Part 25

186 7 0
                                    

Adeena menutup pintu kereta. Dia menghela nafas berat. Betul ke keputusannya ni?

"Awak?" Adam berdiri di sebelah Adeena. Di tundukkan sedikit badannya untuk melihat wajah Adeena. Wajah gadis itu nampak risau sahaja.

Adeena menoleh. Mata mereka bertemu.

"Ye" jawab Adeena. Dia mengukirkan senyuman.

Adam senyum kembali. Haishlah. Janganlah senyum senyum nanti dia cair. Lesung pipit tu yang dia tak tahan. Dalam sungguh.

"Jom" Adam berdehem seketika untuk menghilangkan malu. Dia berjalan kedepan lalu ditekan loceng di tembok besar rumah itu. Memang besar rumah tu. Tapi tak boleh lawan rumah dia lah. Heh.

Adeena menarik nafas perlahan. Ok. Takpa. Rilek.

Ding dong!

Ding dong!

Mereka menunggu balasan.

Tak menunggu beberapa lama kemudian, muncul seorang wanita.

"Ya ada apa?" Tanya perempuan itu dengan slang indonesia. Mereka mengira itu adalah bibik rumah ini.

"Saya nak jumpa Arman bin Halim." Adeena menjawab.

Perempuan itu membuat muka pelik lalu dia menutup mulutnya.

"Ouh! Maksud kamu Dato Arman?" Tanya perempuan itu.

Mereka hanya mengangguk. Dato? Ye kot?

"Mari ikut saya" perempuan itu membuka pintu pagar kecil di sebelah pagar besar tersebut.

Mereka pun mengikut sahaja.

Adam menoleh seketika ke arah Adeena dan keningnya dinaikkan untuk bertanya Adeena okay atau tidak.

Adeena hanya mengangguk dan senyum.

Adam senyum kembali lalu menoleh ke depan semula. Tak tahan lah tengok kecomelan Adeena bila senyum. Hehe.

"Jemput masuk. Duduk dulu ya. Saya panggilkan dato" ujar perempuan itu. Kelibatnya pun hilang.

Adam dan Adeena menurut sahaja. Mereka melabuhkan duduknya di sofa empuk itu.

Tak berapa lama kemudian, mereka dapat melihat kelibat satu pasangan yang baru turun dari tangga.

Adeena berdebar. Dia sudah dapat jangka siapa mereka.

Tanpa sedar, Adeena bangun. Adam disebelah hanya melihat seketika. Matanya pula tak lepas melihat pasangan bahagia tersebut. Ouh? Ni ke ayah Adeena? Yang tinggalkan kekasih hatinya diwaktu yang paling berat sekali?

Dato Arman menoleh melihat tetamu mereka. Seketika, senyumannya mati.

Adeena dapat lihat muka tegang ayahnya.

Ayah... Adeena rindu ayah.

Dato Arman berjalan bersama dengan isteri kesayangannya, Datin Dina.

Mereka berjalan sehinggalah betul-betul ada di depan mereka.

Datin Dina melabuhkan duduk di sofa empuk milik mereka. Dato Arman juga mengikut tindakan isterinya.

"Ayah" Adeena bergerak dan membongkokkan badannya untuk bersalam dengan ayahnya. Tapi, tiada sambutan. Hanya wajah tegang yang menghiasi.

"Ada apa datang sini?" Tanya Dato Arman.

Adeena mengundurkan diri lalu dia duduk di sebelah Adam. Adam hanya melihat Adeena yang sudah berubah wajah itu. Kesian, mesti Adeena terasa.

"Sebenarnya, Adeena datang sini sebab Adeena nak jumpa ayah. Adeena rindu ayah" terang Adeena. Dia senyum. Dia betul betul rindu ayahnya. Sangat rindu.

Dato Arman hanya diam. Datin Dina disebelah pula hanya memandang sinis Adeena dan Adam. Dia tak pernah suka dekat anak anak kandung Arman. Rasa menyampah.

"Lagi? Kau nak duit?" Tanya Dato Arman. Dia menyilangkan tangannya ke dada.

Adeena laju menggeleng.

"Tak, ayah. Saya bukan datang sebab tu" jawab Adeena. Dia tak pernah fikir pun untuk minta ayahnya duit.

Adam disebelah pula menahan sabar. Apa? Dia ingat semua orang ni hanya nak minta duit ke? Dia ingat kitorang ni miskin sangat ke sampai nak kena minta dia duit? Dia kenapa? Di tarik nafasnya perlahan. Sabar, Adam.

"Adeena datang sini sebab Adeena nak kahwin, ayah. Ni, Adam. Bakal suami Adeena." Kata Adeena lagi sambil ditunjuk Adam disebelah.

Adam senyum nipis.

Dato Arman tertawa sinis.

"Jadi?"

Adeen terdiam. Jadi? Apa maksud ayah?

"Ayahkan ayah kandung Adeena. Adeena nak kalau boleh ayah jadi wali" jawab Adeena.

Dato Arman ketawa lagi.

"Aku? Jadi wali? Hey, aku mengaku kau ni anak aku pun tak pernah tau. Aku takkan jadi wali kau." Jawab Dato Arman.

Datin Dina disebelah hanya tahan ketawa.

"Ayah? Apa ayah cakap ni? Ayah kan ayah kandung Adeena. Takkan ayah taknak tengok Adeena nikah?" Tanya Adeena. Dia tahan sahaja air matanya sekarang ni.

Dato Arman bangun.

"Apa yang kau tak faham lagi? Aku dah kata aku takkan jadi wali. Kau bukan anak aku!" Tengking Dato Arman.

Adeena berdiri juga. Dia sekarang sudah betul betul berada di hadapan ayahnya. Ouh, rindunya dia nak sentuh muka, tangan ayahnya lagi. Tapi, kata kata ayahnya sangat merobek hatinya.

"Sampai hati ayah. Kenapa buat Adeena macam ni?" Tertahan sahaja suara Adeena sekarang ni. Dia tak mampu nak tahan air matanya dari mengalir. Hatinya sumpah sedih dengan kata kata ayahnya.

"Sebab kau bukan anak aku! Dari dulu sampai dah besar memang menyusahkan aku! Pergi mampos lah kau!" Jerit Dato Arman. Tangannya dinaikkan nak menampar Adeena.

Adeena hanya diam. Tak berganjak dari situ. Dia pernah kena pukul dulu, jadi dia dah tak rasa apa apa kalau dia kena pukul lagi sekarang.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now