Part 3

249 15 4
                                    

"Assalammualaikum. Adeena. Ooo Adeena" ujar Makcik Kalsom. Dia mengetuk-ngetuk pintu rumah Adeena.

Adeena yang sedang mengepin tudungnya itu segera mengemaskan diri lalu berlari membuka pintu rumah.

Makcik Kalsom tersenyum bila Adeena membuka pintu. Nampak ayu sahaja Adeena walaupun hanya memakai baju uniform kerja dan tudung bawal putih. Muka Adeena yang putih melepak nampak sesuai sahaja memakai bawal putih. Tak nampak gelap langsung. Pipinya pula merah semulajadi macam pakai blusher.

Makcik Kalsom yang perempuan ni pun boleh terpaku kalau tengok, apatah lagi orang lain.

"Minta maaf ye, makcik. Adeena tengah pakai tudung tadi. Jemputlah masuk." Ujar Adeena sambil dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Makcik Kalsom.

"Takpalah, makcik baru bagi salam sekali. Tak lama pun tunggu" ujar Makcik Kalsom.

"Cindra tidur lagi ye?" Tanya Makcik Kalsom.

"Haah. Saya baru nak hantar Cindra tapi makcik datang pulak. Buat susah-susah je" ujar Adeena. Dia membuka pintu bilik yang ada Cindra di dalam. Mahu lihat jika sudah bangun atau belum. Tangannya ligat mengemas beg Cindra, memasukkan apa yang patut. Mahu diberikan kepada pengasuh Cindra iaitu Makcik Kalsom.

"Makcik baru balik dari pasar, dah lalu tu makcik singgahlah. Kamu dah lambat kan nak pergi kerja? Nanti bagi je kunci kat makcik, nanti makcik bagi kat Citra." Ujar Makcik Kalsom.

"Eh takpa ke, makcik?" Ujar Adeena.

"Takpalah, adik kamu tu kan boleh jalan, bukannya makcik dukung. Bukan jauh pun rumah kamu dengan rumah makcik. Selang berapa buah je pun" ujar Makcik Kalsom.

"Segan lah saya. Nanti saya tolong la bawak Cindra pergi rumah makcik." Ujar Adeena. Tangannya sedang mengzip beg kepunyaan Cindra.

"Ala, takpe. Makcik tunggu je sampai Cindra bangun. Baru lah makcik keluar dari sini. Dah. Kamu tu dah lambat. Pergi sekarang." Ujar Makcik Kalsom lagi.

Adeena pun mengangguk. Terpaksa bersetuju. Dia pun sudah lambat sangat nak pergi kerja ni. Dia berjalan dan pergi ke arah belakang pintu lalu di ambil kunci rumah.

"Ni kunci rumah saya ye, makcik. Saya selit kat poket beg Cindra tu. Saya pergi dulu, makcik" ujar Adeena lalu dia menyalam Makcik Kalsom.

Makcik Kalsom hanya mengangguk sahaja.

"Kesiannya aku tengok kau ni, Adeena. Takpela, aku bantu selagi boleh" ujar Makcik Kalsom perlahan.

-

Adeena membuka pintu. Dia tercungap-cungap menarik nafas. Mana taknya, dia berlari sepanjang jalan nak sampai kedai serbaneka ni. Selalunya, dia hanya akan berjalan kaki tapi tidak untuk kali ni. Dia dah lambat sangat, jadi dia terpaksa berlari untuk sampai ke tempat kerjanya tepat pada waktu.

"Amboi, Adeena. Cuba rilek. Tarik nafas tu. Merah sangat dah pipi tu I tengok" ujar Sally atau nama dia yang sebenar, Syamsul. Ye, dia lembut sikit. Tapi, dia tetap berpakaian macam lelaki, suara pun masih garau, tapi entahlah, tak tahu kenapa nama tu kene tukar.

Sally menggelengkan kepalanya. Dia menghulurkan air kepunyaannya kepada Adeena.

"Nah, minum la air I" ujar Sally.

Adeena melihat air yang dihulur oleh Sally. Air tu dah separuh, mungkin dah diminum oleh Sally. Adeena meneguk perlahan air liur.

"Takpa lah, Sally. Saya ada bawak air" ujar Adeena. Menolak secara sopan. Takkan lah dia nak minum air bekas Sally. Kalau perempuan takpalah, ni lelaki. Lelaki lembut.

"Ok, up to u lah" ujar Sally. Dia mengangkat bahu. Kakinya mengatur langkah ke kaunter pembayaran. Maklumlah, dia cashier kat sini.

"Manager dah sampai ke, Sally?" Tanya Adeena. Dia berjalan mendekat ke kaunter pembayaran selepas rasa lelahnya sudah okey sikit.

"Belum, alah Adeena. Kalau u lambat, dia tu lagi lambat. Eii, geli lah I kalau terbayang muka dia. Dengan perut kedepannya tu. Rambut macam ada tak ada je kat kepala" ujar Sally. Tangannya ligat menyusun barang di rak yang kosong.

"Tak baik lah, Sally." Ujar Adeena perlahan. Dia pun berjalan ke sebelah Sally untuk mengambil kotak yang berisi makanan untuk di letakkan di rak makanan.

"U tu yang baik sangat, Adeena. U jangan nak buat-buat buta ye. I nampak tau cara dia cakap, tenung, layan U. Dia tu miang. Isteri ada kat rumah tu, tapi tak reti nak tengok. Perempuan lain juga yang dia pandang. Eii, ada I tumbuk juga dia tu." Bebel Sally panjang lebar. Tangannya juga turut terhenti dari susun barang. Matanya terus mencari mata Adeena.

"Ye, saya tau. Saya tak buta jugak, Sally. Tapi, saya nak buat macam mana. Saya tak rasa saya ada kerja lain selain kerja ni. Saya hanya mampu elak je dari jumpa Encik Rahim. Kurangkan bercakap dengan dia." Ujar Adeena. Dia tidak memandang langsung Sally yang sedang merenung dia. Tangannya laju menyusun paket makanan.

"Sukahati U lah. Kalau I jadi U, I akan sepak tengah dia tu. Biar dia tak gatal lagi" ujar Sally. Dia mendengus nafasnya. Tak puas hati.

"Kalau apa-apa jadi, U lawan sehabis boleh tau, Adeena. Jangan lemah lembut dengan orang yang tak sepatutnya." Ujar Sally. Mengingatkan.

Adeena hanya mengangguk.

"Baik lah, Sally"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now