Part 2

279 17 3
                                    

Adeena membuka mata ketika terdengar azan subuh. Dia meraup mukanya. Rambutnya yang panjang sehingga ke paras pinggang diikat menjadi messy bun.

Adeena bangun lalu menolak pintu bilik air. Tak lupa juga dia mengambil tuala mandi. Biliknya sahaja yang ada bilik air. Bilik air satu lagi ada di dapur.

Selesai membersihkan diri, Adeena membentang sejadah lalu menunaikan solat subuh. Selesai solat, Adeena menadah tangan untuk berdoa.

Selesai berdoa, Adeena membuka pintu biliknya. Kelihatan Citra yang baru sahaja keluar dari bilik air, mahu bersiap menunaikan solat subuh dan pergi ke sekolah.

"Citra, adik-adik dah bangun?" Tanya Adeena. Dia berjalan menuju ke arah Citra yang sudah berdiri di depan biliknya. Tangan sudah memegang tombol pintu.

Citra menoleh.

"Sebelum mandi, Citra dah ketuk bilik Danish dengan Darwish. Diorang nyahut tapi sampai sekarang tak keluar bilik." Ujar Citra panjang lebar.

Adeena mengangguk. "Takpalah, Citra pergi siap. Biar akak yang kejut" ujar Adeena.

Kakinya menghala ke depan pintu. Adeena mengetuk pintu bilik adik-adik lelakinya.

"Bangun. Dah subuh, siap cepat lepastu kena pergi sekolah" ujar Adeena.

Diam.

Adeena ketuk lagi.

Masih tiada sahutan.

Adeena menggaru kepalanya. Susah betullah nak kejut diorang ni.

Adeena pun memusingkan tombol pintu dan pintu terbuka.

Bilik itu masih gelap dan Adeena segera pergi ke katil adiknya. Dia menggoyangkan tubuh adik-adik lelakinya.

Tangannya juga sempat membuka suis lampu bilik. Maka, nampaklah dua orang budak lelaki sedang berselubung.

"hei, bangun lah. Nanti lambat pergi sekolah." Ujar Adeena lembut. Dia masih lagi menggoyangkan tubuh adiknya. Tapi masih sama, tak bergerak langsung.

"Akak, kalau nak kejut diorang ni, kene jerit sikit. Diorang dah kebal dengan suara lemah lembut akak. Meh sini Citra tunjuk" ujar Citra di depan pintu bilik.

Citra melangkah masuk lalu dia bercekak pinggang di depan katil itu.

"DANISH! DARWISH! KAU DAH KENE SELIMUT DENGAN KULIT BABI KE? DAH PEKAK? TAK RETI NAK BANGUN KE BILA ORANG KEJUT?" jerit Citra, kuat. Dadanya turun naik

Terus terduduk Danish dengan Darwish jadinya.

"Aduh, bising la bodoh" ujar Danish. Dia menggaru ganas kepalanya. Rambutnya yang memang messy itu terus semakin messy bila digaru sebegitu.

"Haah, bisingnya akak ni." Ujar Darwish pula. Dia mengedip-ngedipkan matanya menahan silau cahaya lampu.

"ahh, takde-takde. Korang yang pekak nak mampus, lepastu nak salahkan aku pulak. Dah, pergi bangun. Solat subuh, lepastu siap pergi sekolah. Ish hari-hari aku nak kene kejut macam ni, susahlah. Pagi-pagi dah buat orang tak tenang lah ish. Nak buat aku naik angin je" Bebel Citra panjang lebar sambil berjalan menuju kebiliknya semula. Nak siap pakai tudung pulak.

Adeena menutup mulutnya menahan ketawa. Memang selalu dia kejut adik lelakinya ini, takkan pernah nak bangun. Diorang lagi terbuai kalau dia yang kejut. Walaupun Adeena ni kakak sulung, dia sentiasa lemah lembut dengan semua adik-adiknya dan menunaikan segala kemahuan adik-adiknya.

Tapi, lain bagi Citra. Dia kakak yang garang. Mengalahkan singa. Selalu ingatkan adik-adiknya supaya jangan berlebih-lebih dalam meminta. Kalau tak, memang ada yang kena bebel.

-

"Ala, makan biskut lagi ke? Aku taknak lah" ujar Danish. Dia mengerutkan dahinya. Nampak muka tak puas hatinya itu.

"Ahh, jangan nak banyak cakap. Baru semalam kau makan biskut kan? Muka tu jangan nak buat tak puas hati sangat. Ade yang kene tampar pagi-pagi ni" ujar Citra. Tangannya ligat mengacau air di dalam cawan sambil matanya menjeling tajam Danish yang berada di depan.

Danish mendengus marah. Dia menoleh memandang Darwish di sebelah. Laju sahaja adiknya itu mencelup biskut tersebut lalu menyuap ke dalam mulut.

"Woi, kau tak muak ke?" Tanya Danish. Berbisik. Nanti Citra dengar, mampus dia.

Darwish menoleh, dia mendekatkan diri ke abangnya itu.

"Wish taknak nanti kene tampar, baik Wish diam" ujar dia separuh berbisik juga. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Danish mendengus lagi. Dia menjeling adiknya itu lalu kembali memandang ke hadapan. Nampak Citra sedang tenung dia sambil membuat muka singa.

Danish pun menjeling Citra sekilas lalu dia menyuap juga biskut je mulutnya.

Adeena keluar dari bilik. Dia melihat adik-adiknya sedang makan biskut dan air.

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Akak mintak maaf, ye. Harini akak baru beli lauk, kesian korang makan biskut je." Ujar Adeena. Dia mengukirkan senyuman.

Citra menoleh ke sebelah. "Takpalah kak, diorang okay je makan ni, kan?" ujar Citra sambil memandang adik-adiknya. Mukanya dimaniskan ketika menunggu jawapan keluar dari adiknya.

"Takde. Kitorang tak s... ADOI!" Jerit Danish. Dia menundukkan muka ke bawah meja sambil tangan memegang tulang keringnya yang disepak Citra itu.

"Kenapa ni?" Tanya Adeena. Terpancar riak risau diwajahnya.

Seketika, terdengar suara tangisan dari bilik.

"Eh tu mesti Cindra nangis. Danish, jangan jerit-jerit tau. Cindra tu senang terbangun. Akak nak pergi tengok dulu" ujar Adeena. Dia bangun dan laju sahaja kakinya melangkah ke bilik.

"Kau pahal, bodoh? Sakit tahu tak?" Tanya Danish sambil tangannya masih lagi memegang kakinya. Matanya memandang tajam Citra yang berada dihadapan.

"Kau la, bodoh ke? Akak Adeena tu takde duit. Pahtu kau sibuk nak ngadu-ngadu. Kau memang tak faham-faham lagi ke? Ke kau nak aku sepak kepala kau pulak?" Bidas Citra pula. Dia menjeling tajam Danish.

Darwish yang melihat segala pertengkaran kakak dan abangnya itu hanya mampu menggaru kepala.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now