Part 70

129 9 0
                                    

"Kak anis, meh sini. Adeena tolong pegang Arizs. Akak pergi makan dulu." Adeena menghulurkan tangannya untuk menyambut Arizs Aqeel yang setia berada didukungan Anis.

"Terima kasih, Adeena." Anis tersenyum dan menghulurkan Arizs ke Adeena.

Adeena tersenyum. Dia mencuit sedikit pipi Arizs yang tembam itu. Budak kecil itu sudahpun masuk setahun. Comel sahaja mata budak kecil itu membesar apabila melihat Adeena.

Anis berjalan menghala ke arah meja makan. Sudah ada Sara, Ikhwan, Tan Sri Asyraf dan Puan Sri Amanda yang setia menunggu.

"Awak nak makan apa? Meh saya tolong cedokkan lauk." Anis mengukirkan senyuman sedikit dan mengambil pinggan yang sudah dicedokkan nasi oleh bibik tersebut.

"Saya nak udang masak sambal tu" Ikhwan memuncung ke arah lauk yang berada di atas meja.

Anis mengangguk dan dia pun mencedokkan lauk tersebut dan menghulurkan ke arah Ikhwan.

"Thank u, sayang"

Anis hanya tersenyum sebagai tanda balas.

"Mana Arizs, Anis?" Tanya Tan Sri Asyraf.

"Ouh, lepas susukan Arizs, Adeena nak jagakan." Anis berkata.

Tan Sri Asyraf dan Puan Sri Amanda sama sama mengangguk tanda faham.

"Takpa, kalau macam tu jomlah kita makan" Tan Sri Asyraf menyambung dan suasana pun sunyi, hanya dengar sudu dan garfu berbunyi.

-

"Eh, love. Eh, Arizs pun ade" Adam berjalan ke arah Adeena yang sedang berada di laman rumah sambil mendukung Arizs.

"Meh sini. Awak tu tak sihat sangat. Biar saya pegang Arizs" tanpa menunggu balasan, Adam terus mengambil Arizs dari dukungan.

"Ei, comel sangat lah anak buah Uncle ni" Adam mencium bertalu-talu pipi Arizs. Habis merah pipi putih budak tu.

Adeena hanya tertawa kecil, dia melangkah ke arah kerusi yang ada disitu dan dia melabuhkan duduk di situ. Dia mengeluh seketika.

Adam turut sama melabuhkan duduk.

"Are u okay?" Tanya Adam. Sebelah tangannya memasukkan rambut Adeena yang terkeluar di celah tudung.

Adeena mengangguk.

"Dah breakfast ke?" Tanya Adam.

Adeena menggeleng.

"Belum, saya takda selera"

"Kenapa? Awak nak makan apa? Biar saya belikan"

"Takpelah. Saya takda rasa nak makan apa apa lah sekarang"

"Tapi, kalau perut awak tu masuk angin lagi susah. Kan ada baby, kesian dia"

"Saya rasa nak muntah bila makan"

"Ala kesiannya dia ni. Meh sini, saya kiss"

Adam mahu menarik kepala Adeena dekat ke arahnya tapi segera Adeena mengelak.

"Awak, malulah. Kita kat luar rumah. Nanti orang nampak lah" Wajah Adeena sudah memerah.

Adam tertawa. Aduh, dah lama kahwin pun Adeena masih malu dengan dia.

"Dahlah, saya nak masuk. Makin layan awak, makin pelik jadinya"

"Ehh, tunggulah saya. Saya nak kiss awak, awak nii, janganlah larii"

"Taknakk"

Adeena berlari selaju mungkin.

"Kalau saya dapat awak, siap tau, love!" Adam berlari mengejar Adeena sambil dia masih lagi mendukung Arizs. Budak kecil tu pun kene ikut main lari lari. Kesian ek.

"Eh, apa ni. Ya Allah! Adam! Adeena tu mengandung, yang kamu pergi main lari lari dengan dia ni kenapa?" Tanya Puan Sri Amanda. Naik turun dada dia apabila melihat mereka berdua sednag seronok berlari di ruang tamu.

Mereka baru selesai menjamu selera.

Ikhwan dan Anis hanya melopong melihat mereka berdua main kejar kejar macam budak kecil.

Adam dan Adeena masih lagi main kejar kejar. Tak dihiraukan bebelan Puan Sri Amanda.

"Adam! Adeena!" Tan Sri Asyraf bersuara apabila tiada reaksi dari mereka berdua. Wajahnya serius sahaja.

Terus terkaku mereka berdua disitu.

"Errr..." Adam tersengih. Habislah, mampus aku kene marah.

Puan Sri Amanda menggeleng. Dia melangkah ke arah Adeena lalu dicapai tangan menantunya itu.

"Dah, Adeena. Jom pergi minum air. Pucat dah tu muka main lari lari. Awak tu dah lah Hb Low. Nanti pengsan lagi"

"Hehe" Adeena turut tersengih menutup malu. Dia penat juga lari dari Adam tapi dia lagi takut Adam daripada dia pengsan. Adam ni kalau dah gatal, ulat bulu pun terlopong.

Anis terus lekas mengambil Arizs dari Adam.

"Ayok, Adam." Ikhwan berbisik ke Adam lalu dia dan Anis menaiki lif untuk ke bilik. Sara pula dah hilang, mesti main dengan Cindra.

Adam mencuka. Ish, aku luku jugak abang aku ni.

Pandangannya terus teralih ke arah Tan Sri Asyraf yang sudah memandangnya tajam.

"Hehe, sorry daddy" Adam berjalan melintas Tan Sri Asyraf, mahu pergi ke dapur. Adeena, tolong saya!!

Mata Tan Sri Asyraf hanya mengikut Adam sehinggalah kelibat anaknya itu hilang.

Dia menggelengkan kepala.

"Dah tua pun, perangai macam budak budak" Tan Sri Asyraf tertawa sedikit. Dia melangkah ke arah televisyen yang sedang menayangkan cocomelon.

"Mesti Sara tengok ni" Tan Sri Asyraf mencapai remote televisyen dan mahu menukar channel.

"The wheels of the bus go round and round, round and round, round and round" Irama lagu Cocomelon bergema.

Terhenti pergerakan Tan Sri Asyraf.

-

"Abang, lepasni jom kita pergi rumah Datin Ida. Dia kata dia ada buat majlis kecil kecilan." Puan Sri Amanda berjalan ke arah Tan Sri Asyraf sambil dia mengelap tangan menggunakan tisu.

"Eh, abang! Ya allah! Kenaap tengok cocomelon?" Tanya Puan Sri Amanda. Dia ketawa terbahak-bahak melihat Tan Sri Asyraf yang tekun melihat cocomelon.

Tan Sri Asyraf tersentak. Dicapainya remote itu lalu terus dia tutup.

"Mana ada saya tengok cocomelon" bidas Tan Sri Asyraf. Tengok sekejap je.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now