Part 17

180 8 0
                                    

"Adeena. Makan ubat ni" ujar Adam. Ya allah, payahnya nak pujuk perempuan kecil comel ni makan ubat.

Tadi, masa diorang tengah makan bersama, nurse masuk dan bawa ubat. Ni sekarang, dia tengah bagi ubat kat Adeena. Tapi, taknak makan pulak. Pening pening.

"Saya taknak" ujar Adeena. Dia menggeleng kepala.

"Sekejap je. Awak telan, lepastu dah ok" ujar Adam. Dia menghulurkan pil tersebut dan segelas air kepada Adeena. Masih cuba memujuk.

"Taknak taknak" ujar Adeena. Dia membuat muka garang.

"Adeena, jangan buat muka macam tu dengan saya ye. Saya tak suka." Ujar Adam. Dia melihat ke tempat lain. Nafas ditarik seketika.

"Saya marah sebabtu saya buat muka macam ni. Ni, tak nampak ke garang?" ujar Adeena. Dia masih lagi membuat muka garang. Tangannya dinaikkan dan tunjuk muka sendiri.

"Awak tak nampak garang pun bila buat muka macamtu. Awak nampak comel" ujar Adam bersahaja. Dia tak tipu. Memang muka Adeena comel sangat. Rasa macam nak cubit je pipi merah tu tapi dia kena sabar.

Adeena menjuihkan bibir.

"Awak ja..."

"Assalammualaikum"

Adam dan Adeena sama sama menoleh ke arah pintu.

Muncul Citra. Dibawanya beg sekali. Ini semua barang keperluan Adeena.

Dia memandang Adam dan Adeena silih ganti. Ni lelaki malam tadi yang dia jumpa. Buat apa lagi kat sini?

"Waalaikummussalam" Adam dan Adeena sama sama menyahut salam Citra.

Citra berjalan dan meletakkan begnya di sofa yang ada disitu.

"Abang Adam kan?" tanya Citra. Dia melangkah ke Adam.

Adam mengangguk. Dia mengukirkan senyuman.

Adeena hanya diam. Sesekali dijelingnya Adam yang berdiri di sebelah.

"Kenapa ni?" Tanya Citra. Tengok macam tegang je keadaan mereka berdua ni.

"Abang cuba nak bagi Adeena makan ubat. Dia taknak" ujar Adam. Dia menunjukkan gelas dan tangannya yang memegang bekas pil itu.

Citra mengangguk.

"Kalau ubat, kena serahkan semua ni kat Citra." Dia berkata lalu diambilnya pil itu dari tangan Adam.

Adeena sudah menggeleng kepala. Habislah, singa dah datang.

"Akak, makan ubat ni sebelum Citra sumbat kat mulut akak" ujar Citra. Mukanya dimaniskan. Bibir tersenyum manis.

Adeena laju saja mengangguk. Dia mencapai lalu ubat itu ditelannya payah. Nak termuntah rasa. Pahit. Wuek.

Citra tersenyum.

"Bagus. Macam nilah kakak Citra" ujar Citra.

Adam pula sudah ternganga. Aik? Tadi dia punya banyak kali pujuk Adeena, tapi tetap degil. Bila Citra buat, terus ikut je?

Citra menoleh memandang Adam di sebelah. Dia tertawa kecil.

"Akak Adeena ni memang susah nak makan ubat. Dia akan ikut cakap Citra je sebab apa yang Citra cakap tu Citra akan buat." Ujar Citra. Dia membantu Adeena baring. Lalu, selimut di tarik menutup separuh badan kakaknya.

Adam hanya diam. Bapak gengster Citra ni.

Adam dan Citra menemani Adeena. Sebab kesan ubat, Adeena jadi mengantuk dan tak lama lepas tu dia tertidur.

Citra melabuhkan duduk di sebelah katil Adeena.

Adam pula hanya melihat Adeena di atas katil. Cantik sahaja Adeena tidur. Nampak innocent camtu.

Adam melabuhkan duduk di sofa.

Telefon dikeluarkan dari kocek. Banyaknya noti pasal kerja. Harini hari cuti kot, malas lah nak pikir. Cepat sahaja dia tekan butang 'do not disturb'. Senang cerita. Balik dari hospital sahaja baru dia baca.

Citra berjalan di hadapan Adam. Lalu, dia melabuhkan duduk di sebelah. Tapi jauh sedikit. Beg nya sahaja yang memisahkan mereka.

Adam hanya melihat Citra yang sudah duduk di sebelah.

"Abang Adam. Citra nak tanya sikit boleh?" Tanya Citra. Suaranya perlahan sahaja. Takut Adeena terjaga.

"Boleh. Tanya je" ujar Adam.

"Abang dah kenal akak Adeena lama ke?"

"Takdelah. Baru dua minggu."

Citra mengangguk.

"Abang ada hati kat akak Adeena?"

Adam terdiam. Tak angguk dan tak geleng.

Citra menghela nafas.

"Maaf. Citra tak patut tanya. Citra cuma harap Abang tak hancurkan harapan kak Adeena. Dia dah harungi banyak dugaan sepanjang mak meninggal. Dia tak dapat sambung belajar. Dia tak dapat keluar dan seronok dengan kawan-kawan. Dia tak dapat habiskan waktu muda dia dengan perkara yang dia nak. Citra kesian dekat akak Adeena." Ujar Citra. Kepalanya ditundukkan menghadap ke lantai.

Adam hanya diam. Dia hanya dengar Citra bercerita.

"Akak Adeena baik. Dia sangat baik. Dia selalu utamakan kitorang. Tapi, dia tak pernah beli barang untuk diri dia. Sampai kitorang pun tak tahu apa yang dia suka." Teratawa kecil Citra. Rasa teruknya diri dia ni sebagai adik. Dia tak pernah tahu apa yang Adeena suka. Bergelinang air matanya. Cuba ditahan dri tak tertumpah.

"Abang suka kat Adeena, tapi dia macam tak suka abang je. Ujar Adam. Dia turut memandang ke arah lain. Taknak bagi Citra malu sebab dia sedang menahan air mata.

"Akak Adeena tu takut. Dia takut dengan keadaan. Dia takut dengan apa yang akan datang. Dia takut dengan perkara yang dah lepas. Dia takut dengan semua benda, abang Adam" ujar Citra.

Adam hanya mendengar.

"Tapi, Citra tahu. Kalau sudah ditakdirkan korang bersatu, maka akak Adeena takkan dapat halang. Citra doakan Abang Adam dapat tambat hati Akak Adeena. Akak tu degil tapi dia takkan boleh tipu perasaan dia sendiri" ujar Citra. Dia tersenyum nipis.

Adam turut tersenyum. Terima kasih.

To be continue...

Dia UntukkuWhere stories live. Discover now