Part 18

193 9 1
                                    

"Kring!" Bunyi telefon Adam berbunyi.

Adam segera menyeluk poket seluarnya lalu dilihat siapa pemanggil.

"Assalammualaikum mummy" ujar Adam.

"Waalaikummussalam" jawab Puan Sri Amanda.

"Ye, ada apa mummy?"

"Saja je mummy call, macam mana keadaan kawan kamu?"

"Alhamdulillah, dia ok. Sekarang tengah tidur" ujar Adam. Matanya mengerling sekejap Adeena yang sedang tidur dan disisinya ada Citra yang menemani. Dia juga turut terlelap disisi kakaknya. Makcik Kalsom dan Yusof juga turut ada tapi mereka keluar sekejap untuk menjamu selera.

"Alhamdulillah, kalau macam tu"

Adam hanya menganggukkan kepala. Adam melangkah perlahan ke luar bilik ward. Taknak mengganggu yang lain.

"Ni, bila nak masuk meminang? Mummy tak sabar ni" ujar Puan Sri Amanda secara tiba-tiba.

Adam telan air liur.

"Mummy, dia masih tak boleh terima Adam lah. Macam mana mummy nak masuk meminang?"

"Kenapa? Kamu punyalah baik, hensem, gentleman, cukup segalanya. Kenapa dia tolak?"

"Adam pun tak tahu. Tapi, Adam akan usahakan. Adam tetap akan cuba untuk tarik perhatian dia." Adam tersenyum.

"Arghh lepaskan aku!" Jerit seseorang di dalam ward. Adam segera menoleh.

Dimatikan panggilan lalu dia laju saja melangkah masuk.

Tergamam sekejap Adam bila nampak Adeena sedang meronta-ronta untuk dilepaskan. Citra pula sedaya upaya menahan tangan Adeena.

Adeena kelihatan bertindak drastik mahu mencabut jarum yang ada di kedua-dua tangannya. Riak mukanya pula menunjukkan dia sedih tapi tiada setitik air mata pun keluar.

Citra segera menghalang. Dia tak mahu Adeena terluka.

"Maafkan Adeena. Jangan buat Adeena macam ni. Jangan" rintih Adeena. Tangannya masih cuba mencabut jarum di tangan.

Adam segera berlari keluar dan memanggil nurse yang berhampiran.

Seketika, muncul pula doktor dan beberapa nurse bersama Adam. Mereka terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Tapi belum sempat mereka mahu buat apa apa, Adeena sudah merentap jarum di tangan kiri dan kanannya. Darah terus memancut laju. Citra tergamam. Begitu juga Adam. Dia tak boleh nak bantu sangat. Itu yang dikesalkan.

Nurse terus berlari memegang kedua belah tangan Adeena yang berdarah itu. Adeena masih lagi meronta. Penuh jeritannya di dalam bilik.

Doktor segera mencucuk satu cecair di tangan Adeena. Kemudian, barulah perlahan-lahan Adeena lemah. Lalu, tertidur.

Citra dan Adam menghela nafas lega. Syukur, Adeena tak meronta lagi.

Tak berapa lama selepas itu, doktor dan nurse sudah dapat membersihkan kedua tangan Adeena dan mencucuk yang baru. Kalau Adeena masih meronta seperti tadi, mereka akan segera cabut.

Doktor sempat berpesan menyuruh mereka untuk tidak membuat pesakit tertekan.

Citra dan Adam melabuhkan duduk di sofa.

"Apa yang dah jadi ni, Citra? Kenapa Adeena macam tu?" Tanya Adam.

"Akak Adeena selalu mimpi buruk. Citra tak boleh nak bagitahu banyak sebab Citra pun tak tahu sangat. Kalau Abang Adam nak tahu, Abang kena tanya akak Adeena sendiri." Ujar Citra. Matanya tak lepas memandang Adeena di katil. Risaunya dia.

