Part 16

189 9 0
                                    

Adeena tergamam.

"Kenapa awak membazir beli bunga ni?" Tanya Adeena tapi tangannya tetap menyambut huluran Adam.

Dipegang sekejap bunga itu.

Bunga hidup ni.

"Orang kata kalau nak melawat orang sakit, lagi bagus kalau bagi bunga. Jadi, saya belikan lah untuk awak" ujar Adam. Tangannya ligat meletakkan nasi lemak itu dipinggan dia dan pinggan Adeena.

Sesekali matanya mengerling Adeena. Comel saja. Pakai baju hospital dengan tudung sarung hitam. Nampak lah muka Adeena pucat, tapi kecantikan Adeena tidak boleh disorok.

Adeena hanya mencebikkan bibir. Mana dia dengar pun tak tahu lah. Sukahati awaklah Adam. Duit awak bukan duit saya.

"Jom kita makan sama sama" ujar Adam. Dia melabuhkan duduk di sebelah Adeena kembali dan satu pinggan nasi lemak dihulur.

Adeena menyambut. Pinggan nasi lemak yang ada di tangan di renungnya.

"Takpalah, saya tak lapar." Ujar Adeena. Pinggannya diletakkan di atas meja yang disediakan.

Adam menggelengkan kepala.

"Takda, awak kena makan juga. Nak sihat kan? Kalau nak sihat kena makan" ujar Adam. Dia sudah membuat muka serious.

Adeena mencebik bibirnya lagi.

"Macam budak-budak awak buat saya. Saya dah besar lah" ujar Adeena.

"Awak tetap nampak macam budak kecil pada saya. Awak jangan ingat saya tak tahu, awak tak nak makan ubat kan? Budak kecil pun senang je tau makan ubat. Eii malu jelah" ujar Adam panjang lebar. Tangannya mencapai pinggan milik Adeena.

Semalam mase dia tunggu di luar ward dengan Danish. Danish ada cakap yang Adeena tak nak makan ubat. Sebab tu boleh pengsan. Suhu tak turun-turun. Kesian budak tu dia tengok. Dapat kakak yang degil macam Adeena ni.

Adeena hanya diam. Dia tak manpu nak lawan sebab memang betul.

"Sekarang ni, awak makan" ujar Adam. Dia hulurkan pinggan itu kepada Adeena. Adeena menyambutnya secara terpaksa.

Mereka pun membaca doa makan bersama-sama.

Tangan kanan Adeena mencapai sudu untuk di suap. Tapi, terlepas sebab tak larat. Lagipun tangannya sakit. Kene cucuk untuk masuk air.
Dicubanya di tangan kiri, terlepas juga sebab kena cucuk untuk ambil darah. Adeena menjuih bibir. Ish, jangan sampai dia cabut je benda yang cucuk tangan dia ni. Kita ni baran tau.

"Cuba minta tolong" ujar Adam tiba-tiba. Diperhati sahaja gelagat Adeena dari tadi. Comel tau. Muka tu tengah tahan marah je HAHA.

Adam menghabiskan kunyahan dimulutnya lalu diletakkan pinggan baki nasi lemak di atas meja yang disediakan. Nanti-nanti je dia sambung makan, yang penting sekarang ni, suap Adeena kesayangan.

"Nganga mulut, saya suap" ujar Adam. Dia menyua sudu ke arah Adeena.

Adee pula hanya diam. Mulutnya tak dibuka. Seriouslah mamat ni nak suap aku? Malu lah.

"Cepat, Cinta Adeena" uhar Adam serius.

"Takpalah, saya makan sendiri" ujar Adeena. Dia cuba untuk mencapai sudu di tangan Adam tapi cepat-cepat dijauhkan Adam.

"Biar lah saya tolong awak, tak payah malu" ujar Adam.

"Mana ada saya malu" Adeena bersuara.

"Tak payah tipu. Tu, pipi tu merah je semacam" ujar Adam. Dia tersenyum nakal. Comel nye Adeena ni. Pipi merah merah.

Adeena menyentuh pipinya. Ye, memang dia tengah malu sekarang ni tapi pipi dia ni buat kantoi lah.

"Dah, nganga mulut tu" ujar Adam. Dia tertawa kecil. Come sangat lah Adeena ni.

Adeena pun akur. Di nganga jua.

Penuh mulutnya menerima suapan Adam. Mana taknya, satu sudu tu Adam letak banyak-banyak. Lepastu, suap laju-laju pulak tu.

"Awak janganlah bagi banyak-banyak" antara dengar tak dengar je suara Adeena sebab mulutnya penuh sangat.

Adam tertawa besar. Comelnyaa. Pipi Adeena kembung.

Dia bagi sikit je macam dia selalu bagi kat dirinya. Tapi, sampai kat Adeena, penuh terus mulut. Tapi comel. Dia suka.

Adeena mengerutkan kening. Apa yang lawak sangat?

"Okay okay. Saya bagi sikit-sikit ya" ujar Adam. Masih tersisa tawanya.

Adeena pula hanya menjeling.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now