Part 60

147 4 0
                                    

Adam bermundar mandir di depan bilik rawatan.

Ya allah, tolonglah jangan jadi apa apa dekat Adeena.

Suara hati Adam berkata.

Datin Dina pula hanya melihat dengan riak kosong.

Lama lagi ke perempuan ni? Ish. Menyusahkan hidup nak kena tunggu dia.

Lain pula bagi Datin Dina. Dia sama sekali tidak berasa risau dengan keadaan Adeena. Dia tunggu sini pun sebab nak mengambil hati keluarga Adeena. Kalau ikutkan dia, dia taknak pun ambil tahu tentang Adeena. Mati lagi bagus.

"Adam. Duduk dulu. Kita tunggu je doktor keluar nanti, ye?" Datin Dina memaniskan muka. Suaranya dibuat-buat lembut.

Adam menoleh apabila terdengar suara Datin Dina itu. Dia hanya memberi pandangan kosong. Kemudian, dia sambung bermundar mandir di hadapan pintu rawatan itu.

Hati Adam mengatakan bahawa Datin Dina tidak begitu ikhlas dengan semua ini. Adam tahu, tidak elok bersangka buruk dengan seseorang tapi Adam takut jikalau Datin Dina ada niat buruk terhadap keluarga mereka. Biarlah dia berjaga-jaga dahulu untuk mengenal hati budi Datin Dina.

Datin Dina menahan rasa. Dikawal mukanya supaya tidak nampak dia sedang marah. Boleh pula Adam hanya buat bodoh sahaja dengan apa yang dia cakap? Ishh.

Cis, budak ni.

Suara hati Datin Dina berkata.

Setelah lima minit menunggu, barulah seorang doktor perempuan keluar dari bilik rawatan tersebut.

Adam terus meluru ke arah doktor perempuan tersebut.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" Tanya Adam. Wajahnya cemas. Dia risau sangat sangat.

Datin Dina juga segera bangun untuk mendengar butir bicara doktor tersebut.

Doktor tersebut mengukirkan senyuman.

"Alhamdulillah, isteri encik tak apa apa. Dia cuma kekurangan gula akibat kurang makan dan alahan mengandung."

Adam tergamam. Dia mengerutkan kening.

"Mengandung? Isteri saya mengandung ke doktor?" Adam bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian.

Doktor tersebut mengangguk.

"Ye. Isteri encik mengandung sudah 5 minggu"

Adam menutup mulutnya. Ya allah! Isteri aku mengandung! Adam terus tersenyum gembira. Rasa nak lompat bintang je arghhh.

Datin Dina di sebelah pula turut tergamam.

Adeena mengandung? Ingatkan dah mati tadi.

"Kalau tiada apa apa, saya minta diri dulu. Kalau encik nak masuk, silakan. Tanya kepada nurse yang menjaga kaunter ye?" Doktor tersebut berkata.

Adam mengangguk.

"Baik, terima kasih doktor" Adam berkata.

Doktor tersebut hanya mengangguk lalu berlalu dari situ.

Adam pula bergerak ke kerusi lalu mengambil beg tangan isterinya dan telefon Iphonenya. Dia mahu masuk ke dalam dan melihat isteri tercinta. Dia nak cium puas puas. Dia nak peluk isteri dia.

Datin Dina hanya melihat pergerakan Adam.

"Adam masuklah dulu, nanti aunty masuk juga" Datin Dina berkata.

Terhenti terus pergerakan Adam. Dia menoleh memandang empunya suara.

"Saya rasa lebih baik aunty balik je. Saya dengan Adeena tak mahu diganggu" Adam berkata lalu di terus meninggalkan Datin Dina keseorangan.

Datin Dina terkebil-kebil disitu.

Apa? Dia suruh aku balik?

"Arghhh!" Datin Dina menjerit kegeraman. Dia mengetuk dinding disebelahnya.

Habis semua mata disitu memandangnya. Tapi apa yang Datin Dina peduli, di sekarang rasa marah jee. Arghh, tak guna punya Adam.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now