Part 28

181 8 0
                                    

Keluarga Adam sibuk menguruskan perkahwinan mereka. Adeena bersyukur mummy yang menguruskan semuanya, Adeena hanya ikut sahaja.

Baju kahwin pun dah ada, Adeena pun dah cuba. Adam minta untuk tak nak tengok dulu Adeena pakai, nak suprise masa hari kahwin.

Mereka hanya ikut sahaja permintaan Adam.

Adeena nampak keluarga Adam sangat teruja lagi lagi Adam, setiap kali berjumpa, Adam pasti akan berkata,

"Awak, nanti wedding kita, awak nak macam mana?"

"Nanti kita buat wedding outdoor, nak? Macam cantik je. Tapi nanti kesian awak berpeluh"

"Tak jadi lah, kita buat kat tempat ada aircond je, saya taknak nanti awak berpeluh, lepastu pipi awak merah sangat sangat. Nanti orang cakap awak comel. Tak nak tak nak"

"Nanti potong kek, nak suap sama-sama tak?"

"Nanti mase makan, tak payah pegang sudu tu, saya yang suapkan. Saya teringin nak suap awak"

"Saya tak sabar lah nak tengok awak nanti mase wedding kita. Arghhh!!"

Adeena hanya mampu tersenyum sahaja. Dia ikut sahaja apa yang Adam nak, lagipun ni semua guna duit Adam, dia malu nak minta lebih lebih. Dia segan. Dia dah bersyukur Adam mampu terima dia dengan adik-adik.

Citra yang ada dibelakang kakaknya itu tersenyum. Amboi, kakak aku ni. Sengih sengih dari tadi. Mesti teringat kat abang Adam ni.

Citra berjengket lalu dia berjalan perlahan-lahan. Dia berhenti betul-betul di belakang kakaknya lalu pantas sahaja tangan dia memeluk pinggang ramping kakaknya itu.

Adeena yang sedang memotong sayur itu terus terkejut. Nasib tak terpelanting pisau dia.

"Citra, apa ni. Jangan lah buat macam tu lagi" Adeena berkata. Dia tahu tu adiknya. Kuat sangat menyakat.

Citra ketawa suka.

"Tulah akak, janganlah sengih sorang-sorang. Citra kat belakang pun tak perasan" jawab Citra. Masih tersisa tawanya itu.

"Eh akak ade sengih ke tadi?" Tanya Adeena. Dia menoleh ke tepi, memandang Citra yang sudah melepaskan pegangan di pinggangnya itu.

"Adelah, kak. Tahulah nak kahwin. Hormat lah orang single ni sikit" jawab Citra. Dia memusingkan mata ke atas. Benci tapi dia suka kakaknya bahagia.

Kakaknya berhak bahagia dan dia sebagai adik, sangat bersyukur kakaknya jumpa orang yang tepat. Dia pasti, Adam mampu bahagia kan Adeena.

Adeena tertawa kecil. Malulah. Ingatkan takda siapa perasan dia senyum.

-

"Assalammualaikum" Puan Sri Amanda memberi salam.

Adeena lekas menyarungkan tudung sarung di kepala. Siapa pula tu?

Kakinya terus menghala ke pintu.

"Kejap" jerit Adeena.

Buka sahaja pintu, Adeena terkejut.

Puan Sri Amanda yang cantik pakaiannya dan ditemani Anis dan Sara. Mereka tersenyum menyapa.

Adeena kenal Anis, semasa nak cuba baju pengantin di butik, Puan Sri Amanda membawa Anis bersama. Di situlah mereka menyapa.

Anis orangnya baik, walaupun tidak bertudung, Anis tidak memakai baju yang terlalu ketat. Dia suka pakai loose. Anis juga senang bergaul dan itu membuatkan Adeena tak rasa kekok bila berbual bersama. Comel je mak buyung ni, dengan perut nya tu. Eiii, comel.

"Ehh, mummy. Anis dengan Sara pun ade? Kenapa tak cakap nak datang? Meh lah masuk. Minta maaf lah tunggu lama ye" jawab Adeena. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

Sara segera berlari ke arah Adeena lalu dipeluknya. Adeena menunduk lalu di cium dahi anak kecil itu. Tersenyum suka Sara jadinya.

"Takpalah, mummy baru lepas teman Anis checkup kandungan dia. Alang-alang lalu, singgahlah sekali." Jawab Puan Sri Amanda. Dia senyum sahaja bila adik adik Adeena datang dan salam dengannya. Bagus. Semua pandai menjaga adab.

Adeena mengangguk tanda faham. Dipandang Anis di sebelah.

"Eh, kak Nis. Duduk dulu kat sini. Kesian penat" Adeena segera menarik perlahan-lahan Anis. Anis pula hanya mengikut tanpa membantah. Dia memang dah mengah dah bawak perut dia ni.

Adeena pun menjamu mereka dengan air teh o.

Sara pula sudah lama hilang, pergi main dengan Cindra. Dah ada kawan, sukalah dia.

Adik adik Adeena yang lain pun tidak duduk sama, tak mahu masuk campur. Mereka hanya duduk di dapur dan duduk di bilik menemani Cindra dan Sara.

Adeena duduk di sebelah Anis. Anis hanya senyum sahaja memandang Adeena di sebelah.

"Doktor kata apa tentang kandungan?" Tanya Adeena. Dia senyum memandang perut Anis yang membucit itu.

Anis mengusap usap perutnya.

"Alhamdulillah, doktor kata semua ok." Anis senyum. Tak sabar rasanya nak dukung baby lagi, rindu bau baby.

"Bila due date?" Tanya Adeena.

"Kalau ikutkan, lagi sebulan"

Adeena mengangguk tanda faham.

Mereka bertiga pun berbual ringkas. Sesekali, terletus juga tawa Anis dengan Adeena bila Puan Sri Amanda bercerita tentang Ikhwan dan Adam. Macam macam kerenah mereka masa kecil kecil.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now