Part 21

168 9 0
                                    

Adeena menyusun barang di rak. Muram sahaja
wajahnya.

Sally senyum ke pelanggan lalu dia mengerling Adeena yang macam dalam dunia dia sendiri.

"Adeena. Ooo Adeena" panggil Sally.

Adeena masih sama. Dia macam tak terusik dengan panggil Sally. Tangannya masih menyusun barang.

Sally mengeluh. Dia berjalan ke arah Adeena lalu dia diri disebelah Adeena.

"Cinta Adeena" ujar Sally. Dia menghalang pergerakan Adeena.

Adeena terkejut.

"Eh Sally! Bila awak ada kat sini?" Tanya Adeena.

"I dah lama berdiri kat sini. U yang tak perasan. Sibuk termenung" ujar Sally perlahan. Dia menyilangkan tangan.

Adeena hanya tersenyum nipis. Diteruskan kerjanya.

"I tengok U ni dah beberapa hari asyik termenung je. Kenapa U ni?" Tanya Sally.

Dia menaikkan kening sebelah. Tak pernah pernah Adeena macam ni.

"Takde apalah. Awak yang perasan ni" jawab Adeena. Dia tak melihat mata Sally. Takut kantoi.

Memang, dah beberapa hari ni dia banyak termenung. Dah empat hari Adam pergi. Dia rasa janggal bila tak jumpa jejaka bermata Hazel itu. Selalunya, Adam akan ada di gerai Abang Yusof. Walaupun tak selalu berbual sebab dia nak jauhkan diri dan sibuk melayan pelanggan, Adam tetap ada disitu dan melihat dia. Dia rindu semua tu. Uhm.

"Betul ke ni?" Tanya Sally lagi. Masih mahu mencungkil.

Adeena mengangangguk.

"Yeee, betul Sally. Saya okay" ujar Adeena.

Sally membuat muka curiga. Tapi tak lama, dia dah kena pergi ke kaunternya semula sebab ada pelanggan mahu bayar.

-

Adam mengeluh. Dia memusingkan telefonnya berkali-kali. Bosannya rasa.

Ikhwan mengerutkan kening. Mereka sekarang ni sedang makan tengah hari di sebuah restoran mewah. Selepas order makanan, dia banyak kali dengar Adam mengeluh.

"Kau ni pahal?" Tanya Ikhwan. Pelih lah tengok Adam ni.

Adam mengeluh lagi. Tak dijawab malah dia menongkat dagu. Mukanya dibuat sedih.

"Aku rindu" ujar Adam.

"Ouh, rindu ye. Siapa nama perempuan tu, uhmm... Adeena kan?" Soal Ikhwan.

Adam hanya mengangguk. Rasa macam nak balik je sekarang. Nak jumpa mata coklat terang tu. Pipi merah, bibir merah. Arghhh. Dia rindu!

"Alah, rileklah. Balik nanti kau jumpa ah" ujar Ikhwan. Ditepuk bahu tegap Adam berkali-kali.

"Ahhhh, kau tak faham. Kau bawa anak bini pergi sini. Memang lah kat boleh cakap macam tu" ujar Adam. Dia meletakkan kepalanya pula di meja. Tak sanggup lah tahan rindu.

Ikhwan tertawa kecil. Betullah tu. Dia pun tak tahan rindu sebab tu dia bawak Anis dengan Sara kesini. Hehe.

Adam menjeling sahaja.

-

Adeena menghela nafas. Dilap pinggan lalu diletakkan di atas rak. Mukanya muram sahaja.

"Woi, asal akak tu?" Bisik Danish kepada Citra.

"Mana lah aku tau. Dah seminggu akak macam tu" bisik Citra kembali.

Mereka sedang duduk di meja makan. Baru lepas makan malam bersama. Mata mereka berdua tak lepas memandang Adeena. Dua-dua membuat muka curiga.

Darwish pula macam biasa lah kena layan Cindra main. Cindra memang rapat dengan Darwish. Kalau Darwish sehari tak main dengan dia, memang dia akan menangis.

Adeena mengelap tangannya yang basah di kain yang disediakan.

Dia hanya beriak biasa. Diukirkan senyuman sekejap kepada adik-adiknya lalu dia berlalu ke biliknya.

Mahu membersihkan diri.

Citra dan Danish memandang satu sama lain. Bahu mereka diangkat serentak. Entah!

-

Adam mendengus.

"Susah sangat nak faham ke? Aku dah cakap ikut plan asal. Siapa suruh tambah benda lain kalau aku tak suruh?" Ujar Adam. Dia memarahi staffnya. Naik darah dia bila staff dia tunjuk pelan untuk pembinaan syarikatnya. Lain yang disuruh, lain pula yang dibuat. Memandai je.

"Baik bos. Saya pergi cakap dekat pekerja sekarang" ujar staffnya. Tahan jela telinga bila bos mereka dah naik angin. Lagipun memang salah dia. Redha jelah.

Adam mengeluh. Dia menunduk memandang pasir di tanah.

Bape lama lagi dia kena ade dekat sini? Dia penatlah. Dia rindu dekat Adeena. Huhu.

Ikhwan berdiri disebelah adiknya, Adam.

"Pandang pasir tu buat apa? Bukannya ada Adeena pun." Ujar Ikhwan. Dia menggeleng kepala. Teruk betul adiknya ni rindu kat buah hati.

Adam mengeluh buat kesekian kalinya.

"Lama lagi ke nak settle? Kan kita dah double confirm pelan ni. Jom ah balik" ujar Adam. Dia menoleh memandang abangnya itu.

Ikhwan menggeleng.

"Memang lah dah double confirm tapi kita kena pantau juga cara diorang kerja. Takut curi tulang. Lagipun, waktu macam ni je kita boleh tuntut ganti rugi. Dan siap nanti, diorang terus cau. Kalau bangunan diorang buat ni sambil lewa je, siapa yang susah? Sebab tu kita kena ada kat sini. Tengok semua" terang Ikhwan panjang lebar.

Adam mengaduh. Dia duduk cangkung di situ. Matanya dipejamkan dan di rehatkan di lutut.

"Lama lagi lah ni." Ujar Adam.

Ikhwan hanya diam. Sian. Haha.

"Sumpah dho, balik ni aku akan suruh mummy masuk pinang dia" ujar Adam lagi. Dia dah tak sanggup nak berpisah dengan Adeena. Tak sanggup!

Ikhwan tertawa. Pergh! Tak reti menyabor.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now