Part 22

172 8 0
                                    

Adam mengemas bajunya. Dah lebih dua minggu dia duduk Bali. Semua makanan kat sini dah buat dia muak. Tak sabar nak balik Malaysia. Rindu!!

Dia memasukkan pakaiannya ke dalam luggage. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

"Yay yay dapat balik Malaysia. Dapat jumpa Adeena" Adam berkata perlahan. Senyumannya makin lebar.

Dia tak sabar sangat nak balik!

Ding dong!

Loceng pintu dia berbunyi. Adam menoleh. Mesti Ikhwan lah tu.

Adam pun menolak luggagenya ke arah pintu. Dia membuka pintu lalu nampak Ikhwan yang sudah kemas berpakaian.

Ikhwan senyum sumbing. Dirapi rapi rambutnya itu.

Adam hanya melihat Ikhwan dengan rasa menyampah.

"Anis dengan Sara mana?" Tanya Adam. Pelik dia. Asal Ikhwan sorang je datang bilik dia?

Dia memang tak panggil Anis tu panggilan akak sebab mereka seumur. Rasa janggal nak panggil akak walaupun Anis sudah jadi kakak iparnya.

Ikhwan pula tua dari nya dua tahun. Jadi, nak panggil abang tu macam susah. Jadi, mereka berbual guna panggilan kau aku saja.

"Biasalah, perempuan. Tak siap lagi" Ikhwan mencebik.

Adam hanya menggeleng.

"Jom breakfast dulu. Laparlah" ujar Ikhwan. Dia pegang perutnya disebalik baju t-shirt hitam nya itu. Eh, jangan main main. Walaupun dia dah 5 tahun kahwin, dia tetap jaga penampilan dia. Masih ada six pack ye. Masih ramai perempuan yang ngurat dia tapi dia setia dengan setia dengan wanita kesayangannya. Hehe.

Adam hanya mengangguk. Layankan jela abang dia ni. Dia tak lapar sangat pun.

-

Adam menghirup udara segar. Dia dah sampau Malaysia. Yes!

Mereka berjalan keluar dari KLIA2. Pemandu suruhan mereka sudah menunggu. Adam memakai kaca mata hitamnya.

Ikhwan pula ada dibelakang. Sebelah tangannya dukung Sara yang sudah terlelap, sebelah lagi tangannya di labuhkan di pinggang isterinya.

Kesian Anis. Dah mengah bawa perut dia tu. Baru 6 bulan tapi perutnya dah buncit macam tunggu hari.

Ikhwan senyum lihat isterinya. Comel je. Rambut pendek paras bahu dia tu memang buat Anis lagi comel. Anis pula sepertinya sudah naik berat. Pipi dia nampak makin tembam. Pembawaan anak.

Adam membantu Ikhwan dan pemandu merek meletakkan luggage.

Selesai, pemandunya menutup bonet kereta.

"Korang pergi dulu lah. Aku ada hal" ujar Adam. Dia melihat sahaja Ikhwan dan Anis yang sudah berada dalam perut kereta alphard.

"Kau nak gi mana?" Tanya Ikhwan.

"Adelah" jawab Adam.

Ikhwan senyum senget. Ceh, nak tengok buah hatilah tu.

Adam menghantar kereta tersebut dengan matanya.

Telefon bimbit diseluk. Dia nak order Grab.

"Saya rindu awak sangat-sangat, Adeena" Adam senyum. Dia berkata perlahan.

-

Adeena menyusun barang di dalam bilik stor.

"Sally. Oo Sally" Adeena menjerit dari dalam bilik stor. Dia nak suruh Sally angkatkan kotak ni.

Mereka dah nak balik ni. Tapi, tadi ada stok sampai. Tu yang kena susun.

Adeena nampak ada kelibat yang sedang berdiri di pintu melalui ekor matanya.

Adeena tak terus menoleh. Dia terus berkata

"Saya nak mintak tolong, boleh? Alihkan kotak ni kat sini. Saya susun dulu kotak yang tak guna" ujar Adeena.

Senyap.

Takda yang sahut.

Adeen mengerutkan dahi. Dia menoleh dan dia terpaku.

Bukan Sally rupanya yang berdiri di pintu tu tapi Encik Rahim. Dia hanya merenung Adeena dengan senyuman yang sukar untuk ditafsir.

Adeena meneguk air liur.

"Eh Encik Rahim. Buat apa kat sini? Mana Sally?" Tanya Adeena. Dia menjengah-jengah belakang Encik Rahim. Bilik stor dia ni kecil je dan hanya ada satu pintu.

"Dia dah balik" jawab Encik Rahim. Dia menapak satu langkah ke dalam.

"Err" Adeena turut melangkah satu tapak ke belakang.

"Kalau macam tu, saya pun nak balik dulu lah" jawab Adeena. Dia berjalan mahu melepasi Encik Rahim tapi tangannya serta meetq disambar dan digenggam erat.

Adeena terkejut.

"Eh, apa Encik buat ni" marah Adeena. Tangannya yang satu lagi cuba untuk melepaskan genggaman Encik Rahim tapi tak boleh. Terlalu kuat tangan lelaki itu.

Encik Rahim tersenyum sinis.

"Alah, saya nak pegang sikit je. Takkan tak boleh?" Tanya Encik Rahim.

Adeena masih lagi meronta.

Encik Rahim bertindak memegang pipi Adeena lalu diusap seketika.

Adeena yang terkejut dengan tindakan Encik Rahim itu segera menaikkan tangannya lalu diberi satu tamparan yang kuat.

Terus tertoleh Encik Rahim ke sebelah.

Mukanya bengis. Ditolehkan kembali memandang Adeena.

"Kau... kau tampar aku?" Tanya Encik Rahim.

Adeena menrenung tajam Encik Rahim.

"Ye! Saya tampar Encik sebab Encik dah bertindak melulu. Saya tak suka Encik tiba tiba sentuh saya! Encik dah gila ke!" Jerit Adeena. Dia dah tak tahan dengan Encik Rahim.

Encik Rahim mendengus. Dia mencengkan pipi Adeena lalu ditolaknya kasar ke arah kotak-kotak yang sudah berlipat itu.

Adeena yang tak dapat mengawal dirinya terus saja jatuh terbaring di atas kotak tersebut.

Belum sempat Adeena nak bangun kembali, Encik Rahim sudah menindih dirinya.

Adeena terkejut. Dia meronta ronta minta dilepaskan.

Encik Rahim kemudian bertindak menampar pipi Adeena sebanyak dua kali.

Pang!

Pang!

"Tu sebab kau berani tampar muka aku!" Jerit Encik Rahim kembali.

Terasa berpinar muka Adeena. Pening.

Belum sempat pening dikepalanya hilang, Encik Rahim sudah bertindak menarik tudung bawal Adeena dengan anak tudungnya juga turut tercabut sama. Dicampaknya tudung itu.

"Lepaslah! Tolong!" Jerit Adeena. Dia cuba nak tendang Encik Rahim tapi tangan dan kakinya sudah dikunci rapat. Di tak boleh bergerak.

Encik Rahim tertawa jahat.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now