Part 29

173 10 0
                                    

Adam membuka pintu keretanya, Audi rs7. Diambil kotak yang berbalut cantik itu. Dia senyum.

Disorokkan kotak itu di belakang.

Adam mengatur langkahnya ke arah Adeena yang sedang duduk di tangga di hadapan rumah.

Adam duduk di sebelah Adeena.

Ditatap wajah itu, cantiknya.

Pakai tudung sarung pun cantik.

Adeena di sebelah hanya memandang pelik.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Muka saya ada kotor mana mana ke?" Tanya Adeena. Di bersih bersihkan sedikit mukanya takut ada kotor.

Adam hanya geleng dan matanya tak lepas menatap Adeena.

"Takde pape" jawab Adam.

Adeena mencebikkan mulutnya. Yela tu.

"Saya ada hadiah untuk awak"

Adeena mengerutkan keningnya. Ha? Hadiah apa lagi yang Adam bagi ni? Membazir je. Di jenguk jenguk juga belakang Adam, hadiah apa yang dibeli.

Adam perlahan lahan mengeluarkan kotak itu. Dihulurnya pada Adeena.

Semakin berkerut kening Adeena. Kotak tu cantik berbalut. Tapi apa ni?

"Bukalah" Adam berkata perlahan. Matanya melorot jatuh ke arah kotak itu untuk menyuruh Adeena buka.

Adeena mencapai kotak tersebut. Di buka balutan itu dan Adeena tergamam. Mukanya masih bingung.

"Awak... ni? Awak... belikan Iphone?" Adeena mengangkat kotak kecil itu lalu di hala ke Adam.

Adam senyum lalu diangguk kepalanya tanda mengiyakan. Dia senyum sahaja tanpa matanya lepas memandang muka cantik Adeena.

"Kenapa awak belikan saya? Saya tak perlukanlah phone ni. Lagi lagi Iphone" jawab Adeena. Kenapalah Adam sanggup membazir macam ni? Dia tak harapkan semua ni.

Adeena meletakkan kotak Iphone tersebut di sebelah. Dia tak sanggup lah nak terima. Ini terlalu mahal.

"Siapa kata awak tak perlukan? Awak kena ada phone tu untuk call saya. Call orang yang penting juga. Sekarang ni, fon ni satu benda yang penting tau" Adam berkata lagi. Di ambil kotak Iphone tersebut lalu dibuka. Dia belikan Adeena Iphone 13 Pro Max warna Sierra Blue.

Adam senyum sambil memandang Adeena. Tapi, Adeena hanya diam dan tak membalas.

Senyuman Adam pun makin pudar.

"Awak tak nak ke ambil hadiah saya ni? Uhm, takpalah. Saya faham" Adam membuat muka sedih.

Adeena disebelah garu kening. Aduhh, takkan lah taknak ambil, nanti mesti Adam kecewa.

"Yela, saya ambil" jawab Adeena. Dia mengambil phone tersebut.

Adam senyum suka.

"Ok!! Jom saya ajar awak cara nak guna"

-

Adeena menarik nafas perlahan. Harini, dia akan menamatkan zaman bujangnya. Dia akan bergelar isteri orang.

Adeena hanya membiarkan mukanya di solek oleh mua yang Puan Sri Amanda tempah. Dia memang tak pandai bab-bab solek dan dia hanya ikut sahaja.

"Cantiknya awak ni. Kulit flawless senang nak makeup" ujar mua itu.

Adeena hanya senyum sahaja. Dia pun tak tahu nak cakap apa.

"Ok siap dah"

Adeena bangun dan dipandang wajahnya di cermin. Solekan yang diberi memang cantik, muka Adeena pun tak nampak terlalu tebal dengan makeup. Nampak soft je. Memang sesuai dengan pakaian Adeena yang berbaju kurung putih dipotong mengikut bentuk badan dan ada manik manik untuk menaikkan seri. Nampak baju Adeena ringkas, tetapi classy.

Adeena turut memakai tudung bawal yang disiapkan oleh stylist yang turut ditempah oleh Puan Sti Amanda itu. Cantik juga. Kemas dan menutup dada.

Mua tersebut tersenyum melihat Adeena. Dia berpaling untuk mengemas barang barangnya. Adeena senyum nipis. Dia tak menyangka yang dia akan ada semua ni. Dia pikirkan perkahwinan ini hanya angan semata mata.

"Wahh, cantiknya akak" Citra tersenyum suka. Di tangkap gambar Adeena menggunakan phone milik Adeena itu. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Kakak cantik sangat.

Adeena tersenyum malu.

"Dahlah Citra. Malu akak" jawab Adeena.

"Haahlah, cantik siot akak" jawab Danish. Dia menyilang tangan di dada. Cindra pula sedia memegang hujung baju melayu Danish dan sebelah lagi tangan memimpin tangan Darwish.

Darwish dan Cindra mengangguk laju, setuju dengan ayat Darwish itu. Memang lah, kakak mereka cantik sangat.

"Macam bidadara" jawab Cindra.

Darwish menoleh cepat ke arah Cindra itu.

Danish mengangkat kening tanda tak faham.

Citra turut sama memandang.

Adeena membuat muka terkejut.

"Ehhh salah weyy salah. Bukan bidadara, tapi bidadari. Kan abang Wish dah ajar." Jawab Darwish. Ish, kalau dengan Cindra memang semua perkataan tak wujud akan tiba tiba wujud. Haih, makin tebal lah kamus kalau macam ni.

Cindra sengih.

Mereka sama sama menghamburkan tawa. Lucu lah.

"Jomlah akak, kita gerak pergi masjid"

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now