Part 80

168 7 0
                                    

Khai tersenyum sinis. Dia ketawa sambil menyilangkan tangan ke dada. Telefonnya yang diletakkan di meja itu terdengar sayup sayup suara Citra dan Adeena sedang berbual. Suara Adeena yang sedang memberikan kata kata semangat buat Citra.

"Kau takut ke, Citra?" Tanya Adam. Dia tertawa suka. Seronok dapat mendengar semua yang dicakapkan itu.

"Bodoh! Arghh!! Polis berlambak dekat luar." Terdengar suara perempuan yang sedang memaki hamun dan terdengar juga ada pintu yang ditutup kasar.

Khai menjengah sedikit. Ternampak Qira yang sedang sibuk menanggalkan kasut yang dipakai.

"Bisinglah" suara Choi pula terdengar. Dia baru keluar dari toilet, terus terdengar suara marah marah dari Qira.

Qira pula hanya buat tidak tahu dan menjeling Choi. Ditolak dada tegap itu untuk ketepi.

Terundur juga Choi ketepi, nampak sahaja Qira ni kurus tapi tolakan dia kalah orang main judo.

Qira berjalan ke arah meja lalu dia duduk. Diletakkan segala plastik makanan yang dibelinya. Mukanya masam sahaja.

"Kenapa ni, Qira? Tak comel la masam masam ni" ujar Khai. Dia melihat isi plastik tersebut. Adalah barang barang sikit tapi yang lagi banyak, makanan segera. Setelah melihat barang yang dibeli Qira, dia melihat semula ke wajah perempuan itu.

"Mestilah aku masam. Nak pergi market bawah je, tapi aku dah kene jumpa tiga polis. Lepastu semua tanya macam macam." Ujar Qira. Dia mengeluh kasar. Tangannya meraup rambut panjangnya itu.

"Lepastu kau cakap apa?" Choi pula menyampuk. Dia mengambil tempat di sebelah Khai.

"Dia suruh aku buka mask." Kata Qira. Di mencapai gelas yang ada di tangan Choi itu dan diteguk beberapa kali.

"Kau buka?" Choi bertanya.

"Mestilah tak. Bodo ke? Muka kita kan dah tersebar dimana mana. Kalau aku buka, kedalam lah aku" Qira menjeling. Dia memukul lengan Choi.

"Aduh, sakitlah ba.."

"Citra jangan risau. Abang Adam dah upah bodyguard untuk jaga rumah ni dan jaga keluarga kita. Insyaallah, diorang boleh lindung kita semua. Diorang memang dah dilatih" suara Adam kedengaran di telefon Khai.

Semua mata terus tertumpu ke arah telefon itu.

Semua terdiam.

"Macam mana kita nak masuk rumah tu kalau ada bodyguard?" Tanya Qira setelah telefon itu tak mengeluarkan apa apa suara lagi.

"Haah. Hancurlah plan kita" Choi pula bersuara.

Khai diam. Matanya merenung mereka berdua sebelum satu senyuman terukir.

"Korang rileks je. Aku ada plan"

-

Citra terus tertoleh apabila terasa kepalanya diusap.

"Eh, mummy. Kenapa masuk dapur? Nak air ke, Citra boleh ambilkan" kata Citra, dia mahu membuka langkah ke rak cawan tapi tangannya dipegang Puan Sri Amanda.

"Takdalah. Saja je mummy masuk sini. Bau sedap bubur tu sampai ke depan. Kenapa tak suruh bibik je masakkan? Diorang ada je tu kat belakang" ujar Puan Sri Amanda. Dia menjengah sedikit bubur yang sedang dimasak itu. Sedapnya.

"Ouh, Citra masak ni sebab Darwish tak ada selera makan. Dia selalu paling suka bubur yang Citra masak. Sebabtulah Citra buat bubur untuk dia." Terang Citra. Dia mencedok sedikit bubur itu ke dalam mangkuk lalu diletakkan di dalam dulang.

Puan Sri Amanda mengangguk tanda faham.

"Ouh, baiklah. Kalau macam tu, Citra pergilah naik atas ye"suruh Puan Sri Amanda.

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now