Part 41

183 9 1
                                    

"Awak, nanti ada 3 bibik akan datang. Diorang kerja separuh hari je sampai saya balik kerja." Ujar Adam.

Dia memegang pinggang Adeena dari belakang dan menyandarkan dagunya dibahu isterinya itu.

Adeena sedang membuatkannya nasi goreng. Adam yang teringin. Lepas solat subuh tu dah merengek nak breakfast nasi goreng.

Adeena mengangguk. Tangannya ligat memasukkan apa yang patut ke dalam kuali lalu digaul.

Adam semakin mengetatkan pelukan.

Adeena pula hanya membiarkan.

"Awak, saya taknak pergi kerja" rengek Adam. Dia gelengkan kepala berkali-kali tanda tak mahu. Dia nak berkepit dengan isterinya. Tak suka lah. Baru seminggu kahwin, dah kena kerja. Dahla tak sempat pergi honeymoon.

"Ish, mana boleh. Awak tu kan boss" jawab Adeena.

"Jadi boss lah boleh tak payah pergi kerja" balas Adam.

Adeena meletakkan pinggan nasi goreng di sebelah. Lalu, Adeena memusingkan badan menghadap Adam.

"Tak boleh lah awak. Awak kena tunjuk contoh yang baik untuk pekerja-pekerja awak. Awak cakap awak banyak kerja kan?" Tanya Adeena.

Adam hanya mengangguk tapi mulutnya mencebik.

Adeena tertawa. Comelnya Adam cebik macam tu.

Adeena memegang kedua-dua belah pipi Adam lalu dia mencium bibir Adam sekilas.

Terkaku Adam disitu. Matanya terbeliak tanda terkejut.

Adeena pula sudah menutup mulutnya. Pipinya memerah tanda malu. Alamak, dia terlepas pula.

"Cinta, did u kiss me just now?" Tanya Adam. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah bersih milik Adeena.

Adeena hanya diam tetapi kepalanya dianggukkan.

Adam senyum tanda suka. Kemain lebar dia senyum.

"Kiss me more" jawab Adam. Matanya jatuh melihat bibir merah milik Adeena.

"Mana boleh. Sekali je" jawab Adeena lalu dia menyusup keluar dari kepungan Adam itu. Dia mengambil juga pinggan nasi goreng itu lalu diletakkan dimeja makan.

Mata Adam mengikut pergerakan Adeena. Adam tersenyum sinis. Geram je dia dengan Adeena ni. Haish!!!

Adam mengikut Adeena ke arah meja makan. Dia duduk di meja itu dan dihadapannya ada Adeena.

Sempat dicium bibir Adeena sekilas. Adeena terkejut. Dia membuat muka marah namun dibalas dengan senyuman mengejek Adam.

Adam pun terus duduk di kerusinya.

"Eh, pinggan awak mana?" Tanya Adam. Dia melihat Adeena dihadapan.

"Saya masak cukup-cukup untuk awak je" jawab Adeena.

"Then, lets eat together, cinta" jawab Adam.

Adeena mengeleng.

"Saya takda selera lah nak makan" jawab Adeena.

Adam mengerutkan kening.

"Kenapa? Tak sihat ke?" Tanya Adam.

"Takdelah. Saya memang kureng sikit dengan nasi goreng. Dah muak sebab dulu hari-hari makan" sengih Adeena.

Adam mengangguk. Dia pun membaca doa makan lalu dia menyuap sesudu ke mulut.

"Sedap, cinta. So good" jawab Adam. Dia mengambil sesudu lalu dihalakan ke arah Adeena. Tangan sebelah pula menunjukkan thumb up. Comel je. Kepalanya pula laju dianggukan tanda betul-betul sedap.

Adeena pula hanya akur. Dia terima juga suapan Adam itu. Penuh mulut dia kunyah.

"Biasa je" jawab Adeena. Mulutnya penuh mengunyah suapan Adam tadi.

Adam senyum. Dia lupa lagi nak kurangkan nasi di sudunya itu. Dia lupa mulut Adeena ni kecil je. Geram lah. Comel!!

"Cinta. Nanti rehat saya balik tau." Ujar Adam. Dia meneruskan suapan. Disua juga ke arah Adeena tapi Adeena menolak lembut.

"Okay, nanti saya masak untuk awak. Awak nak makan apa?" Tanya Adeena. Dia menongkat dagu melihat suaminya sedang syok makan tu.

"No need. Saya balik sebab nak jumpa awak je. Saya rindu" jawab Adam.

Adeena mengerutkan kening.

"Tak lapar ke?" Tanya Adeena.

Adam mengeleng.

"Tengoklah nanti macam mana. Kalau lapar, saya beli je. Taknak susahkan awak nak masak segala bagai" jawab Adam.

Adeena mengangguk tanda faham.

"Awak, bila adik-adik nak datang?" Tanya Adeena.

"Saya pun tak sure, cinta. Mungkin tunggu diorang bangun tidur" jawab Adam. Dia menyuap suapan terakhir ke mulut. Tangannya mencapai gelas kosonng di sebelah pula lalu diminum sedikit.

Adeena mengangguk lagi.

"Why not u just call them, cinta?" Soal Adam.

"Saya tak reti sangatlah. Susah" jawab Adeena.

"Kan saya dah ajar sebelum ni" jawab Adam.

Adeena sengih. Memang Adam ada ajar tapi dia buat endah tak endah je. Susah lah.

"Pergi ambil phone awak, cinta" arah Adam.

Adeena hanya mengangguk. Dia pun berlari mencari phonenya.

Adam tertawa kecil. Comelnya isteri dia ni lari.

Tak lama lepas tu, Adeena pun datang. Dia menghulurkan phone tersebut kepada Adam.

Adam mengambil huluran Adeena itu. Sebelah tangannya lagi menarik perlahan pinggang Adeena sehingga Adeena terduduk di atas riba Adam.

"Macam ni..." ajar Adam.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now