Part 10

221 9 1
                                    

Adam menutup perlahan-lahan pintu bilik Sara.

Sekejap je nak tidurkan Sara ni, baru baca intro cerita, dia dah menguap. Baca lagi satu dua muka surat, terus terpejam mata dia.

Adam berjalan perlahan menuju ke bilik. Dikerlingnya sebentar mummy dan daddynya di ruang tamu. Mereka masih tekun menonton televisyen. Adam tersenyum nipis.

Tombol pintu biliknya dibuka. Adam duduk di birai katil.

Di menghela nafas perlahan.

Seketika, teringat kembali perbualannya dengan Adeena tadi.

"Beri saya masa tiga bulan, Adeena. Dalam masa tu, biar saya jadi kawan awak. Biar saya kenal awak. Biar saya kenal latar belakang awak. Biar kita sama-sama kenal satu sama lain. Lepastu, kita berdua akan tentukan yang kita akan teruskan hubungan ini atau tak. Boleh, Adeena?" Pujuk Adam lagi.

Adeena hanya diam.

Matanya tak lepas merenung Adam.

Begitu juga Adam.

"Adam..." suara Adeena terjeda seketika.

Adam pula hanya menunggu balasan Adeena. Takut rasanya nak dengar. Tapi dia gigihkan juga untuk dengar.

Kepalanya sudah ditundukkan menghadap batu tar. Tak sanggup nak dengar ayat seterusnya.

"Saya tak mampu nak tolak kalau itu yang awak nak. Tapi, saya harap, awak tak menyesal nanti."

Adeena menunduk.

Dia melihat ke arah lain. Malu rasanya.

Adam tergamam. Kepalanya cepat-cepat dinaikkan untuk melihat mata Adeena. Seriouslah?

Adam mengukirkan senyuman.

"Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat Adeena. Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya. Saya janji. Saya janji akan bring u to the next step, Adeena. Even without knowing u for this 3 months, I will still choose u. I promise" ujar Adam. Dia memang tak dapat tahan diri dia untuk tersenyum. Rasa macam nak lompat bintang saja sekarang ni.

Adeena hanya tergelak kecil.

Comelnya Adam ni. Senyum sampai mata tak nampak. Walaupun cahaya tak berapa nak ada kat sini, dia tetap boleh nampak muka Adam sekarang ni sedang merah. Tak tahu lah kenapa tapi maybe sebab terlampau gembira.

"Adeena" panggil Yusof dari jauh.

Muka Yusof nampak cemas sahaja.

Adeena terus menoleh. Dia cepat-cepat bangun dan berdiri di hadapan Yusof.

Adam turut berpusing dan melihat Adeena yang sedang bercakap dengan Yusof.

Seketika, Adeena menutup mulutnya. Wajahnya nampak cemas sahaja.

Adeena terus mencapai tote begnya kemudian terus berlari meninggalkan kawasan tersebut.

Adam mahu mengejar tapi langkahnya terhenti. Adam terus mendekati Yusof.

Kelihatan Yusof sedang menelefon seseorang dan bercakap-cakap. Wajahnya nampak cemas juga.

"Abang" panggil Adam.

Yusof segera berpaling. Keningnya dinaikkan tanda bertanya kenapa.

"Kenapa dengan Adeena?" Tanya Adam.

Yusof menghela nafas.

"Adiknya Adeena, Cindra. Demam panas lepastu kena sawan. Sekarang ni, mak abang tengah tunggu Adeena, nak pergi hospital sama-sama. Mak abang tengah kemas apa yang patut kat rumah Adeena tu." Ujar Yusof. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Kesiannya Adeena.

Lepas satu, satu lagi dia kene hadap.

Adam pula hanya terdiam di situ.

Seketika, Adam menggeleng kepala apabila mengingat kembali kejadian tadi.

"Kau buat aku lagi nak kenal kau, Adeena" ujar Adam. Dia hanya merenung lantai biliknya.

-

Adeena hanya termenung melihat Cindra. Adiknya itu sedang elok tertidur di katil wad.

Nasib baik adiknya tidak ada apa-apa yang teruk terjadi. Cuma sebab demam panas sangat, tu yang terkene sawan.

Menurut makcik Kalsom, Citra yang berlari sehingga ke rumahnya untuk memaklumkan yang Cindra terkena sawan. Panik terus makcik Kalsom, terus dia call Yusof untuk maklumkan kepada Adeena. Adeena mana ada telefon. Susah lah kat situ.

Adeena meraup mukanya.

Makcik Kalsom hanya mengusap-usap belakang badan Adeena.

Makcik Kalsom tahu, Adeena pasti tengah serabut sekarang.

Adeen menoleh apabila merasa sentuhan Makcik Kalsom itu. Dia mengukirkan senyuman lemah.

"Makcik, terima kasih. Adeena tak tahu macam mana nak balas lagi segala bantuan makcik" ujar Adeena. Dia menggengam tangan Makcik Kalsom.

Makcik Kalsom turut membalas genggaman Adeena itu.

"Takpelah, Adeena. Makcik tolong selagi mampu. Makcik tak harapkan apa-apa balasan" ujar Makcik Kalsom. Dia turut mengukirkan senyuman.

Adeena mengangguk lemah.

Makcik Kalsom segera menarik Adeena ke dalam pelukan. Kesiannya dekat Adeena.

Baru berusia 22 tahun, tapi dah kena tanggung segala bebanan ini.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now