Part 7

220 12 1
                                    

"Akak?" Tanya Citra. Musykil dia tengok. Dia tanya sahaja. Tapi kakak dia ni boleh pulak termenung jauh.

"Ouh ye ha ye" ujar Adeena. Dia tersenyum. Mahu menutup malu bila teringat kejadian semalam.

"Mana akak dapat semua duit ni?" Tanya Citra lagi. Dia menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

"Kan akak dah cakap, akak ada simpan duit sikit" ujar Adeena. Dia meneguk air.

"Tapi kak..."

"Citra, tak percaya akak ke?" Tanya Adeena. Matanya tepat merenung Citra.

Terdiam Citra disitu. Bukan tidak mahu percaya tapi dia tahu macam mana kewangan kakaknya.

Adeena menjatuhkan pandangannya dan melihat pinggan yang berbaki sedikit lagi nasi goreng itu. Adeena pun menyuap dan menghabiskan ia.

Suasana mereka kembali menyepi.

Adeena kemudian bangun dan membasuh pinggan di singki.

Citra hanya melihat kakaknya. Nasi goreng di pinggannya juga turut dihabiskan lalu dia bangun menuju ke kakaknya.

Adeena pusing ke belakang. Citra sedang menunggu kakaknya selesai membasuh pinggan.

Adeena menghela nafas perlahan.

"Akak minta maaf ye. Akak tak sengaja marah Citra. Harap Citra tak ambil hati" ujar Adeena perlahan. Langsung tidak melihat adiknya, tapi dia tahu adiknya mampu mendengar suara perlahannya.

"Citra pun, Citra minta maaf ye akak" ujar Citra. Dia hanya menunduk sahaja.

-

"Sally, boleh tolong saya tak? Kotak kat bilik stor tu berat sangat lah" Tanya Adeena. Dia berdiri di depan kaunter pembayaran.

Sally yang sedang merapikan rambutnya itu segera menoleh.

"Of course lah boleh. Demi Adeena kesayangan I ni semua boleh tau" ujar Sally. Dia segera membantu Adeena.

Selesai membantu, Sally berjalan semula ke kaunternya.

"Kruk kruk kruk"

Perut Sally berbunyi kuat. Sally memegang perutnya. Mukanya dikerutkan.

"Eh Adeena. Aku rasa nak berak ah. Kau ganti aku kejap tau." Ujar Sally. Tanpa menunggu balasan, Sally terus berlari masuk ke toilet.

Adeena hanya menahan ketawa. Sally kalau dah sakit perut ke, lapar ke memang tak boleh control. Haha.

Adeena terus berlari pergi ke kaunter. Nanti ada pelanggan.

Sambil menunggu pelanggan, Adeena menyusun barang di rak kaunter.

Ada lah dalam dua tiga orang pelanggan sekarang ni kat kedai serbaneka itu.

-

Adam menutup pintu kereta. Dia mahu membeli chewing gum kegemaran dia di kedai serbaneka itu. Kakinya pun laju melangkah ke arah pintu masuk.

Ding dong.

Pintu kedai serbaneka dibuka.

Adeena dengar tapi dia hanya buat bodoh sahaja sebab dia pasti, itu mesti pelanggan.

Adeena membelakangkan kaunter, tangannya masih ligat menyusun barang.

Adam laju sahaja menuju ke arah kaunter. Tangannya mengambil chewing gum lalu di letakkan di atas kaunter.

"Cik, saya nak bayar" ujar Adam.

Matanya hanya memerhatikan wanita kecil molek yang sedang menyusun barang itu.

Adeena yang mendengar itu segera menoleh dan matanya terus tertuju ke arah satu chewing gum di atas kaunter.

Tangannya pantas scan barang itu.

"Eh, Adeena?" Ujar suara garau itu. Mulutnya menahan dari mengukirkan senyuman. Dia ingatkan harini takkan jumpa Adeena sebab semalamkan Adeena kene hempap rak. Mesti Adeena ambil cuti.

Jujur, dia sanggup pandu sehingga ke sini hanya kerana mahu jumpa Adeena. Padahal, tempat kerjanya jauh lagi dari sini. Boleh sahaja dia singgah kedai serbaneka di ofisnya tapi entahlah. Dia mahu jumpa Adeena.

Adeena mengangkat wajah.

"Adam" ujar Adeena. Dia tersenyum nipis.

"Adeena, awak..." belum sempat Adam mahu menghabiskan ayatnya, Adeena sudah memotong.

"Nak beg plastik ke?" Tanya Adeena.

"Er... takpa" ujar Adam.

Adeena mengangguk dan dia menolak chewing gum itu ke arah Adam.

"Rm2.50" ujar Adeena.

Adam hanya mengangguk dan membayar.

"Terima kasih, Adam. Harap datang lagi" ujar Adeena. Dia menunduk sikit kepada Adam.

Adam berdehem.

"Adeena, saya nak cakap dengan awak boleh ke?" Tanya Adam. Dia mahu berbual dengan Adeena lagi tapi Adeena seperti tidak mahu sahaja.

"Maaf ye, Adam. Tapi, ada pelanggan tengah tunggu belakang awak tu" ujar Adeena sambil tangannya naik, menunjuk belakang Adam.

Adam pun menoleh. Yelah, ada dua orang tengah beratur belakang dia.

"Uhm, takpalah kalau macam tu, saya pergi dulu. Assalammualaikum" ujar Adam. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kakinya terus melangkah meninggalkan kedai.

Adeena hanya melihat sahaja kelibat Adam.

'Saya pun nak cakap dengan awak, Adam. Tapi, kita berbeza'

Matanya hanya melihat kelibat Adam memasuki keretanya, Audi rs7.

Lalu, Adeena menggelengkan kepalanya.

"Ye kak, ada apa-apa lagi?" Tanya Adeena. Dia mengukirkan senyuman.

Tangannya pantas meneruskan kerja.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now