena. Dipeluk erat.

"Its ok, my love" pujuk Adam. Dia menenangkan Adeena.

"Saya rindu mama sangat sangat. Saya tak pernah mimpi mama. Ini kali pertama" jawab Adeena tersedu sedan.

Adam pula hanya diam dan semakin mengetatkan pelukan antara mereka. Dia hanya membiarkan Adeena meluah.

"Mama kata ini bukan salah saya." Ujar Adeena lagi.

"Mama kata saya tak gagal jadi seorang anak dan kakak" Adeena berkata tetapi suaranya semakin perlahan. Matanya semakin lama semakin terkatup.

"Mama kata dia rindu kat saya" ayat terakhir yang dikatakan Adeena sebelum dia terlelap sepenuhnya di atas dada Adam. Kepalanya elok tersandar di dada Adam.

Adam melihat wajah lesu Adeena.

Dia mengesat sedikit air mata yang berada di pipi mulus isterinya.

Satu keluhan terbit di bibirnya.

"See u like this, also break my heart, my love" Adam berkata perlahan.

Ditilik wajah cantik itu.

"Is it not your fault, love." Adam mencium ubun-ubun Adeena.

"Semua yang mama kata tu memang betul" Dia mencium pula tangan Adeena.

"I will take care of u forever" Dia mencium hidung mancung Adeena.

"Until my last breath." Akhir sekali, Adam mencium sekilas bibir merah Adeena.

Dia membaringkan Adeena perlahan-lahan.

"Saya akan lindungi awak dari siapa siapa pun. Saya takkan bagi awak rasa sakit lagi" Adam mencium dahi Adeena. Dia menyelimutkan isterinya itu sebelum dia baring di sebelah.

Dilingkarkan tangannya di pingang isterinya dan direhatkan kepalanya di sebelah bahu Adeena.

Dia buat dalam keadaan perlahan-lahan untuk tidak mengejutkan Adeena yang sedang terlena.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now