Part 45

152 9 0
                                    

"Eh bapak besar siak bilik aku!" Jerit Danish. Dia menghempaskan badannya ke atas katil bersaiz queen itu.

Besarnya bilik dia. Bilik tidur dia sahaja dah macam ruang tamu rumah lama mereka.

-

"Waduhhh, best siak" jerit Darwish dan dia pun meloncat-loncat di atas katil yang turut bersaiz queen itu.

"Kalau besar macam ni, tak keluar bilik lah aku" jerit Darwish lagi. Dah penat melompat, dia baring meniarap pula.

Danish di sebelah pula menggelengkan kepala.

Dia turun dari katil lalu melangkah ke bilik sebelah, bilik Darwish. Dia menjengulkan kepala di pintu bilik Darwish.

"Lepas ni, aku dh tak payah tutup hidung sebab kau kentut. Aku pun dah tak payah tengok air liur kau meleleh waktu tidur" ujar Danish.

Darwish menjegilkan mata.

"Babi kau" jerit Darwish lalu dia berlari nak mengejar Danish.

Danish menjelirkan lidah lalu berlari masuk ke biliknya dan segera menutup pintu.

Darwish kat luar dah ketuk pintu macam nak roboh. Danish pula rilek je ketawa disebalik pintu.

"Kau memang ah, ehh kau pun ada kentut juga ah waktu tidur. Kau pikir kau tu tak teruk perangai?" Jerit Darwish dari luar pintu bilik.

"Takde bukti kan!" Jerit Danish.

"Sapa kata? Akak Adeena ada masa kau kentut tu. Busuk teruk. Akak pun sampai tutup hidung nak kejut kau" kata Darwish lagi.

Danish kat dalam bilik dah ternganga. Seriouslah? Aduh, memalukan betul.

Danish pun membuka pintu cepat-cepat dan melihat dihadapannya sekarang kosong.

Gedegang!

Pintu sebelah ditutup.

Tercungap-cungap Darwish di sebalik pintunya.

Danish pula menjeling sahaja pintu kayu tersebut. Sian, marahkan adik, pintu yang kena jeling.

-

"Akak, betul ke kitorang dapat bilik sorang satu?" Ujar Citra. Dia melabuhkan duduk di atas katilnya. Semua katil mereka adalah bersaiz queen, kecuali bilik bibik dan bilik Adeena dan Adam.

Adeena senyum. Dia menganggukkan kepala.

"Ye. Lepas ni korang semua dah tak payah share bilik." Ujar Adeena. Dia turut melabuhkan duduk di sebelah Citra.

Cindra pula, suka lah dia sebab bilik dia sudah di cat warna biru, warna kegemaran, ada sticker baby shark ditampal di satu sudut bilik dan bantal peluk, patung dan selimut juga ada corak baby shark. Terus sengih lepastu taknak keluar bilik terus. Suka betul.

Citra mengukirkan senyuman nipis. Dia menundukkan kepala memandang ke lantai.

Adeena yang melihat perubahan reaksi Citra itu pun segera merangkul bahu adiknya.

"Kenapa, Citra? Citra tak suka ke semua ni?" Tanya Adeena. Ada terselit nada kerisauan disitu.

Citra menggeleng.

"Bukan tu maksud Citra. Citra cuma bahagia" ujar Citra.

Adeena mengerutkan kening.

"Bahagia? Kenapa akak tengok muka Citra macam kata yang sebaliknya?" Tanya Adeena lagi.

"Akak, Citra sebenarnya bahagia tengok akak yang sekarang. Akak dah lebih ceria lepas Abang Adam datang. Cuma tulah, kalau arwah mama ade, mesti dia pun happy sebab dapat tengok akak yang sekarang" ujar Citra. Dia memandang mata kakaknya lalu mengukirkan senyuman.

Adeena turut mengukirkan senyuman. Dia mengenggam tangan Citra.

"Akak memang dah bahagia sejak korang semua ada dalam hidup akak. Akak sayang korang" ujar Adeena. Dia sedaya upaya menahan air mata. Segala rasa sakit yang dilaluinya dahulu terimbas kembali di benak fikirannya.

Citra segera menarik Adeena kedalam pelukan. Air matanya jatuh juga.

"Citra harap kalini akak dapat kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Citra sayang akak juga" ujar Citra. Dia tahu betapa kakaknya itu bertungkus lumus selama ini. Akaknya tak pernah tahu apa itu erti bahagia.

Kini, dia sendiri nampak. Dia boleh lihat yang kakaknya dah mula senyum gembira. Senyum yang sebenar-benarnya. Dia boleh lihat kakaknya sudah bahagia.

Adeena menggosok-gosok perlahan belakang Citra. Teruk betul adik dia ni nangis, sampai tersedu-sedan.

Lama mereka sebegitu, Adeena pun meleraikan pelukan.

"Eii, tengok tu sampai hingus pun terkeluar. Apa lah." Usik Adeena. Tangannya dinaikkan untuk menunjuk hingus Citra yang meleleh itu.

Citra segera menutup mukanya.

"Akak, takpayahlah cakap macam tu. Ish. Ni semua sebab akak lah Citra nangis" ujar Citra pula sambil dia menekup mukanya.

Adeena tertawa kecil.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now