Adam hanya menganggukkan kepala. Dia turut memandang Adeena di atas katil tersebut. Apa yang awak perlu hadapi sebelum ini, Adeena?

-

Adeena hanya mendiamkan diri. Dia malu sebenarnya dengan Adam. Tak pasal pasal, lelaki itu sudah nampak semua yang jadi tadi. Perkara itulah yang dia paling nak sembunyikan dari orang ramai, sebab dia malu.

Citra menyuap bubur yang diberi oleh pihak hospital. Adeena hanya akur dan menerima suapan tersebut.

Adam pula hanya duduk di sofa dan memerhati Adeena yang sedang makan. Terkulat-kulat Adeena jadinya bila direnung sebegitu.

"Ok ni last" ujar Citra lalu di suap ke mulut Adeena.

Citra menghulurkan segelas air kosong. Adeena pun menyambut dan diteguk beberapa kali.

"Citra nak pergi tandas dulu, akak duduk sini" ujar Citra lalu dia melangkah ke bilik air. Bilik ward mereka ini ada bilik air. Memang Adam sengaja masukkan Adeena di bilik persendirian, ada toilet sendiri. Tak perlu kongsi dengan yang lain.

Adeena hanya mengangguk. Matanya menghantar Citra yang sudah tenggelam di sebalik pintu.

Dia melihat ke rak di sebelahnya. Nak ambil air lagi tapi jag tu jauh lah pula. Dia kedepankan badannya tapi masih tak dapat.

Adam hanya menggelengkan kepala. Dia bagun lalu di capainya jag itu.

Adeena hanya diam disitu.

Adam menuangkan air ke dalam gelas. Lalu, dihulurkan ke Adeena.

Adeena mencapai lalu diteguk beberapa kali.

Dia sesekali mengerling Adam di sebelah. Jejaki itu hanya merenungnya tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Aduh, kekoknya.

"Takpayah risau. Saya takkan tanya apa dah jadi tadi pada awak. Saya akan cuba lupakan." Ujar Adam tiba tiba.

Adeena hanya diam. Dia memainkan tangannya yang ada bekas luka tadi.

"Sakit lagi ke?" Tanya Adam. Dia melabuhkan duduk di kerusi sebelah Adeena.

Adeena diam. Sakit? Entahlah. Kepalanya digelengkan.

Adam hanya merenung Adeena. Muka putih bersih itu hanya suram sahaja bila dilihat.

Adam menghela nafas perlahan.

"Lepas nikah nanti, saya akan tanya semuanya" ujar Adam perlahan.

Adeena menoleh. Bila masa di cakap dia nak kahwin ni?

"Apa awak cakap ni? Bila masa saya nak kahwin dengan awak?" Soal Adeena. Tak faham lah.

Adam hanya diam. kene reject lagi ke ni?

"Saya akan halalkan awak. Saya suka kat awak. Saya cintakan awak, Adeena" ujar Adam. Dia merenung sedalam-dalamnya mata Adeena.

Adeena menggelengkan kepala.

"Tapi saya tak cintakan awak" ujar Adeena. Bohong. Semu itu bohong. Dia sudah lama jatuh hati pada Adam sejak pertemuan pertama mereka. Tapi, dia tak rasa dia layak dengan Adam. Adam lelaki baik.

Adam diam. Sakitnya hati dia. Rasa nak nangis tapi takpa.

Adam mengukirkan senyuman nipis.

"Its okay, Adeena. Awak rehat lah dulu. Mesti penatkan. Saya balik dulu. Assalammualaikum" ujar Adam. Pedihnya hati dia ni memang tak dapat diungkapkan. Sedih sangat-sangat.

"Waalaikummussalam" jawab Adeena. Matanya menghantar pemergian Adam.

Hilang sahaja Adam, Adeena menghela nafas lemah.

"Maafkan saya, Adam. Saya taknak awak terbeban" ujar Adeena perlahan. Dia menutup mata. Dirinya dibaringkan. Maafkan saya.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now