Part 8

196 11 0
                                    

"Citra, akak nak pergi kedai tau. Jaga adik-adik" ujar Adeena. Dia kemas memakai tudung bawal dan baju t-shirt biasa bersama handsock, kemudian seluar tracksuit.

"Baik akak. Hati-hati kak jalan tu" ujar Citra. Dia berjalan menemani kakaknya ke hadapan pintu.

Tangan dihulurkan untuk menyalami kakaknya.

-

"Bang yusof, sorry lambat sikit" ujar Adeena.

Yusof yang sedang mengatur meja dan kerusi hanya mengangguk dan tersenyum.

"Takpalah, abang pun baru sampai, baru atur-atur meja ni" ujar Yusof. Harini dia gerak lambat sikit dari rumah, ada hal nak settle tadi.

Yusof merupakan anak makcik Kalsom. Sudah beberapa bulan Adeena bekerja dengan Yusof.

Lepas Adeena balik dari kerja kat kedai serbaneka pukul 7, Adeena akan balik rumah, akan uruskan adik-adiknya. Pukul 9 baru Adeena datang ke kedai burgernya. Itupun Yusof yang menyuruh Adeena datang pukul 9 kalau tak, kedainya sudah dibuka pukul 8 malam. Kesian, Yusof takut Adeena tak dapat nak rehat. Bukan sekejap Adeena kerja di kedai burgernya. Sampai pukul 12 malam.

Adeena kemudiannya terus membantu Yusof menyusun meja dan kerusi. Kerja Adeena disini, mengambil order, kemudian menolong bagi burger kat pelanggan. Kalau Yusof tak menang tangan, Adeena akan tolong letak sos, letak sayur kat roti tu kemudian akan bungkus juga.

Yusof pula akan memasak daging burger.

Kedai burger milik Abang Yusof ini banyak juga orang datang kerana ia dekat dengan kawasan perumahan dan hanya ada satu sahaja di situ.

-

Adam menutup laptopnya. Tangan dinaikkan untuk melihat jam.

Pukul 9.30.

Adam mengelipkan matanya beberapa kali.

Seketika perutnya berbunyi.

"Aduh, lapar lah pulak" Ujar Adam perlahan.

Dia pun berjalan perlahan.

-

Adam memandu perlahan.

Seketika, terlihat satu kedai burger. Ada lah beberapa orang tengah duduk dan makan kat situ.

Adam pun memberhentikan keretanya dan dia melangkah ke arah lelaki yang sedang memasak daging burger itu.

"Ye, nak order apa?" Tanya Yusof. Dia mengerling sekilas Adam yang sedang memakai baju kemeja hitam itu. Tangannya dilipat sehingga ke situ. Menyerlahkan urat ditangan.

"Saya nak satu burger daging ye bang" ujar Adam.

Yusof hanya senyum dan mengangguk.

"Duduk dulu, nanti ade orang hantar kat meja" ujar Yusof. Tangannya masih ligat menebalikkan daging burger.

Adam hanya mengangguk. Dia pun berjalan ke arah salah satu meja disitu dan duduk.

Adeena meletakkan plastik burger di meja.

"Semua sekali Rm3.50" ujar Adeena.

Pelanggan tadi pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih selepas memberikan duit bayaran.

Adeena pun hanya senyum dan kembali menuju ke arah Yusof yang sedang meletakkan sos di atas daging burger itu. Kemudian di masukkan ke dalam plastik.

"Ha, Adeena. Pergi letak ni kat meja tu" tunjuk Yusof ke arah lelaki yang memakai kemeja hitam tadi. Lelaki itu sedang membelakangkan mereka.

Adeena pun melihat ke arah yang ditunjukkan kemudian hanya mengangguk.

Kakinya pantas mengorak langkah ke arah meja itu.

"Nah, semua sekali Rm 3.00" ujar Adeena.

Lelaki itu pun memusingkan badan ketika dengar itu.

Seketika, pandangan mereka menyatu.

"Adeena?"

"Adam?"

Serentak mereka berkata.

"Saya tak sangka kita jumpa lagi disini" ujar Adam. Dia tersenyum. Adam terus berdiri di hadapan Adeena.

Adeena pula daripada menunduk terus mendongak apabila Adam berdiri di depannya.

Adeena hanya terdiam. Tapi pandangan mereka tidak pernah terputus.

Setelah beberapa ketika, Adam berdehem dan memandang ke kiri dan kanan. Rasa macam mukanya panas sahaja. Ya Allah, kenapa lah dia pergi tenung anak dara orang macam ni?

Adam segera mengeluarkan duit seringgit sebanyak tiga not dan dihulurkan ke arah Adeena.

Adeena pula menunduk sahaja dan tidak menatap ke arah Adam lagi. Malunya dia rasa.

Tangannya segera menyambut huluran duit dari Adam dan dia segera bergerak meninggalkan Adam.

Adam pula terkaku. Aik? Janganlah lari lagi, aku nak borak dengan kau ni.

"Adeena, sekejap" ujar Adam. Dia berjalan mengikuti Adeena yang sudah sampai di sebelah Yusof.

Adeena hanya mendiamkan diri. Tangannya laju menyimpan wang ringgit tadi di tempat yang sepatutnya.

Yusof pula hanya mengerutkan kening. Dah kenapa pula dua orang ni? Tapi, tak pula dia bertanya kenapa, dia hanya tengok sahaja mereka.

"Maaflah Adam, saya tengah kerja ni. Ramai lagi orang saya nak kene layan. Kalau awak nak cakap, cakap la sekarang" ujar Adeena.

"Adeena, saya nak berborak lama sikit dengan awak" ujar Adam. Dia dah lama nak bercakap dengan Adeena. Dia suka personaliti Adeena. Kalau boleh, dia mahu jadi kawan Adeena.

"Kalau awak nak, awak tunggu lah saya habis kerja" ujar Adeena. Dia saja bagi alasan macam tu untuk buat Adam pergi.

"Pukul berapa awak habis kerja?" Tanya Adam lagi.

"12" ujar Adeena sepatah. Kemudian dia terus berjalan melepasi Adam, tangannya erat memegang plastik burger dan dia terus tuju ke arah meja pelanggan yang lain.

Adam hanya melihat Adeena. Dia kemudiannya perlahan-lahan mengatur kembali langkah ke arah meja tadi. Mahu duduk. Dia tetap akan tunggu Adeena. Dia tak kira.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now