Part 39

177 8 2
                                    

Adeena menolak daun pintu rumah.

Seketika, mulutnya tergamam.

"Awak, apa semua ni?" Tanya Adeena. Matanya jatuh melihat beg plastik berjenama yang berada di lantai bersebelahan sofa. Bukan satu, tapi banyak. Macam-macam brand ade.

"Ouh dah sampai" ujar Adam. Dia menarik Adeena sekali untuk duduk di sofa lalu diambil satu-satu beg tersebut dan dilihat isinya.

Seketika, kepalanya mengangguk. Ok, cukup semua. Takde yang hilang.

Adeena masih bingung.

Apa semua ni?

"Awak? Saya tanya ni" tanya Adeena lagi. Matanya masih setia memandang Adam.

Adam menoleh. Dia mengukirkan senyuman.

"Ni semua barang cinta" jawab Adam.

Adeena ternganga.

"Huh? Saya tak faham lah awak"

"Ni barang-barang yang awak taknak masa kat mall tadi. Saya tahu, awak nakkan tapi awak taknak minta sebab mahal. Saya beli kan semua yang awak pegang tadi" jawab Adam panjang lebar.

Adeena mengangkat tangan untuk menutup mulut.

"Ya allah!! Awak, kenapa membazir nii" Adeena berkata. Dia pantas melihat isi beg tersebut. Betullah, semua tu barang yang dia taknak sebab mahal. Tapi, banyak sangat ni.

"Mana ada membazir. Saya belikan selagi saya mampu" jawab Adam.

"Cinta suka tak?" Tanya Adam.

Adeena diam. Dia suka tapi ni semua macam berlebihan la pula.

"Saya suka tapi lepas ni janji dengan saya yang awak takkan buat macam ni lagi" jawab Adeena tegas.

"Kenapa pula?" Tanya Adam. Dia mengerutkan kening.

"Ni semua lebih dari cukup. Saya taknak kita berlebihan dalam berbelanja. Ni semua tak elok, awak." Terang Adeena.

Adam mengangguk.

"Ok, my love. Tapi, awak pun kena janji juga. Awak tak payah tolak barang tu walaupun mahal. Kalau awak suka, awak cakap je dengan saya." Jawab Adam pula. Dia menaikkan jari kelingkingnya lalu dihala ke arah Adeena.

Adeena turut membalas.

"Okkk! Dah, jom kita try semua ni!!" Ujar Adam teruja. Dia mengangkat semua beg tersebut dan menuju ke arah lif.

Adeena tertawa. Ish, comel je lah suami dia ni. Gigit nanti baru tahu.

-

"Awak, bila adik-adik nak datang?" Tanya Adeena. Tangannya ligat mencuci periuk. Dia baru siap masak lauk ayam masak kicap. Adam yang nak.

Adam meletakkan pinggan berisi lauk ayam masak kicap dan periuk nasi di atas meja makan.

Langkahnya pula dihala ke arah isterinya lalu dipeluk pinggang isterinya itu dari belakang. Dagunya diletakkan dibahu Adeena.

Adeena pula hanya membiarkan. Adam lepas kahwin ni memang clingy. Asyik nak peluk je memanjang. Masa dua tiga hari, dia kekok lah juga. Kalau ditegur, nanti Adam makin peluk dia kuat-kuat. Takpun, nanti kena denda. Denda apa? Uhmm, ytjt. Dia dah serik dah, taknak taknak.

"Insyaallah, esok." Jawab Adam.

Adeena hanya mengangguk. Dia mencuci pula senduk.

"Uhmmm, cinta. Saya taknak pergi kerja. Syaa nak duduk dengan awak je kat sini" rengek Adam. Esok dia dah nak kena masuk office. Benci betullah. Tak syok lah cuti seminggu je. Ikutkan dia nak cuti lama lagi, tapi kerja dia kat office tu dah memanggil-manggil.

Takut nanti dia kena tidur je kat office tu kalau lagi lama dia cuti.

"Ish, mana boleh macam tu. Awak kan banyak kerja." Jawab Adeena. Dia mengelap tangannya di tuala yang disediakan. Lalu, dia pusing menghadap Adam.

Tangan Adam masih setia memeluk pinggangnya.

Mata Adam melihat bibir merah semulajadi Adeena itu.

Adam diam. Dia perlahan-lahan mendekatkan wajahnya ke wajah Adeena.

Adeena cepat-cepat menolak muka Adam.

"Ehh ehh. Awak nak buat apa ni? Jom lah kita makan. Sejuk nanti lauk"

Adam memuncung. Ish tak sukalah.

Adeena menarik tangan Adam ke arah meja makan.

Adam pun meabuhkan duduk di hadapan Adeena.

"Nanti malam, saya tuntut" jawab Adam. Matanya melihat sahaja wajah Adeena yang semakin merah itu. Tangan Adeena laju sahaja menyendukkan nasi untuk Adam.

Adeena telan air liur. Alamak.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now